in

AirAsia & AirAsia X Tawar Potongan Harga Tambang 20%

AirAsia dan AirAsia X tawar potongan harga tambang 20% ke semua destinasi*!

Tempah online dari 15 hingga 21 Februari 2016 dan kumpul 2 kali ganda mata ganjaran AirAsia BIG**

Diskaun tambang termasuk semua bagi tempat duduk Premium Flatbed dari serendah RM895* sehala
Terbang segera ke lebih 100 destinasi di seluruh Asia, Australia dan New Zealand*

SEPANG, 14 FEBRUARI 2016 – AirAsia dan AirAsia X menawarkan diskaun sebanyak 20% bagi penerbangan ke semua destinasi di seluruh Asia, Australia dan New Zealand. Promosi ini merangkumi destinasi popular seperti Hong Kong, Lombok, Auckland, Sapporo dan laluan AirAsia X yang baru dilancarkan iaitu New Delhi, India.

Promosi istimewa ini bermula dari 15 hingga 21 Februari 2016 bagi tempoh perjalanan segera dari 16 Februari hingga 30 Jun 2016. Tempahan boleh dibuat di laman web airasia.com atau melalui aplikasi AirAsia bagi iPhone dan Android, serta laman web mudah alih mobile.airasia.com. Penjimatan 20% ini adalah berdasarkan tambang asas bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X termasuk perkhidmatan Fly-Thru dengan kod penerbangan AK (Malaysia AirAsia), D7 (Malaysia AirAsia X), FD (Thai AirAsia), XJ (Thai AirAsia X), QZ (Indonesia AirAsia), XT (Indonesia AirAsia X), PQ and Z2 (Philippines AirAsia).

Siegtraund Teh, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Berhad berkata, “Promosi menarik ini juga menawarkan peluang untuk tetamu AirAsia untuk menikmati penjimatan lebih apabila mereka membuat tempahan penerbangan bersama tawaran hotel dari AirAsiaGo. Selain itu, tempat duduk Premium Flatbed AirAsia X yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan juga menjadi tumpuan utama promosi ini, membolehkan para tetamu kami untuk terbang lebih jauh dan lebih selesa dengan harga yang istimewa.”

Sepanjang tempoh promosi ini, semua ahli AirAsia BIG boleh menikmati mata ganjaran berganda apabila membuat tempahan penerbangan dari Kuala Lumpur ke destinasi indah seperti Kemboja, Laos, Myanmar, Vietnam, India, Perth, Auckland dan Busan**. Rangkaian luas penerbangan AirAsia menawarkan tetamu pelbagai destinasi menarik untuk diterokai; dari bandar yang indah dengan seni bina berpengaruh Perancis di Hanoi, percutian pantai di Goa atau menjelajah sambil menikmati keindahan Busan. Untuk memperoleh promosi mata ganjaran berganda ini, daftar sekarang sebagai ahli AirAsia BIG di airasiabig.com.

Ahli-ahli bukan sahaja akan diberi 1 mata ganjaran AirAsia BIG untuk setiap RM2 yang dibelanjakan untuk penerbangan AirAsia dan AirAsia X, tetapi mata ganjaran yang diperolehi juga boleh ditebus untuk tiket penerbangan, penginapan hotel dan tawaran-tawaran menarik yang lain.

Terus kemas kini bersama promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Penjimatan 20% adalah tertakluk kepada tambang asas. Promosi tambang ini tidak termasuk waktu puncak. Senarai penuh waktu puncak boleh didapati di airasia.com. Tertakluk kepada terma dan syarat.

*Dapatkan mata ganjaran AirAsia BIG melalui destinasi terpilih. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – THE OTHER SIDE OF THE DOOR

Drama Bersiri Mandarin Ops SPRM di TV2