in , ,

Akhirnya Qi Razali Mengaku Bercinta Dengan Nelydia Senrose

[dropcap]A[/dropcap]khirnya, selepas beberapa bulan berkawan rapat dengan pelakon Nelydia Senrose, pengacara Qi Razali telah membuat pengakuan secara sah dan terbuka yang mereka sedang bercinta. Sebelum ini, kedua-dua selebriti ini telah menafikan gossip yang mereka sedang dikatakan intim bercinta.

qi-nelydia-cinta

Menurut Qushairi Razali, kematangan dan sikap kelakar Nelydia, 19, membuatkan persahabatan mereka bertukar menjadi serius iaitu sebagai pasangan kekasih selain mereka berkongsi banyak minat sama. Melalui Portal Mstar Online, Qi Razali telah membuat pengakuan ini.

“Sebelum ini hubungan kami memang hanya kawan tetapi sekarang ia telah menjadi cinta. Saya mengakui, Nelydia adalah kekasih saya. Bagaimanapun biarlah percintaan ini berjalan dengan perlahan-lahan kerana saya tidak mahu kegagalan dahulu berulang.”

Qi sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna sebelum berpisah secara baik untuk membawa haluan masing-masing. Yuna kini berada di Amerika Syarikat untuk mengembangkan kerjaya dan akan melancarkan album terbaharunya pada Oktober depan.

Dalam perkembangan sama, Qi berkata, dia berhasrat untuk tidak bercinta terlalu lama dan meletakkan tempoh masa selama dua tahun untuk mereka mengenali hati budi masing-masing.

Jelas Qi, pada usianya sekarang keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri semakin menebal sehinggalah dia membuat keputusan menjadikan Nelydia sebagai kekasih sebelum diangkat menjadi isteri.

“Bagaimanapun saya tidak mahu terburu-buru kerana kerjaya Nelydia pun sedang meningkat dan biar dia tumpu kepada kerjayanya dahulu. Cuma perancangan saya tidak mahu bercinta terlalu lama kerana usia saya pun bukannya muda lagi.”

Tambah Qi, dia juga ada beberapa kali berjumpa dengan keluarga kekasihnya itu dan selesa dengan kematangan wanita berkenaan walaupun dia masih muda. Dalam perkembangan lain, Qi berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran JJCM untuk edisi bulan Ramadan sebelum terbang ke Argentina bagi penggambaran musim terbaharu program Art Attack pada 18 Julai depan. Sumber: Mstar Online

Qi Razali

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Adira Tempah Baju Nikah?

Ayah Dira Abu Zahar Meninggal Dunia