Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Akhil Hayy Mengaku Berkahwin Dengan Waheeda?



Akhil Hayy mengaku Waheeda isterinya!

Waheeda akan berlakon sebagai isteri Akhil Hayy dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua.

SETELAH sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramaitentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.

Lebih setahun kisah ‘panas’ mereka hebat diperkatakan. Dalam tempohitu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.

Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang ‘status’mereka itu.

“Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya…tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua,” kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui padamajlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.

Ternyata ‘gimik’ yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu ‘pengumuman’ istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.

Malah, sikap ‘sporting’ yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa ‘pasangan’ ini mungkin sudah bersedia untuk ‘mendedahkan’ status sebenar mereka.

“Saya dah jangka pasti ramai wartawan yang beranggapan sedemikian. Memang benar Waheeda adalah isteri saya, tetapi itu adalah wataknya di dalam program Cafe Akhil Hayy kali ini. Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya nama Waheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis…mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkanimej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat denganaktiviti dakwah.

“Waheeda juga merupakan ‘facilitator’ di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untuk turut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program inisekadar untuk berdakwah. Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu,” kata Akhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalamprogram berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah pun memulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.

Musim kedua program yang berelemenkan bual bicara dan drama ini bukan saja menampilkan Waheeda, malah mereka turut ditemani oleh bakat baru, Afiq AF5 dan Mimie Haris yang akan turut sama melayan kerenah pelanggan-pelanggan yang hadir di cafe tersebut.

“Ada juga penonton yang memberikan respon berdasarkan musim lalu dan minta kami buatkan lebih ‘drama’. Tetapi ini sebenarnya adalah program bual bicara, cuma kita adunkan dalam sedikit bentuk drama. Kali ini juga kita turut menjemput tetamu-tetamu yang berjaya di dalam bidang masing-masing seperti Azmil Mustapha, Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Aziz Sattar dan Ustaz Radhi, bekas vokalis kumpulan Melissa.

“Topik-topik yang dibincangkan juga lebih global. Semua idea itu kita bincangkan terlebih dahulu dengan produksi sebab kita kena melihat juga sasaran penonton. Berdasarkan musim pertama dulu, memang saya tidak nafikan golongan remaja yang sering mononton program ini. Kalau boleh, kali ini kita mahu kelompok penontonnya lebih luas, tidak hanya kepada remaja sahaja,” kata Akhil.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua ini, kata Waheeda, tindakannya ini bukan sengaja untuk ‘mengiyakan’ kontroversi yang melandanya dan Akhil, tapi tawaran ini sanggup digalasnya kerana merasakan ini juga merupakan salah satu medium yang baik untuk berdakwah.

“Jika musim pertama dulu, kita saksikan Akhil banyak fokus kepada aspek hukum-hakam, tetapi saya akan kupaskan lebih dari segi psikologi. Apapun, saya tidak rasakan pembabitan saya sepatutnya menjadi isu. Kami ni sebenarnya degil sikit…lagi banyak orang bercakap, lagi kami akan buat saja apa yang kami suka,” kata Waheeda.

Dalam pada itu, peluang bertemu media itu juga digunakan sebaikn mungkin oleh Akhil dan Waheeda untuk menjelaskan hal sebenar tentang pelbagai spekulasi panas yang melanda diri mereka, termasuklah dikatakan telah bernikah di sebuah kawasan di Selangor pada tahun lalu.

“Benda ini memang tidak akan selesai. Saya pun tidak tahu mengapa hidup saya dilanda tsunami seperti ini. Mereka boleh bercakap apa saja, tetapi kamu nampak ke kami diijabkabulkan? Saya hanya berdoa agar kami terus kuat mengharungi perkara ini. Memang selalunya, orang tidak akan nampak yang putih, tetapi sedikit saja kesan hitam itulah yang orang akan nampak dulu,” kata Akhil.

Tambah Waheeda pula, “Seteruk mana sebenarnya kes kami ini? Saya mintamaaf kerana mengatakan ini, tapi kenapa artis yang keluarkan kenyataan sebagai contoh, tidak salah berpakaian seksi asalkan dirinya selesa dengan pakaian itu atau kerana rasa dirinya masih muda, tidakdijadikan isu?”

Namun, kata Akhil, dia bagaimanapun redha dengan apa yang melanda hidupnya dan tidak merasakan dirinya telah menjejaskan status ‘ustaz’.

“Saya pun tidak pernah merasakan diri saya hebat. Tetapi saya tetap bersyukur kerana orang menggelarkan saya ustaz. Apapun, kita kenalah faham. Walaupun sebagai seorang ustaz, dia juga adalah manusia biasa. Mungkin saya juga ada terlepas pandang tentang hal-hal tertentu, tapi apapun, dakwah tetap perlu diteruskan,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan isterinya berikutan kontroversi tersebut, kata Akhil:

“Dia tidak ada masalah. TapiaAsam garam rumahtangga bagi saya adalah peribadi,” tuturnya.

Diajukan pula pertanyaan bagaimana boleh timbulnya gosip tentang mereka itu, dalam nada tenang, kata Akhil, dia sendiri tidak pasti bagaimana perkara ini mula menjadi buah mulut ramai dan merebak dengan cepat.

“Isu ini bukan kami yang mulakan. Dan sebab itulah kami tidak berdaya untuk hentikan. Jika diikutkan, saya dan Waheeda mula kenal sejak tahun 2006 ketika terbabit di dalam program Hijrah Remaja di saluran Astro. Dari situ saya nampak dia adalah seorang wanita Malaysia yang jumlah sepertinya hanya boleh dibilang dengan jari. Saya lihat dia ni menjaga apa yang perlu dia jaga dan sehingga kini, dia masih seperti itu,” kata Akhil. [sumber]

Tags:

none

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy Kahwin Pagi Ini
  • Gossip Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?
  • Quotes of The Day: “Cukuplah Menghukum Waheeda” – Akhil Hayy
  • Gambar Maizawati Zainal Isteri Akhil Hayy
  • Akhil Hayy Akan Saman Blogger
  • Isteri Akhil Hayy Mahu Berpisah Tapi…
  • Akhil Hayy dan Maizawati Bercerai Talak Satu
  • Sekitar Pelancaran Album Akhil Hayy Nasyid Legenda 2
  • Gosip Ustaz Akhil Hayy Tidak Berdisiplin?
  • Akhil Hayy Jadi Pengacara Program Cubaan Astro Oasis



    • xpenah curang!

      dasar ustaz cicak! gedik la ko nih! aku tau ko nak kawin dua tapi waheeda tu xnk kn? waheeda ko ni minah sial lah! perampas suami org! bru je cerai da kawin trus! gle btul.eh lupa lak waheeda da tue tula nk kawin cepat2! dasar minah kepoh.baso bodo! glo9!!!! ala..bini dulu lagi cun.cacat la ko ni.da name laki cm tu la.y plg xthn da dating b4 kawin.anak bini trabai.bnyak sgt ke duit ko tu..nak sara anak n bini gedik bru ko tu.benci la ku tgk korang ni.cam cacat je.

    • biawak air

      woi tenuk! ko bajet ko tu alim sgt ke.. ceramah sana sini,siap menyanyi lagi..last2 jadi hantu jamban busuk gak..

      waheeda.. apa la bongok sgt ko ni.. dh xde jantan bujang ke atas dunia ni..laki orang gak ko kebas..masalahnya kalo tenuk tu duda xpe xde orang kisah..tp mamat tu dh berbini,beranak pinak..yang ko dk bermesra dating sana sini mcm orang xde agama..aku xheran la dengan tudung periuk ko tu..blah ah!!!!

    • nurul

      kita bukan tuhan untuk menghukum kesalahan org lain.. jangan ambil alih kerja ALLAH.. jika betul pun mereka bersalah.. itu diantara mereka dan bagaimana mereka selesaikan.. KAMU yang sibuk menghukum orang.. dan melemparkan kata kata yang tidak sepatutnya adakah kamu sudah cukup baik dimata ALLAH?? renung diri kita dahulu..
      sy tidak mnyokong mana2 pihak..tetapi muhasabah diri kita dahulu..
      insyaalllah ALLAH akan jauhkan kita dari seksaan azab api naraka..
      hidup kita didunia ni xlama..baki hidup kita dimuka bumi penuhkanlah dengan kebaikan dan taubat..cukuplah dengan dosa kita yang semakin membeban,,

    • http://nabsmanaf.blogspot.com Nabs Manaf

      Salam….
      Untukmu wahai Akhil Hayy (Maaf, tidak layak rasanya untuk orang seperti kamu digelar Ustaz, hanya kerana sedikit godaan dunia, kamu tewas!!!!) Terus-terang dulu aku adalah peminat fanatik kamu. Setiap siri ceramah kamu, aku ikuti…kerana kamu adalah orang muda yang mampu mengajak anak-anak muda seperti kami mendekati agama Allah, tapi sayangnya kamu hanya pandai berkata-kata. Hanya kerana seorang perempuan yang tidaklah secantik dan sehebat manapun…. kamu lupa pada tanggung jawab seorang suami. Meninggalkan isteri yang sanggup mengorbankan nyawanya sendiri untuk melahirkan anak-anak dari benih kamu!!! Kononnya hanya sebagai kawan…rupa-rupanya kawan sekatil!!!. Bohonglah pada seluruh dunia wahai Akhil Hayy….tetapi ingatlah kamu tidak boleh membohongi Allah!!! Yang benar, tetap benar dan yang palsu akan terbongkar jua akhirnya!!! Takziah untuk kamu kerana permata kau lontarkan jauh tapi kaca yang kau jadikan perhiasan!!! Kesian….kesian…

    • AKU BUKAN USTAZ

      Aku cukup menyampah bila ada orang cakap “kita bukan tuhan untuk menghukum kesalahan org lain” atau “jangan kita mengata orang” ADAKAH KAMU SEMUA MANGKUK SANGAT SAMPAI TAK SEDAR kalau kita tak boleh nak komen pasal orang yang melakukan kesalahan apa gunanya hidup kita kat dunia ni? takkan semua benda berlaku kita nak diam saja?!! habis kalau orang palestin kena bunuh kat Israel, Boleh pulak kita Tuduh Yahudi Laknat!!!! tapi bila pendakwah seorang bekas rocker nak mengajar kita bab agama berbohong status hubungan dia dengan penyanyi nasyid yang menggunakan tiket muslimah , akhirnya berkahwin selepas menafikan hubungan sulit mereka di media massa, adakah boleh diterima kredibiliti dia sebagai seorang Ustaz? Ustaz pembohong.

      anyway aku sebagai orang melayu beragama Islam cukup meluat dengan Akhil Hayy si Ustaz glamer tu, ONCE YOU RIDE ON A PENDAKWAH TICKET AND A MUSLIM & MUSLIMAH, YOU CANNOT AFFORD TO SHOWCASE INFIDELITY. orang melayu cukup dibenci oleh bangsa lain kerana hipokrit dan orang macam kamulah yang memalukan bangsa!

      kalau macam inilah perangai orang islam biarlah aku jadi orang Kafir selama-lamanya!!!

    • KITAE

      SALAM RAMADHAN UTK SEMUA!!!!\
      ALHAMDULILLAH SYUKUR KE HADRAT-NYA DAPATLAH KITA MENERUSKAN TUNDUK TAWADOK’ KEPADA YG MAHA ESA…

      ALHAMDULIILAH KPD USTAZ AKILL SELAMAT BERIJAB KABUL…
      SMOGA DPT MEMBINA MAHLIGAI SMA SPT SBLOMNYA MALAH LEBIH BAIK DR SEBLOMNYA…

      KLW BOLEH USTAZ…JADI LA SPT DLU..PERJUANGAN BELOM SLESAI..

      “AKU BUKAN SEPERTI ENGKAU SANGKAKAN…PENUH PURA DIDALAM BERJUANG..AKU TIDAK PANDAI MENYULAM RAHSIA..JUGA TAK PANDAI KU BERMDAH PUJANGGA”

      PETIKAN DR LAGU USTAZ…”IKHLAS dariKU”

      USTAZ RENUNG2KAN LAH…
      HINDARILAH DR DUNIA ARTIS
      KEMBALILAH KPD TUAN GURU
      JADILAH SPT KUMPULAN RABBANI & RAIHAN
      ARTIS JGK TP PENUH PENGHAYATAN…

      USTAZ KEMBALILAH….

    • Maskara

      Bleh kekal kah perkahwinan kontrovesi ni…tengok muka waheeda dan perangai dia pun mcm tak confident jem jodoh panjang lama.. sory la firasat aku je

    • un_din

      Buat aku Bukan Ustaz…mengucap balik…jgn ckp mcm tue sekali “kalau macam inilah perangai orang islam biarlah aku jadi orang Kafir selama-lamanya!!!”.. jgn sbb akil hayy yg tak best tue kita keluarkan ayat ekstrem mcm tue sekali yg kena kita balik..tapi aku sokong pendapat u yg pertama tue…kalau kita tak tegur n tak jdkan pengajaran utk org lain, hancur lah masyarakat kita…dia datang dengan imej seorang beriman, perlu dicontohi, kalau kita tak dedahkannya, berapa ramai lagi yang akan ikut jejak langkah dia..bila semua senyap, maka persepsi sesetengah org, tak salah tak jenguk bini sampai 3 bulan, tak salah jalan tepi pantai dengan makwe, tak salah mengutuk orang seolah2 dia jer yang betul…
      mcm aku, aku tak kisah ngkorang kata aku salah sebab itu hak ngkorang…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK