in

AirAsia Lancar Empat Penerbangan Sulung

AirAsia lancar empat penerbangan sulung dari Malaysia Timur ke Semenanjung Malaysia. AirAsia terus mengukuhkan perhubungan di antara Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia dengan pelancaran empat penerbangan sulung dari Sarawak ke Pulau Pinang, Langkawi, Terengganu dan Kota Bharu.

[pullquote]Yang terbaru adalah dua laluan baru dari Miri dan dua lagi dari Kuching, menghubungkan komuniti di Sarawak the bahagian Utara dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.[/pullquote]

Laluan baru adalah dari Kuching ke Kota Bharu (3x seminggu) dan juga ke Langkawi (4x seminggu). Penerbangan sulung dari Kuching ke Kota Bharu telah berlepas pada hari ini dan AirAsia telah menerima kunjungan hormat oleh Yang Mulia Dato’ Seri Tengku Dr Zainal Adlin Bin Tengku Mahamood, ahli Lembaga Pengarah Pelancongan Malaysia, yang telah menyambut para tetamu yang tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu melalui penerbangan AK5507 dari Kuching.

Laluan Kuching – Kota Bharu ini merupakan laluan domestik AirAsia yang kesembilan dari Kuching, dan AirAsia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan Kuching secara terus ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia. AirAsia menyediakan penerbangan dari Kuching ke Kota Bharu 3x seminggu setiap Selasa, Khamis dan Sabtu (rujuk jadual penerbangan di bawah unutk maklumat lanjut).

Syarikat penerbangan itu juga melancarkan penerbangan Malaysia Timur – Semenanjung Malaysia yang lain semalam, dari Miri – Terengganu (3x seminggu) dan Miri – Pulau Pinang (4x seminggu), empat jumlah laluan terbaru Malaysia Timur – Semenanjung Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari www.airasia.com.

AirAsia menguhubungkan Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia dengan 399x penerbangan seminggu, dan turut menyediakan hubungan penerbangan terbaik di dalam lingkungan Malaysia Timur.

Ikuti AirAsia di Twitter (www.twitter.com/AirAsia) dan Facebook (www.facebook.com/AirAsia) untuk mengetahui perkembangan mengenai promosi, aktiviti dan berita terbaru AirAsia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival KL 2013

Hanez Suraya Nafi Rampas Suami Orang