in

Aizat Cipta Lagu Erti Hari Ini Untuk Rakyat Palestin

Dengan keprihatinan Faizal Tahir sebagai Duta Kempen Bebaskan Bumi Palestin anjuran TV3, kini terbit keinginan untuk seorang lagi artis yang turut tampil dan prihatin terhadap malapetaka yang berlaku di bumi Palestin.

Juara Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24), Aizat tampil sebagai seorang artis prihatin, sedikit sebanyak berupaya meringankan beban dengan usaha terbaru yang dilakukan ini. Aizat mengkhususkan sebuah lagu terbaru ciptaannya berjudul, ‘Erti Hari Ini’ ingin ditujukan khas kepada rakyat Palestin yang sedang menderita kini.

Benar kata pepatah, ‘bukit sama di daki, lurah sama dituruni’, kemahuaan Aizat ini seharusnya menjadi tauladan kepada semua.

Aizat juga sedang bersedia untuk pengambaran muzik video lagu Erti Hari Ini yang akan diadakan di Shah Alam pada 1 Julai ini. Good luck!

Melalui sebuah Muzik Video, Erti Hari Ini yang akan dihasilkan, memberi maksud sebenar keinginan dirinya untuk turut sama TV3 khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin, terutama di Semenanjung Gaza, yang menjadi mangsa serangan kejam rejim Zionis baru-baru ini.

Bagus Aizat ni… sangat prihatin!

Peace

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Laila Asyikin Lakonan Fahrin Ahmad

Drama Duyong Aridinata