in

AirAsia Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terunggul Dunia

AirAsia terus mendominasi industri penerbangan selepas dinobatkan ‘Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terunggul Dunia’ di majlis penganugerahan berprestij ‘World Travel Awards 2013’ yang telah berlangsung di Doha, Qatar.

Majlis penganugerahan yang diumpamakan seperti anugerah ‘Oscar’ bagi industri pelancongan ini memberikan pengiktirafan kepada syarikat-syarikat, organisasi dan jenama yang telah berusaha untuk memajukan industri mereka yang tersendiri.

[pullquote align=”right”]AirAsia Dinobatkan “Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terunggul Dunia” di majlis anugerah berprestij World Travel Awards 2013. Tahniah AirAsia![/pullquote]

AirAsia tampil sebagai juara bagi kategori ‘Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terunggul Dunia’, setelah menerima undian yang tertinggi daripada ahli-ahli juri profesional dalam industri pelancongan dari serata dunia. Syarikat Malaysia ini telah mengalahkan calon-calon lain dalam kategori itu yang merupakan nama-nama besar dunia seperti Air Arabia, Air Berlin, easyJet, JetBlue Airways, Precision Air dan Southwest Airlines.

Dato’ Aziz Bakar, Pengarah AirAsia Berhad mewakili kumpulan AirAsia di majlis anugerah tersebut bagi menerima anugerah yang berprestij ini.

Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Bersama AirAsia berkata, “Kami amat bersyukur dan rendah diri dengan penganugerahan dan pengiktirafan peringkat antarabangsa yang cukup besar ini. Ini membuktikan kekuatan jenama yang telah dicipta oleh AirAsia, yang bermula sebagai sebuah syarikat Malaysia dan kini dikenali serata dunia sebagai satu jenama antarabangsa yang berinovasi.

AirAsia, menerusi pengiktirafan antarabangsa ini, telah meletakkan ‘jenama Malaysia’ di persada dunia dan memacu misi kami di AirAsia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penerbangan terkemuka seperti Dubai. Ia juga menaikkan semangat kami untuk terus mengekalkan AirAsia sebagai sebuah syarikat Malaysia yang bertaraf dunia.

Sebagai sebuah syarikat penerbangan tempatan, adalah tanggungjawab kami untuk membantu membangunkan lagi industri penerbangan negara, dan kami berharap pihak kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bersama memberikan sokongan untuk menjadikan visi ini satu kenyataan,” jelas Datuk Kamarudin.

AirAsia juga telah memenangi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dari Skytrax bagi lima tahun berturut-turut dari tahun 2009 – 2013.

Kumpulan AirAsia mempunyai operasi di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina, dan kini telah menerbangkan lebih dari 202 juta tetamu dalam masa 12 tahun beroperasi, melalui jaringan laluan yang luas merangkumi 87 destinasi di 22 negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

10 Idea Untuk Nikmati NESCAFÉ Dolce Gusto

Tips Formula Cantik Wanita Moden & Inspirasi Asia