Akon Freedom Beach Concert 2009

Akon Freedom Beach Concert 2009
Bakal Membanjiri Kuala Lumpur Julai Depan

Sebuah lagi konsert yang ditunggu-tunggu akan datang ke ibu kota!

Berikutan kejayaan konsert Jason Mraz di Malaysia Mac lalu, Marctensia dengan bangganya mengumumkan mereka sudah pun berjaya ‘mengikat’ penyanyi AKON untuk mengadakan persembahan di negara ini. “Akon Freedom Beach Concert 2009” akan diadakan pada hari Khamis, 2 Julai 2009 di Surf Beach @ Sunway Lagoon jam 8 malam. Tiket berharga RM88 (Beach Zone), RM138 (Rock Zone) dan untuk bahagian The Pitt RM188 (semua bebas berdiri).

Konsert ini menjanjikan sesuatu yang hebat dan menyeronokkan apabila muzik kelab yang sememamngnya sinonim dengan penyanyi ini digabungkan bersama atmosfera pantai yang terdapat di lokasi berkenaan. AKON juga menjanjikan sebuah showmanship yang mantap dan bertenaga, yang tidak mungkin akan dilupakan peminatnya sampai bila-bila.

Apa yang menjadikan AKON berjaya membuat peminatnya tidak puas menyaksikan persembahannya adalah selain bakat semula jadi, adalah aksinya yang energetik di atas pentas. Dia begitu mudah menukar mood persembahan iaitu daripada menyampaikan muzik emo-pop “Lonely”, terus ke lagu irama segar dan rancak   “Ghetto” atau lagu berentak R&B,  “I Wanna Love You”

Sejak lima tahun lalu, AKON adalah antara ikon terkenal dalam arena muzik arus perdana. Sebagai salah seorang artis yang albumnya laku bagai goreng pisang panas, kejayaan AKON sebagai artis sole bukan hanya disebabkan muziknya tetapi juga kerana imejnya sebagai seorang artis serta personaliti yang dimilikinya. AKOn juga adalah artis solo pertama yang lagunya menduduki tempat pertama dan kedua serentak sebanyak dua kali di dalam senarai Billboard Hot 100. Dia juga berjaya memecahkan rekod apabila lagu popularnya, “Smack That” yang menampilkan Eminem, berjaya melompat banyak anak tangga dan menjadi sejarah untuk carta Billboard.

AKON juga berjaya mencipta formula tersendiri apabila bercakap mengenai muzik dan personaliti. Persona yang ada padanya ditampilkan menerusi lagunya “Everyday People”. Sebagai antara penyanyi yang mempunyai vokal paling diingati dalam industri, AKON seharusnya dipersalahkan kerana disebabkan bakatnya itulah maka vokalnya terus terngiang-ngiang di minda peminatnya.

Pun begitu, walaupun cukup selesa dan dan fleksibel dalam menerbitkan pelbagai jenis rentak lagu, muzik AKON tidak mendiskriminasi sesiapa. Buktinya, dengan kemampuannya mencipta irama Hip-Hop, R&B dan Pop, AKON mampu melewati jauh, merentasi sempadan usia, bangsa, agama dan gaya muzik yang disukai peminatnya. Menerusi muzik, AKON berbicara mengenai kehidupan seharian seperti yang ditampilkan dalam lagu “Ghetto” dan “Locked Up”, yang dipetik dari album sulungnya serta menampilkan kehandalannya mencipta lagu pop iaitu “Lonely”. Album keduanya “Konvicted” juga mendapat sambutan hebat sehingga kini serta menjadi pilihan deejay seluruh kelab hiburan di negara ini untuk diputarkan.

Dia juga berjaya menunjukkan kehebatannya mencipta irama R&B dan Pop dan menjadi kegilaan ramai menerusi lagu “Smack That’ menampilkan  Eminem serta “I Wanna Love You’ bersama Snoop Dogg. Untuk album terbarunya, AKON berjaya menunjukkan bakatnya menggabungkan pelbagai rentak muzik menjadi satu. Pada suatu ketika, apabila kebanyakan rapper lebih senang menonjolkan imej jalanan dan ‘bling bling’, AKON tidak mudah terikut-ikut dengan cara itu. Sebaliknya dia lebih gemar menjadi dirinya sendiri dan meneruskan karya yang memang menjadi imejnya selama ini menerusi lagu  “Right Na Na” dan “Beautiful”.

Sejajar dengan penganjuran konsert ini, Marctensia akan mengadakan kempen jualan diskaun selama seminggu untuk peminat yang membeli awal mulai 1 Jun hingga 7 Jun. Sepanjang tempoh ini, peminat akan mendapat diskaun sebanyak 15% jika membelinya menerusi kaunter tiket rasmi Axcess dan juga laman web Axcess.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat mengenai jualan tiket bolehlah menghubungi talian Axcess 603 7711 5000.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syurga Cinta Raih RM1.3 Juta Dalam Masa 1 Minggu

Karnival Hijau Kuning 2009