in

AirAsia Perkenal Laluan Antarabangsa Baru dari Johor Bahru

Laluan antarabangsa terbaru mencerminkan komitmen dalam mempertingkatkan hubungan udara dari selatan Semenanjung Malaysia. AirAsia telah melancarkan tiga laluan antarabangsa terbaru dari hab syarikat penerbangan tersebut di Johor Bahru, menghubungkan selatan Semenanjung Malaysia ke Yogyakarta (4x seminggu) dan Lombok (3x seminggu) di Indonesia; dan Ho Chi Minh City (4x seminggu) di Vietnam.

Tiga laluan antarabangsa baru ini akan menyediakan para penduduk Johor Bahru dengan lebih pilihan destinasi dan kemudahan serta penjimatan yang terbaik, kerana mereka tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk terbang ke destinasi-destinasi tersebut.

[pullquote]Untuk memperkenalkan laluan-laluan terbaru dari Johor Bahru ke Yogyakarta, Lombok dan Ho Chi Minh City, AirAsia menawarkan tambang asas dari serendah RM0*, dengan tempoh tempahan dari 15 – 20 April 2014 dan tempoh perjalanan dari 11 Julai 2014 – 30 April 2015.[/pullquote]

Tempahan boleh dilakukan secara dalam talian di www.airasia.com dan melalui aplikasi mudah alih AirAsia, yang boleh didapati untuk iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan platform Windows Phone. Hanya cari AirAsia di stor aplikasi untuk muat turun dan mulakan tempahan.

Ketua Komersil AirAsia Berhad, Spencer Lee berkata, “Johor Bahru merupakan salah satu hab yang penting bagi kami dan mempunyai potensi bagi pembangunan laluan penerbangan dan permintaan tinggi untuk hubungan udara antarabangsa. Tiga laluan terbaru dari Johor Bahru ke Yogyakarta, Lombok dan Ho Chi Minh City ini mencerminkan komitmen kami dalam mempertingkatkan hubungan udara bagi para penduduk di selatan tanahair. Dengan sokongan Lapangan Antarabangsa Senai, kami sentiasa berusaha unutk memulakan laluan-laluan baru di masa hadapan dan menyediakan akses yang lebih baik kepada rangkaian kami yang luas, bagi manfaat penduduk Johor Bahru dan para komuniti di sekitar selatan Semenanjung Malaysia.”

Selain Yogyakarta dan Lombok, AirAsia juga telah mendirikan hubungan udara yang baik di antara Johor Bahru dan Indonesia dengan 15x penerbangan seminggu, ke Jakarta (4x seminggu), Bandung (4x seminggu) dan Surabaya (7x seminggu). Syarikat penerbangan tersebut juga menyediakan hubungan udara yang terbaik secara menyeluruh di antara Malaysia dan Indonesia.

AirAsia juga menghubungkan Johor Bahru ke pelbagai destinasi domestic di Semenanjung dan Malaysia Timur dengan 91x penerbangan seminggu, seperti ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching, Miri, Sibu dan Kota Kinabalu. Keseluruhannya, AirAsia menyediakan 106x penerbangan seminggu dari hab penerbangannya di Johor Bahru.

Syarikat penerbangan itu juga memperkenalkan penerbangan tambahan sempena perayaan Aidilfitri yang menjelang, dari Kuala Lumpur ke Padang, Palembang dan Solo. Tambah promosi juga disediakan bagi penerbangan tambahan ini, dengan tambang termasuk semua dari serendah RM79 dari Kuala Lumpur ke Padang dan Palembang; dan RM129 dari Kuala Lumpur ke Solo.

Tempahan dibuka di www.airasia.com, dari sekarang sehingga 20 April 2014, bagi tempoh perjalanan dari 24 Julai – 30 September 2014. Tempahan juga boleh dibuat melalui aplikasi mudah alih AirAsia, pada iPhone, peranti Android, Blackberry Z10 dan platform Windows Phone.

Tambang promosi bagi penerbangan tambahan adalah termasuk surcaj bahanapi dan cukai lapangan terbang (tidak termasuk lain-lain fi opsyenal) dan untuk perjalanan sehala sahaja.

Ikuti AirAsia di Twitter (www.twitter.com/AirAsia) dan Facebook (www.facebook.com/AirAsia) untuk mengetahui perkembangan mengenai promosi, aktiviti dan berita terbaru AirAsia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ajieb Rosdi & Nuri Terima Tawaran Rakam Lagu Di California

Fahrin Ahmad Jadi Pengacara Dunia Pencetus Ummah