Aishah Sinclair Hos So You Think You Can Dance

DETIK MENCARI PENARI TERBAIK MALAYSIA KINI BERMULA!

Rancangan 8TV paling diminati ramai, So You Think You Can Dance (SYTYCD) versi tempatan yang mencungkil bakat baru dalam bidang tarian kini kembali! Siri rancangan hebat musim kedua ini akan mula ditayangkan di Malaysia pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula pada 1 Mei 2008.

Sesudah berakhirnya sesi ujibakat yang telah diadakan di Sabah dan Kuala Lumpur baru-baru ini, para hakim pertandingan kini mampu menarik nafas lega buat sementara sebelum menghalusi pemilihan barisan peserta yang berbakat terus mara ke peringkat Top 20. 

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim:

“Jumlah calon-calon yang hadir bagi sesi ujibakat kali ini meningkat jika dibandingkan dengan musim pertama.  Untuk musim ini, para penonton di rumah akan disajikan dengan bakat-bakat baru yang lebih mantap. Secara keseluruhannya, seramai 423 bakat baru dan lama mendaftarkan diri mereka menghadiri sesi ujibakat kali ini. Seramai 106  peserta mendaftar di Sabah dan 317 peserta mendaftar di Kuala Lumpur.”

Pada sesi ujibakat baru-baru ini yang telah diadakan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, rakyat Malaysia yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun mula membanjiri kawasan ujibakat seawal jam 7.00 pagi lagi. 

Salah seorang peserta yang hadir awal ke sesi ujibakat pada musim ini ialah seorang gadis yang berusia 28 tahun, Samantha Yee Mei Er yang turut mencuba nasib.

“Berbekalkan dengan pengalaman selama 4 tahun sebagai penari Hip-Hop, ianya akan  menjadi  sebuah pengalaman menarik bagi saya apabila menghadiri sesi ujibakat kali ini,” ujar Samantha yang juga merupakan seorang penari sepenuh masa dan juga akauntan.

Peserta-peserta yang disenarai pendek akan dihantar mengikuti ‘Dance Boot Camp’ selama 4 hari. Di sini, para peserta akan mempelajari pelbagai jenis tarian seperti hip-hop, ballroom, tradisional, kontemporari dan banyak lagi. Hanya penari yang terbaik dan yang boleh menguasai teknik-teknik tarian dalam masa yang singkat akan mara ke peringkat seterusnya.

Penonton akan dapat menyaksikan persembahan dan juga penyingkiran pada setiap minggu yang akan disiarkan secara langsung. Persembahan secara langsung mingguan ini akan bermula dengan proses pemilihan penari Top 20 (10 wanita dan 10 lelaki).  Mereka akan menari berpasangan dan seorang penari wanita dan lelaki akan disingkirkan setiap minggu.  Program ini akan disiarkan sebanyak 16 episod secara keseluruhannya termasuk episod terakhir yang juga akan disiarkan secara langsung.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan episod pertama musim kedua yang akan ditayangkan pada 1 Mei 2008 iaitu pada hari Khamis, jam 9.30 malam apabila anda akan dibawa mengimbas kembali memori suka-duka dan saat-saat yang berlaku sepanjang musim pertama rancangan ini. Bukan itu sahaja, anda boleh juga menjangkakan episod-episod yang lebih menarik bagi musim kedua ini.

Masa depan para peserta masih terletak di tangan barisan panel hakim pertandingan yang sama seperti musim lalu iaitu: Pat Ibrahim, Ramli Ibrahim dan Judimar Hernandez. Musim kedua So You Think You Can Dance turut menampil pengacara baru iaitu Aishah Sinclair.

Sekali lagi Tranz dari Poh Kong menaja rancangan ini buat musim kedua dan terus memberikan sokongan mereka dalam mencari penari-penari bakat tempatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai So You Think You Can Dance musim kedua, sila layari laman web kami di alamat: www.8tv.com.my/sytycd atau dial talian 03-77288282

[tags]So You Think You Can Dance, SYTYCD, season, hip hop, coupun code, cyper, cyperhack, discount, freak, hacks, hackz, hosting solution, anniversary, blogger comunity, colourfulm, gathering, junaidix, kuala lumpur, makan, malaysia, mesej box, message box, msjbox, rainbow, dancer, restaurant, restoren tupai-tupai, shah izhar, sodep, tea time, tupai, lifetime discount, malaysia, malaysia vps package, malaysia web hosting, rahsia dahi, promotion, server, serverfreak, student, adam, konsert, unlimited, virtual private server, vps, genre, guamusic.com[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

April Saturday Movies Special @ 8TV

Promo: Kan Cheong Kitchen @ 8TV