Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Album Baru The Lima Taura, Bony dan Arif Lebih Mengancam?



Pada 13 Mei yang lalu, satu majlis pelancaran album The Lima telah diadakan di Planet Hollywood pada jam 3 petang. 

Setelah hit dengan lagu “Separuh Masa” yang mencetuskan kontroversi pelbagai tanggapan negatif terhadap mesej yang cuba disampaikan melalui lirik lagunya, The Lima kini tampil pula dengan album sulung mereka yang berjudul ‘THE LIMA’. Album ini berkonsepkan pop komersial yang dimuatkan dengan 10 buah lagu keseluruhannya.

Bernaung di bawah syarikat rakaman KRU, tiga anak muda dari Indonesia -  Taura, Bony dan Arif begitu yakin kehadiran  album pertama ini akan berjaya dan mencapai jualan yang memuaskan. Album THE LIMA diterbitkan oleh KRU dan diedarkan oleh syarikat antarabangsa terkenal iaitu Universal Music.

Proses rakaman album ini telah dijalankan di Indonesia yang hanya  mengambil masa selama 2 minggu. Level Studio Bandung, Indonesia menjadi pilihan produser untuk dijadikan lokasi rakaman. Keseluruhan proses gubahan dan adunan dijalankan di Malaysia iaitu di Studio KRU Music Group.

Penerbitan album ‘THE LIMA’ telah dipertanggungjawabkan kepada Edry Abdul Halim yang sememangnya tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair. Bagi Edry, kesemua lagu dalam album ini adalah istimewa, namun lagu yang diberi judul “Kau Ada Dia” yang berentak balada ini lebih menarik hati beliau untuk dijadikan single kedua The Lima. 

Sedikit kelainan ditonjolkan oleh Edry dalam album ‘THE LIMA’ ini di mana terdapat beberapa buah lagu mendapat didikan daripada pengarah vokal terkenal di Indonesia iaitu Irvan Natidingrat. Lagu-lagu  yang dimaksudkan adalah “Buronan Cinta”, “Mabuk Cinta” dan “Kau Ada Dia”. Dengan tunjuk ajar dari Irvan, The Lima dapat memberikan vokal yang lebih baik. Tidak kurang hebatnya juga dengan lagu-lagu yang lain seperti “Lebih Baik”, “Pernahkah Aku”, “Sementara”, “Dimabuk Cinta” dan “Terus Berputar”.

KRU telah menyusun aktiviti promosi selama 3 minggu untuk The Lima menyelesaikan tugas mempromosikan album mereka ini. The Lima turut mengikuti salah satu road tour yang diadakan pada 10hb May di Kuantan. Penggambaran klip video ketiga untuk lagu “Buronan Cinta” yang sudah mula diperdengarkan di station radio akan dijalankan pada 20hb ini dan bakal diarahkan oleh Edry Abdul Halim sendiri. Dua buah klip video telah siap produksinya sebelum ini  iaitu “Separuh Masa” dan “Kau Ada Dia” dihasilkan di Indonesia sudah mula diedarkan di stesen televisyen.

Pastikan album ‘THE LIMA’ ini menjadi salah satu koleksi yang boleh di dapatkan dengan harga RM29.90 CD dan RM16.50 kaset. Album telah mula berada di pasaran pada 30 April 2008.

Track Listing – THE LIMA

1 DIMABUK CINTA     
2 KAU ADA DIA      
3 SEPARUH MASA     
4 PERNAHKAH AKU?     
5 TERUS BERPUTAR     
6 BURONAN CINTA     
7 TIDAK MUDAH UNTUK BERCINTA  
8 HINGGA       
9 SEMENTARA      
10 LEBIH BAIK

[tags]album baru, new album, review album, the lima, dimabuk cinta, kau ada dia, separuh masa, pernahkah aku, lyric, mp3 download, terus berputar, buronan cinta , tidak mudah untuk bercinta, hingga, sementara, lirik lebih baik[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Sekitar Pelancaran Album Omar Arif Dia Yang Satu
  • Konsert Akhir Gangstarz TV3: Flava, The Lima, Infinatez, Mendua?
  • Album Kompilasi OMG Gempak
  • Omar Arif New Album Launching
  • Profile Marsha Milan Londoh
  • ALBUM TERBARU OMAR ALI DIA YANG SATU
  • Azam Noryn Aziz Terbit Album Baru Lebih Mengancam
  • Malique Too Phat Keluar Album Baru Solo?
  • Album Datuk Sheila Majid Satu Penghargaan
  • Maharaja Lawak Mega Minggu Ke 3



  • 7 Komen untuk entri “Album Baru The Lima Taura, Bony dan Arif Lebih Mengancam?”

    1. obefiend kata:

      who the fish created this cover? blue face? teh fug?

      damn man.. this is baddddddddddddd

    2. edzlin007 kata:

      suka lagu buronan cinta. tahu albumnya dah keluar sejak 30 april lepas, tp cari d kedai2 sampai skrg tak jumpa2 lg. arap lepas pelancaran, albumnya lebih mudah didapati

    3. Nuref kata:

      the lima ini grup dari Indonesia tapi disini kenapa belum terdengar namanya yaah? tapi sukses selalu deh buat musik Indonesia – malaysia.

    4. mrs. andy kata:

      erm, x sker n x benci the lima nih..
      juz biase2 jek…
      cume 1 thing, asal cover album die x lawa sgt????
      gosh, da ppl who make the album cover can do better dan dis using lots of modern graphics n stuff.. *bweekk*
      ni nmpak murahan sgt… (sori..juz honest opinion..)
      i wont buy cd kalo cover die camnih..
      nmpak cam nk cepat siap jek..

    5. papadom kata:

      papadom wish..all the best la untuk the lima..

      Malaysia terlalu baik dan terbuka menerima bakat dari luar..

    6. gene kata:

      sy setuju dengan mrs andy, cover album da lima ni tak lawa..dan tidak menarik.apapun wish de Lima all da best and all da luck.

    7. jieha kata:

      hello abang bony kamu sihat engak kalau engak sihat kamu pergi lah klinik atau hospital ya … dah bye bye

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK