in

AirAsia Dapat Gelaran Syarikat Berpengurusan Terbaik Asia

Majalah antarabangsa terkemuka Euromoney telah menamakan AirAsia Berhad sebagai pemenang anugerah ‘Syarikat Berpengurusan Terbaik di Asia bagi sektor Penerbangan & Aviasi’, di dalam acara pengundian tahunan ‘Syarikat Berpengurusan dan Berpentadbiran Terbaik – Pengundian Asia 2014’ yang dianjurkan oleh Euromoney.

AirAsia pernah memenangi anugerah yang sama pada tahun 2013, satu penghormatan terhadap fokus syarikat penerbangan tersebut kepada integrasi dan perkembangan perniagaan serta pandangan jauh yang memberikan kecemerlangan syarikat tersebut di dalam industri penerbangan.

airasia

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar menerima sijil pemenang ‘Syarikat Berpengurusan Terbaik di Asia bagi sektor Penerbangan & Aviasi’ daripada Marcus H. Langston, Ketua Serantau Asia Euromoney Magazine.

[pullquote align=”right”]AirAsia dinamakan Syarikat Berpengurusan Terbaik Asia bagi dua tahun berturut-turut! Diundi oleh penganalisa ekuiti terkemuka daripada bank & firma penyelidikan di benua Asia Pasifik[/pullquote]

Undian adalah berdasarkan maklumbalas daripada sejumlah 93 para penganalisa ekuiti utama daripada bank-bank pelaburan dan firma-firma penyelidikan yang terbesar di benua Asia Pasifik, dengan sebanyak 214 syarikat yang berbeza telah dicalonkan.

Para penganalisa telah diminta unutk menamakan syarikat yang paling menonjol berdasarkan beberapa faktor termasuk aksesibiliti pengurusan, ketelusan perakaunan, prosedur tadbir urus korporat dan lain-lain.

Para penganalisa telah memuji AirAsia di atas nilai kepimpinan syarikat tersebut dalam mempromosikan perhubungan yang telus dengan para pelabur, dilihat sebagai “syarikat yang mempunyai strategi yang jelas dan keterlihatan yang baik”. Mereka juga mendapati “pihak pengurusan kanan syarikat tersebut terus mempamerkan pengurusan gearan yang baik, ketelusan, tadbir urus yang baik dan penyampaian strategi yang jelas.”

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Ini merupakan permulaan yang baik bagi tahun 2014 buat kami, menjadi penerima salah satu penghormatan tertinggi dalam industri daripada Euromoney. Kejayaan ini mencerminkan komitmen kami dalam memastikan ketelusan dan tadbir urus yang baik di dalam perniagaan kami, bagi memelihara keyakinan para pemegang amanah dan para pelabur. Keyakinan penuh dan kredibiliti yang utuh adalah penting buat kami dalam usaha memperluaskan perniagaan dan jaringan di benua ini dan lebih jauh.”

Ini merupakan kedudukan tahunan ‘‘Syarikat Berpengurusan dan Berpentadbiran Terbaik’ ke-15 yang diterbitkan oleh Euromoney dan dilihat sebagai kajian tanda aras yang mengambil kira pendapat penganalisis ekuiti di rantau ini.

Clive Horwood, Editor Majalah Euromoney berkata, “Kedudukan Asia yang kukuh di dalam pasaran global telah memberikan peluang pertumbuhan baru bagi syarikat-syarikat Asia. Melalui kajian tahunan kami, para penganalisis utama yang meneliti semua sektor di Asia telah memberikan peluang kepada institusi-institusi yang diurus tadbir dengan baik dan mempunyai kedudukan kewangan kukuh serta ketelusan tinggi, untuk memperluaskan jaringan pelabur mereka.”

Para pelanggan Euromoney boleh mendapatkan akses ke kedudukan undian terkini di www.euromoney.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Ammara Batrisya Episod 8

Kumpulan SOFAZR Lancar Album Terbaru 1DEKAD