in

Aktifkan Minda Dengan BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS

Aktifkan minda anda dengan BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS

Kini anda mampu mencapai lebih lagi setiap hari sewaktu melakukan aktiviti seharian dengan kecergasan berpanjangan untuk tubuh dan minda anda menerusi BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS, minuman kesihatan terkini oleh Cerebos (M) Sdn Bhd. Persekitaran kompetitif hari ini boleh memberi kesan kepada keadaan tubuh dan minda kita, yang boleh menjejaskan prestasi kita di tempat kerja dan di rumah. BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS memberikan tubuh tenaga berpanjangan untuk kekal aktif sepanjang hari sambil meningkatkan prestasi mental anda.

BRAND'S ActifMynda Plus packshot

Manfaat daripada pengambilan berterusan BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS adalah tubuh dan minda yang cergas yang datangnya daripada kombinasi unik Vitamin B1, B2, B3, B6 dan B12 untuk meningkatkan pengeluaran tenaga dan sel darah merah bagi melawan keletihan, bersama-sama SariPati Ayam BRAND’S® yang telah dibuktikan secara saintifik untuk meningkatkan tumpuan mental dan daya ingatan.

BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS diperbuat daripada ekstrak ayam berkualiti tinggi yang kaya dengan protein semula jadi, asid amino dan peptida serta mempunyai keenakan rasa yang memenuhi citarasa anda. Diiktiraf halal, kebaikan cecair berkenaan juga bebas kolesterol dan tidak mengandungi perangsang tambahan atau bahan pengawet dan kedap udara untuk mengekalkan kesegarannya. Boleh diperolehi di seluruh negara, BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS berharga RM25.90 untuk pek 6-botol x 42g.

“BRAND’S® ACTIFMYNDA PLUS adalah satu tambahan hebat kepada rangkaian suplemen kesihatan kami yang dirumus secara unik untuk mencergaskan tubuh dan minda, membolehkan orang ramai untuk memberikan prestasi terbaik sewaktu mereka mengimbangi kerjaya serta kehidupan peribadi dan keluarga. Seperti yang kita ketahui, banyak perkara hebat yang berpunca daripada minda yang aktif justeru, penting untuk mengekalkan kesihatan mental pada tahap terbaik setiap masa,” kata Encik Koh Joo Siang, Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn. Bhd.

“BRAND’S® terus berusaha untuk menampilkan kualiti produknya dan disebabkan kami satu-satunya pati ayam yang dibuktikan secara saintifik di pasaran, saya yakin bahawa pengguna akan berasa kelainan dan menikmati manfaat sepenuhnya apabila mereka menjadikan kami sebahagian daripada amalan untuk mengekalkan kesihatan setiap hari,” tambah Koh.

SariPati Ayam BRAND’S® adalah satu-satunya produk seumpamanya yang dibuktikan secara saintifik, ditunjangi oleh lebih daripada 20 tahun penyelidikan saintifk dan klinikal yang meluas dengan hasil penemuannya dicatatkan dalam 30 jurnal saintifk menerusi usahasama dengan para saintis daripada universiti-universiti di U.K, Jepun, China, Taiwan, Malaysia dan Singapura.

Kajian yang dijalankan oleh Fakulti Sains Perubatan & Kesihatan, Universiti Putra Malaysia mendapati bahawa pengambilan SariPati Ayam BRAND’S® selama lebih daripada 14 hari secara berterusan meningkatkan tahap ingatan dan tumpuan mental seseorang iaitu sebanyak 15% dan 22% setiap satu.

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh mencergaskan minda anda hari ini, layari www.brandsworld.com.my atau hubungi Talian Pelanggan di 1-300-228-300.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Toy Story Playland Tarikan Terbaru Hong Kong Disneyland

Kieran & Seelan Paul Hos Program Bual Bicara KAKI BOLA