Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Aktor Sophan Sophiaan Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Jalan Raya

blogBintang filem terkemuka yang juga ahli politik Indonesia yang turut terkenal di Malaysia, Sophan Sophiaan, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya apabila motosikal berkuasa tingginya terjerumus ke dalam lubang di sempadan Sragen (Jawa Tengah) dengan Ngawi (Jawa Timur), pagi ini.

Filem LOVE antara filem terkini lakonan Sophan. Sebelum ini pernah membintangi filem Kehormatan (1974), Gaun Pengantin (1974), Demi Cinta (1974), Sentuhan Cinta (1976), Rahasia Seorang Ibu (1977), Kemilau Kemuning Senja (1980), Amalia S.H. (1981), Perempuan Kedua dan puluhan lagi filem dan drama.

Agensi berita Antara melaporkan Sophan terjatuh lalu motosikalnya terguling kemudian tubuhnya tertimpa motosikal serta terhantuk batu jalan, mengakibatkan beberapa tulang dadanya patah, paha dan tangannya juga luka parah.

Berita yang memetik seorang rakan rombongannya menyebut bahawa Sophan ketika itu mengikuti rangkaian kegiatan memandu motosikal berkuasa tinggi dengan tema “Jalur Kebangkitan” yang merupakan satu kegiatan bagi menyemarakkan sambutan 100 Tahun Kebangkitan Nasional Indonesia.

Rombongan seramai 270 orang itu berangkat dari Jakarta pada 12 April menuju Rengas Dengkok, Cirebon, Pekalongan, Semarang, Rembang, Tuban dan Surabaya.

Beberapa bandar lain juga disinggahi rombongan itu, yang menurut jadualnya akan mengakhiri perjalanan di Monumen Nasional (Monas) di sini pada 20 Mei.

Jenazah Sophan akan diterbangkan ke Jakarta petang ini.  - [BERNAMA]

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Panggung Sabtu - Baabul Lakonan Amitabh Bachchan, Hema Malini
  • Pelakon Tony Kassim Meninggal Dunia
  • Richard Leigh Passed Away
  • Isteri Sabri Yunus Meninggal Dunia
  • Penulis Lirik Loloq Meninggal Dunia
  • Pelakon Yusni Jaafar Meninggal Dunia
  • Ayah Achik Spin Meninggal Dunia
  • Filem LOVE Filem Malaysia Terlaris Di Indonesia?
  • Nasir Anak P Ramlee Meninggal Dunia Petang Tadi
  • OM SHANTI OM LAKONAN SHAH RUKH KHAN, AMITABH BACHCHAN



  • 4 Komen untuk entri “Aktor Sophan Sophiaan Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Jalan Raya”

    1. jogap kata:

      semoga dirimu ke syurga…………………….dan dirahmati tuhan……

    2. obefiend kata:

      condolences……..

    3. lady_carlorino kata:

      Takziah buat keluarga Allahyarham… semoga rohnya ditempatkan di kalangan org yang beriman dan beramal soleh… amin…

    4. queen anne kata:

      Al-fatihah buat almarhum dan semoga tabah buat Ib. Wirdayati. Allah berkati kalian hingga keakhirnya

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK