in

Alamat Ekslusif Oriental Residence Bangkok

Sungguhpun sempat dilanda kemelut politik sebelum ini, Bangkok sebenarnya sangat aman dan selamat sekarang. Sejak pihak ketenteraan mengambil-alih soal keselamatan bandaraya Bangkok, pelancong kini tidak perlu risau atau khuatir untuk bersiar-siar di ibu negara Thailand tersebut. Malah warga Thailand sangat menghormati para tamu asing serta suka membantu dan ini menyenangkan lagi pelancong yang datang.

Bangkok juga sering memenangi undian serta anugerah oleh badan-badan yang diiktiraf dalam dunia pelancongan dan pengembaraan sebagai destinasi pilihan untuk bercuti. Ini pasti kerana kemudahan dan infrastruktur Bangkok yang sangat menyenangkan para pelancong. Ditambah pula dengan pilihan tempat-tempat untuk membeli-belah pada harga yang sangat murah dibandingkan dengan negara-negara lain di Asia secara umum, Bangkok memang wajar menjadi pilihan ramai.

ORB020_One-Bedroom Suite_bedroom 300dpi

Bandaraya ini juga mempunyai ratusan hotel dan tempat penginapan pada harga yang sangat berpatutan! Namun bagi anda yang gemarkan bermalam di hotel mewah yang terletak di kawasan ekslusif dan lebih tenteram berbanding di tengah-tengah kota, Oriental Residence Bangkok merupakan hotel berkonsepkan suite eksekutif sepenuhnya dan termasuk sebagai salah satu penginapan berbintang lima terbaik di Bangkok!

Selain itu ia mempunyai lokasi yang sangat strategik dan terletak tidak jauh dari stesen BTS Ploenchit (seperti sistem LRT di KL). Ia juga menawarkan pemandangan indah nan hijau taman Lumpini yang sering dikunjungi warga Bangkok untuk beriadah. Ia juga mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja untuk sampai ke situ dari Lapangan Terbang Don Muang. Tambahan lagi, kawasan ini lebih selamat kerana ia terletak di daerah eksklusif di mana beberapa kedutaan penting tersergam di situ. Malah ia terletak di antara kedutaan Amerika Syarikat dan juga kedutaan Belanda. Kediaman duta besar Amerika Syarikat ke Thailand juga berada dalam kawasan yang sama.

Bersedia dengan 145 unit suite dari pelbagai taraf (satu, dua atau tiga bilik tidur), hotel ini menjanjikan perkhidmatan terbaik buat semua tamunya yang hadir. Kesemua bilik-biliknya dilengkapi kelengkapan serta kemudahan terkini dan berkualiti tinggi dari TV layar leper sehinggalah barangan mandian berjenama. Ini sebagai bukti mereka yang ingin memberikan yang terbaik buat para pelanggan yang datang menginap di situ.

ORB005_Exterior night shot

Hampir kesemua bilik suite di sini mempunyai ruang tamu masing-masing selain bilik tidur serta kawasan dapur yang luas. Berkat keluasannya, The Oriental Residence turut menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti sebuah kolam renang, gymnasium serta pusat kesihatan, dan juga restoran untuk menjamu selera. Berserta kemudahan-kemudahan hotel yang lain seperti ruang-ruang mesyuarat dan dewan, hotel ini memang sesuai buat anda yang menyenangi kemewahan.

Kalau soal menjamu selera pula, mereka mempunyai Cafe Claire yang terkenal sebagai restoran yang menyajikan hidangan lazat di Bangkok kerana variasinya memang sukar ditandingi. Selain sajian yang sering ada tika sarapan, ia juga menawarkan perkhidmatan sarapan di bilik jika mahu.

Andai anda mahu menikmati kemewahan yang gah dan menikmati keindahan taman hijau serta pemandangan Bangkok yang lebih tenteram serta jauh dari kesibukan, bermalamlah di Oriental Residence kerana ia pasti satu pengalaman eksklusif yang tidak akan anda lupakan!

Alamat ekslusif Oriental Residence Bangkok
oleh Shah Shamshiri

ORB010_Lobby long shot

ORB023_One-Bedroom Suite_bathroom 300dpi

ORB021_One-Bedroom Suite_living room 300dpi

ORB022_One-Bedroom Suite_dining area 300dpi

ORB017_Swimming Pool night shot

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SECRET SKIN WHITE KAWAII COLLAGEN Rahsia Kulit Datin Dr. Halina

Malam Yang Gah di Tower Club at Lebua Bangkok