in ,

Aksi Zul Huzaimy & Adi Putra dalam Filem HAQ

FILEM AKSI ‘HAQ’ DI PAWAGAM TANAH AIR PADA 27 JANUARI 2011

“Apabila kuasa di genggaman, ke mana arah hati manusia?” Dalam memenuhi kepuasan dendam yang tersemat sejak sekian lama, manusia sanggup berpaling tadah terhadap kuasa Tuhan dan mula menjadi hamba kepada iblis.

Segala sifat kemanusiaan tidak lagi menjadi pertimbangan dan pertalian sedarah tidak lagi dihirau nilainya. Begitulah mesej yang ingin disampaikan oleh filem “HAQ” tentang manusia yang mula hilang pertimbangan dan menjadi jahil dalam meniti perederan zaman yang kian moden.

poster-haq

POSTER HAQ

Filem bergenre aksi-fantasi ini dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Zul Huzaimy, Adi Putra, Nanu Baharudin, Raja Farah, Fatimah Abu Bakar dan Zulkifli Ismail. Filem ini merupakan arahan bersama CL Hor yang pernah mengarah filem “Third Generation” serta “Kinta” yang berjaya menempah nama beliau dalam industri perfileman di peringkat antarabangsa.

Walaupun “HAQ” masih jauh dari tarikh tayangan, filem ini telah berjaya mendominasi sebanyak 8 kategori di Festival Filem Malaysia yang akan berlangsung pada 24 Oktober 2010. Kategori-kategori yang dimaksudkan terdiri daripada “Pengarah Harapan” (Jumaatun Azmi & CL Hor), “Pelakon Lelaki Terbaik” (Zul Huzaimy), “Pelakon Kanak-Kanak Terbaik” (Ammar Adli Mohamed & Amirul Adli Mohamed), “Pelakon Pembantu Wanita Terbaik” (Raja Farah), “Lakon Layar Terbaik” (Jumaatun Azmi), “Busana Terbaik” dan “Cerita Asal Terbaik” (Brian Iskandar Zulkarim).

zahra

Jumaatun Azmi dari KasehDia Pictures ialah seorang pendatang baru dalam bidang pengarahan filem yang juga merupakan pengarah bersama bagi filem “HAQ”. Tidak gentar untuk mencuba sesuatu yang baru, Jumaatun mengarah filem ini dengan penuh keyakinan beserta dengan sentuhan emas beliau dan gabungan kedua pengarah ini menjadikan filem “HAQ” sungguh luar biasa.

“Filem “HAQ” menandakan saat kelahiran superhero Melayu moden dengan nilai nilai murni ketimuran. Kami rasa bangga kerana dapat bekerjasama dengan sebuah syarikat ulung di dalam industri dan kami telah memilih United Studios sebagai syarikat edaran bagi filem “HAQ” yang juga merupakan anak syarikat di bawah naungan KRU Studios.

Dengan kesempatan ini juga, kami berbesar hati ingin mengumumkan tarikh tayangan bagi filem “HAQ” adalah pada 27 Januari 2011,” ulas Jumaatun Azmi, Pengasas dan Pengurus Besar KasehDia Pictures.

Trailer Filem HAQ:

Filem sulung KasehDia Pictures ini akan diedar dan dipromosikan oleh United Studios, sebuah anak syarikat KRU Studios yang terkenal dengan kejayaan menghasilkan filem-filem terbaik seperti Cicakman, Duyung, Cicakman 2 dan Magika serta merupakan salah sebuah syarikat rakaman yang dikenali dan berjaya di Asia Selatan.

Dengan berbekalkan kualiti sinematografi yang hebat dan dipenuhi dengan koreografi aksi-aksi menarik yang mampu membuat para penonton terpegun, “HAQ” bakal menggegar industri perfileman tanah air dan tidak dinafikan bahawa filem ini bakal mengangkat prestasi industri perfileman negara ke satu tahap yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa.

Malam Gala Premier yang gilang gemilang ini telah diadakan semalam 25hb Januari di GSC Signature, The Gardens Mid Valley dimana, majlis ini telah dihadiri oleh ramai tetamu dan selebriti terkemuka yang akan berjalan di atas permaidani merah dengan gaya yang mewah dan glamor.

Gambar-gambar red carpet Premiere Filem Haq akan disiarkan tak lama lagi.

haqpower

HAQ tgk tgn

haqfight

badbigfight

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadis Semasa Sunsilk Perkenalkan Melda Ahmad

Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ