Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Ako Mustapha Nafi Waran Tangkap Dikeluarkan



Pelakon drama, Muhaizad Ahmad Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ako, hari ini menafikan waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya atas kesalahan khalwat yang dilakukan pada tahun 2007 dengan seorang wanita bukan Islam. Menurut Ako, dia telah pun menelefon pihak mahkamah dan berbincang mengenai perkara tersebut.

“Tak ada waran tangkap akan dikeluarkan dalam masa terdekat atau pun satu dua hari ini. Saya dah telefon pihak mahkamah pagi tadi dan beri sebab mengapa saya tidak boleh hadir pada perbicaraan kes terbabit. Pihak mahkamah telah menerima sebab yang dikemukakan dan mereka telah bersetuju tidak mengeluarkan waran tangkap ke atas saya,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Pelakon berusia 37 tahun itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai waran tangkap yang akan dikeluarkan ke atasnya akibat gagal menghadirkan diri ke mahkamah walaupun tiga notis saman telah diserahkan kepadanya. Hakim Syarie Mahkamah Gombak Timur, Wan Mahyuddin Wan Muhamad semalam menetapkan 3 Mac depan bagi kes itu disebut semula dan pertuduhan akan dibacakan kepada Ako.

Ako didakwa berkhalwat dengan seorang wanita bukan Islam, Anang Sagunting, 24, di pangsapuri Blok B-2-9, Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Jaya, Bukit Antarabangsa dekat sini pukul 1.30 pagi 27 Jun 2007.

Jelas pelakon yang baru sahaja bernikah dengan seorang gadis Sabah, Kartina Abdullah enam hari yang lalu turut menjelaskan yang dia bukan sengaja tidak menghadirkan diri ke mahkamah sebaliknya dia terikat dengan jadual penggambaran drama yang sangat padat lewat kebelakangan ini.- mstaronline

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Ako Mustapha Dikenakan Waran Tangkap
  • Raja Azmi Ditahan Polis
  • Ako Mustapha Mengaku Tangkap Khalwat
  • Situ Sana Sini: Beckham, Shilpa Shetty & Mazidulakmal Didakwa?
  • Kes Khalwat Ako Mustapha Dengan Anang Sagunting
  • Gambar Terbaru Mustapha Kamal dan Anak-Anak
  • Drama Bong Musim ke 6 Lakonan Ikhwan, Mustapha Kamal, Jasmin Hamid
  • Gossip Fasha Sandha & Farid Kamal Merendek?
  • Gossip Tergempar: Norman Hakim dan Memey Ditangkap Basah?
  • Laporan Bedah Siasat Mayat Michael Jackson Dikeluarkan Minggu Depan



    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      hey hey….deny deny

    • http://zaty_gurl92@yahoo.com zaty

      huhh… gempak..!!!!!!
      bad news…!!!!
      cpew yg tengok berita
      tadi.. sure kowang mesty
      taw bout AKO MUSTAFA nie..!!!
      ako dikenekan HUKUMAN PENJARA 3 BULAN..
      but ako nak wat surat rayuan mintak
      hukuman 2 ditangguhkan. hummm….
      i memang simpaty sangat kat u.. bro..
      cian u en.. yew larh.. dah ah baru jew
      kawen..!!!!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK