in

Album Bajet Siri Mampu Miliki Kini di Pasaran

Warner Music Malaysia ingin memperkenalkan satu siri album bajet iaitu album-album ‘Siri Mampu Miliki’ keluaran Warner Music Malaysia sendiri. Album bajet ‘Siri Mampu Miliki’ ini merupakan album-album kompilasi segar di mana Warner Music mengeluarkan kembali album kompilasi dengan 14 buah lagu-lagu terbaik untuk setiap album.

Bajet ‘Siri Mampu Miliki’ ini berlangsung sejak bulan Mei 2014 sehingga awal tahun 2015. Hampir 40 buah album akan dikeluarkan dalam jangka masa 10 bulan, di mana setiap bulan akan menerbitkan 4 buah album ‘Siri Mampu Miliki’ ini. Dengan harga serendah RM14.90, album kompilasi ini mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang dambakan lagu-lagu evergreen dari artis kesayangan mereka.

Sebagai permulaan, Warner Music Malaysia telah mengeluarkan album dari artis-artis terkenal seperti Saleem, Amelina, Raihan, dan Ella dan diikuti oleh Almizan, Uji Rashid, Mas Idayu dan Feminin. Siri ini melibatkan semua artis-artis keluaran Warner Music Malaysia dari tahun 1970-an sehingga tahun 2000. Jadi, rugi kalau anda terlepas dari memiliki album-album ini kerana harganya yang amat murah dan album-album seperti ini sudah sukar untuk didapati di kedai-kedai muzik pada masa kini.

Dengan menampilkan lebih banyak koleksi album, ‘Siri Mampu Miliki’ ini tentunya sesuatu yang dinantikan oleh para peminat muzik tempatan. Artis-artis lain yang turut akan diterbitkan melalui album ‘Siri Mampu Miliki’ ini adalah seperti Broery Marantika, Klthsom, Nora, Dato’ Shake, Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay, Datuk Ramli Sarip, Dato’ Khadijah Ibrahim dan ramai lagi. Jadi, milikilah album-album ini dengan segera kerana ia merupakan antara album-album yang paling murah yang pernah Warner Music Malaysia terbitkan.

Di bawah merupakan senarai album dan lagu lagu yang terkandung di setiap album ‘Siri Mampu Miliki’.

Saleem
1. Maaf
2. Namun Kupunya Hati
3. Airmata Kasih
4. Juwita
5. Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi
6. Antara Hujan Dan Airmata
7. Ratib Orang Pinggiran
8. Setelah Aku Kau Miliki
9. Merisik Khabar
10. Jangan Kau Rayu
11. Ratu Sanubari
12. Aku Hanya Serangga
13. Segalanya Ku Terima
14. Isabella ’98 (Bersama Jamal Abdillah, Amy dan Zamani)

Amelina
1. Asyik
2. Yang Tersayang
3. Di Dadaku Ada Kau
4. Hangatnya Cinta
5. Ah! Aku Tahu
6. Asmara Kilat
7. Rindu
8. Yang Indah Yang Hangat
9. Bulan Cinta
10. Anak Dara
11. Secangkir Madu Merah
12. Cinta Bukan Sayur Asam
13. Mabuk Kepayang
14. Gendang Gendut

Raihan
1. Puji Pujian
2. Senyum
3. Syukur
4. Iman Mutiara
5. Rayuan Rindu
6. Allahu
7. Sesungguhnya
8. Damba Cintamu
9. Odei Anak
10. Assolatuwassalam
11. Bismillah
12. Ya Rasullullah
13. Ashabul Kahfi
14. Ya Nabi Salamun Alaika (Rasul Junjungan)

Ella
1. Sepi Sekuntum Mawar Merah
2. Puteri Kota
3. Tiada Tangis Lagi
4. Dunia Kehidupan
5. Pengemis Cinta
6. Kasih
7. Kesal
8. Mendung Tak Bererti Hujan (Duet bersama Deddy Dores)
9. Permata Biru
10. Di Percintaan Itu
11. Aku Tetap Wanita
12. Terminal Cinta
13. Cinta Selembut Sutera
14. Di Perlumbaan Ini

Al-Mizan
1. Alhamdulillah
2. Bersyukur
3. Junjungan Mulia
4. Pedoman
5. Sollatullah
6. Dunia Dan Akhirat
7. Marhaban
8. Seruan Suci
9. Assykirin
10. Muhammad Rasulullah
11. Kesedaran Hati
12. Panggilan Waktu
13. Selamat Berhari Raya
14. Tangan Ku Hulur Maaf Ku Pohon

Uji Rashid
1. Penawar Di Hati
2. Aku Tertipu
3. Keluhan Hatimu
4. Mengapa Derita Yang Dicari
5. Di Pangkuan Kasih
6. Permata
7. Jikalau Abang Merindu
8. Joget Mengatur Langkah
9. Kasih Ibu (Mesra Ibu)
10. Mengapa Berjauhan
11. Bintang Malam
12. Kenangan Rindu
13. Hanya Kasih
14. Penggodaan

Mas Idayu
1. Robek Hatimu
2. Cintaku 100%
3. Goyang Bali
4. Hasrat Perindu
5. Duniaku Bebas
6. Bolehlah Boleh
7. Dunia Cinta
8. Atas Nama Hujan
9. Dendang Asmara
10. Malam Minggu
11. Gelitik Cintamu
12. Selangit
13. Senggol Senggolan, Cubit Cubitan
14. Tarian Cinta

Feminin
1. Rindu
2. Kini
3. Hanya Sekali
4. Di Mana
5. Tanpa Curiga
6. Kembali 1
7. Sendiri
8. Pesanan
9. Tetap Bersama
10. Suatu Hari Nanti
11. Cinta Abadi
12. Kehadiran
13. Cinta Pertama
14. Untukmu… Kini (feat. Nan Saturnine)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere Filem INTO THE STORM

HBO Siar Filem DESPICABLE ME 2 Dalam Bahasa Malaysia Sempena Hari Raya