in ,

Ajieb Sah Tandatangani Kontrak Pengurusan Artis Di Korea Selatan

[dropcap]M[/dropcap]engikuti jejak langkah Yuna yang menjadi artis rakaman di bawah pengurusan David Foster, pengacara Ajieb Rosdi kini sah bergelar artis di Korea Selatan apabila dia baru saja menandatangani kontrak pengurusan artis bersama Blessync Media pada 4 Mei 2013.

Ajieb Rosdi atau nama sebenarnya Mohd Razif Mohd Rosdi telah menandatangani kontrak di M Academy Seoul yang mana beliau kini sedang menjalani proses pembelajaran mendalami selok belok industri muzik K-Pop sebelum muncul sebagai artis baru di Korea Selatan.

“Syukur Alhamdulillah. Memang tidak disangka. Sungguhpun saya menghadapi banyak dugaan untuk sampai ke tahap ini, akhirnya saya sudah sah diuruskan oleh pihak pengurusan artis di Korea Selatan. Saya berasa sangat teruja dan saya merasakan pengurusan di sini amat berbeza berbanding di Malaysia. Apa sekalipun, apa yang saya lakukan ini tidak akan datang begitu saya tanpa sokongan dari Malaysia.”

Menerusi kontrak tersebut, Ajieb bakal muncul dengan sebuah album yang merangkumi lagu-lagu baru dalam bahasa Korea, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Tambah menarik, dalam album tersebut, Ajieb bakal berduet bersama artis K-Pop yang masih belum diberitahu pihak pengurusan Ajieb di Korea Selatan.

Ajieb Murai

Menurut pihak pengurusan, Ajieb juga bakal berlakon dalam beberapa drama Korea Selatan serta menjadi duta beberapa jenama Korea Selatan. Selain itu, sebuah program TV bakal diterbitkan khusus buat penonton Malaysia. Bagaimanapun, segalanya masih dalam perancangan kerana pihak pengurusan yang diwakili pengurus Ajieb iaitu Blake Shin masih menanti pihak produksi dari Malaysia yang ingin bekerjasama dalam program TV yang turut ditayangkan di saluran TV di Korea Selatan.

Selain sibuk menjalani pengajian di M Academy selama 3 bulan, Ajieb juga telah berjumpa beberapa media di Korea Selatan untuk ditemubual. Sambutan yang diberikan amat baik dan Ajieb sekali lagi telah ditemu bual radio Arirang TV. Wajah Ajieb juga bakal menghiasi majalah hiburan The K-Pop Magazine tidak lama lagi.

Mengimbas karier Ajieb di Malaysia, Ajieb merupakan pengacara program Aksi Murai, Apa Kata M, Yok Sahur dan KesSahNya. Ajieb juga merupaka penyampai sambilan di THR Gegar. Single pertama Ajieb berjudul Apa Kata telah digubah oleh komposer Omar K. Lagu Ajieb berjudul Bagaikan Satria telah menjadi lagu bahasa Melayu pertama dimainkan di KBS World Radio, Seoul melalui program K-Pop Connection.

Ajieb Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pra Perkahwinan Beego & Linda Hashim

Senarai Artis di Karnival Seni Kreatif Kita Hujung Minggu Ini