in

Aizat Bakal Berlakon Filem Animasi Firefly

Di sidang media Pelancaran Album Urusan Aizat Amdan, pemenang AJL24 yang lalu telah mengumumkan yang beliau akan bergelar pelakon tak lama lagi. Bukan berlakon drama tapi Aizat bakal mencipta nama menjadi salah seorang daripada ratusan pelakon untuk filem terbaru arahan Afdlin Shauki berjudul Firefly. Walaupun sebelum ini Aizat telah beberapa kali menegaskan yang dia tidak mungkin melibatkan diri dalam dunia lakonan.

Tahniah Budiey ucapakan. Namun, peminat harus difahamkan Aizat hanyalah menyumbangkan suara untuk filem animasi muzikal bertajuk ‘Firefly’.

Filem yang diterbitkan oleh erama.tv ini menggunakan lagu “Sungai Lui” yang dipetik daripada album UA2 sebagai lagu tema memandangkan bait-bait lirik lagu itu sesuai dengan jalan cerita ‘Firefly’.

Filem animasi muzikal ini lebih kepada battle of the band di mana nanti ramai penyanyi dan band lain yang akan terlibat untuk menjayakannya.

“Buat masa ini saya belum tahu sama ada akan sumbangkan suara atau tidak. Tetapi yang pasti, saya akan terlibat dalam proses gubahan dan rakaman muzik untuk filem itu. Semua ini masih dalam proses perbincangan. Tengoklah macamana nanti,” ujar Aizat ringkas.

Dalam masa yang sama, Aizat turut mengumumkan bahawa selepas Aidilfitri ini nanti dia merancang untuk memulakan siri jelajah seluruh Malaysia bagi mempromosikan album terbarunya UA2. Jika sambutan memberangsangkan, Aizat tidak menolak kemungkinan untuk membawa siri jelajah itu ke Brunei dan Singapura.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konflik Bisnes Dalam Legacy of Time

Sekitar Mini Showcase Annyonghaesao Dioratic