in

AirAsia Syarikat Paling Terkenal Sektor Percutian, Pelancongan & Hospitaliti

Menyambut kemenangan yang ke-lima oleh Majlis Anugerah Malaysia’s 100 Leading Graduate Employer

AirAsia, sekali lagi diiktiraf sebagai majikan paling terkenal di Malaysia dengan gelaran berprestij Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers 2015 bagi sektor Percutian, Pelancongan dan Hospitaliti dikalangan graduan, menandakan kemenangan yang ke-lima bagi anugerah yang sama buat syarikat penerbangan itu.

Wan Ezrin Sazli Bin Wan Zahari, Ketua Sumber Manusia AirAsia Berhad berkata, “Pengiktirafan yang berterusan ini menandakan budaya luar biasa AirAsia. Moto kami ‘All for one, one for all’ merupakan panduan bagi 17,000 kakitangan Allstars di seluruh dunia bagi menghasilkan keputusan yang luar biasa dan kami bangga berkhidmat di syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia sebagai satu keluarga besar. Kepimpinan adalah mengenai memupuk semangat dan tenaga kerja kakitangan, menghasilkan keputusan cemerlang dan berpuas hati mengenai hasil tersebut.”

“Terima kasih kepada semua mahasiswa dan graduan yang telah mengundi kami sebagai majikan paling terkenal. Kami sentiasa mencari bakat-bakat baru untuk menyertai kami sebagai Allstar dan juga melabur dalam membina pemimpin-pemimpin pada masa akan datang, dan kami bersyukur bahawa usaha kami untuk menarik bakat telah membuahkan hasil,” sambung Wan Ezrin.

Loh Kwai Nam, Pengerusi GTI Media Sdn Bhd (EP Asia Corp) berkata, “Tahniah kepada AirAsia atas kemenangan anugerah dalam Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers 2015 bagi sektor Percutian, Pelancongan dan Hospitaliti. Saya mengucapkan selamat berjaya bagi tahun-tahun yang akan datang.”

Dianjurkan bagi tahun kelapan, Majlis Anugerah Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers mengiktiraf perekrut graduan melalui undian pelajar, graduan, pelajar professional muda Malaysia dan graduan barometer dibawakan oleh Trendence, Institut Penjenamaan Majikan Eropah. Tahun ini, sebanyak 20,770 undian telah dikutip.

Untuk terus mengemas kini mengenai promosi dan aktiviti AirAsia ikuti mereka di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maya Karin Gayakan Rantai RM2.4Juta di Red Carpet ASK2015

Review Hotel Sama-Sama Express KLIA 2