Album 1Malaysia Sempena Hari Kebangsaan Ke-52
1 MALAYSIA – Bermula dengan perpaduan.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sempena perayaan Hari Kebangsaan ke-52 tahun ini, Warner Music Malaysia dengan kerjasama EMI Music mempersembahkan sebuah projek yang buat julung kalinya ditampilkan di dalam persada muzik tanahair.

1 MALAYSIA, sebuah album kompilasi khas yang menampilkan 37 buah lagu-lagu patriotik, tradisi serta nuansa budaya Malaysia yang unik serta menghiburkan. Album khas ini sesuai untuk semua golongan usia, bangsa mahupun darjat, kerana yang penting adalah kandungan lagu-lagu yang dipilih dapat menyemarakkan lagi semangat 1 Malaysia di kalangan rakyat Malaysia khususnya.
1 MALAYSIA menampilkan lagu-lagu yang terdiri dari pelbagai genre, antaranya termasuklah meniup semangat perjuangan (Satu, Lancang Kuning, Bahtera Merdeka, 31 Ogos); memupuk semangat cintakan tanahir dan perpaduan (Saya Anak Malaysia, Warisan, Sireh Pinang, Standing in the Eyes of the World); menyemai bibit motivasi (Mulanya Di Sini, Bahang dari Utara, Gemilang,); menghargai panorama Malaysia (Tasik Perdana, Malaysia Indah, Oo La La Tropika); menikmati khazanah warisan (Kain Songket, Kain Pelikat, Nasi Dagang); mempamerkan pelbagai suku bahasa dan budaya (Akar, Apo Nak Dikato, Ayam Den Lapeh); memberI penghargaan kepada tokoh dan negarawan (Legenda dan Bapak) serta banyak lagi.
Buat julung kalinya, lagu-lagu “Ayam Den Lapeh” dan “Bahtera Laju” (kedua-duanya dendangan Anita Sarawak) ditampilkan di dalam cakera padat.
Lagu-lagu yang terkandung di dalam album ini dipilih berlatarkan pelbagai zaman, bagi menunjukkan perkembangan muzik tanahir, dan rasa cintakan tanahir sentiasa mekar dari semasa ke semasa tanpa hentinya. 1 MALAYSIA ditujukan khas buat pemimpin-pemimpin Negara dan teristimewanya seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana juga mereka berada.
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Disc 1
Satu – Tan Sri Dato’ S M Salim & Zainalabidin
Malaysia Indah – Dato’ Khadijah Ibrahim
Mulanya Di Sini – Freedom
Warisan – Dato’ Sudirman
Senja Di Kuala Lumpur – Broery
Tasik Perdana – Noorkumalasari
Radio Malaysia – Dato’ Sudirman
Sireh Pinang – Azlina Aziz
Bahtera Laju – Anita Sarawak
Hidup Sederhana (Basikal Tua) – Dato’ Sudirman
Kain Songket – Puan Sri Saloma
Gadis Melayu – Jamal Abdillah
Teraju Negara – Latiff Ibrahim
Bahang Dari Utara – Jay Jay
Apo Nak Dikato – Blues Gang
Hijau – Zainalabidin
Lancang Kuning – Jamal Abdillah
Selamat Tinggal Bungaku – Tan Sri Dato’ S M Salim
Disc 2
Nasi Dagang – Rosemaria
Ayam Den Lapeh – Anita Sarawak
Baju Hijau – Carefree
Oo La La Tropika – Francissca
Gemilang – Ella
Bukan Kerna Nama – Ramli Sarip & A Romzi
Legenda – Sheila Majid
Akar – Seha
Saya Anak Malaysia – Dr Sam
Ikhlas Tapi Jauh – Artis Rap
Wanita – Dato’ Sheila Majid
Joget Malaysia – Tan Sri P Ramlee & Puan Sri Saloma
Bahtera Merdeka – Dato’ Ahmad Jais
Joget Tari Lenggang – Amuk
Kain Pelikat – Anuar & Ellina
Standing In The Eyes Of The World – Ella
Bapak – Sudirman
31 Ogos – Dato’ Sudirman
Tegakkan Bendera Kita – Dato’ Sudirman
Click on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





August 28th, 2009 at 9:57 pm
Ayam den lapeh, itu lagu asli malaysia?, klo boleh saya tahu tolong tampilkan lirik lagunya? Siapa pencipta lagunya? Karena di daerah saya sumatra barat, khususnya budaya minang, lagu Ayam den lapeh merupakan lagu daerah saya,
dan saya tahu lagu ini memang popular di malaysia. Saya mohon budiey ,
March 2nd, 2010 at 6:28 pm
Lagu “Ayam Den Lapeh” bukan daripada Malaysia tetapi daripada Indonesia. Walau bapaimanapun lagu ini populer di Malaysia khasnya dikalangan orang-orang Malaysia berketurunan Minangkabau. Malah ada sebuah negeri di Malaysia yang rajanya di datangkan daripada Pulau Sumatera, Indonesia. Lirik lagunya di dalam bahasa Minangkabau yang mana orang-orang Melayu Malaysia kurang faham dan susah menyebutnya dengan betul. Kedudukan lagu ini di Malaysia sama tarafnya dengan legu-lagu dari negara-negara lain di dunia sama ada lagu arab, lagu hindustan dsbg.