in ,

Air France Taja Tiket Terbang ke Paris Untuk Pemenang GM2

[dropcap]P[/dropcap]ada jam 3 petang tadi, Budiey sempat singgah di Pengumuman Penaja Program GM2 di Rafflesia, Parkroyal Kuala Lumpur. Acara santai itu antara lainnya memperkenalkan sebuah syarikat penerbangan, Air France sebagai penaja hadiah utama iaitu tiket ­penerbangan pergi dan balik ke Paris tajaan Air France untuk dua orang. Wah! Seronoknya. Bermakna hadiah untuk pemenang utama bukan calang-calang sebab pemenang utama boleh menjejakkan kaki di tempat menarik di ibu kota Paris. Sesuailah nampaknya hadiah lumayan ini untuk pemenang utama. Berbaloilah menempuh macam-macam ujian yang sangat mencabar sepanjang menyertai program ini. Budiey pasti ramai peserta GM2 tu yang akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hadiah ini.

Semestinya kenangan indah akan menanti pemenang utama di Kota Cinta itu, di mana pemenang pastinya akan dapat melawat tempat-tempat menarik di Paris seperti Place De La Concorde, Avenue des Champs Élysées & The Arc de Triomphe, pelayaran di Sungai Seine dan tak lupa lawatan ke Menara Eiffel.

Sebelum ini, Budiey dikhabarkan Air France telah membawa Fizo Omar, Tasha Shila, Nur Fathia dan Aiman Hakim Ridza ke kota Paris untuk mengikuti percutian selama seminggu bersama peminat pada 23 April lalu.

Budiey sempat menemubual Estee Ng selaku Country Manager Malaysia Air France di mana beliau sangat teruja dengan penglibatan Air France sebagai rakan penaja GM2.

GM2 adalah program realiti TV terbaru Gadis Muka 2 yang telah menemui penonton lima minggu lalu. GM2 disertai oleh 10 gadis berbakat besar yang berjaya me­nempatkan diri sebagai finalis sekali gus mengejar impian dalam bidang penyiaran tempatan. Budiey difahamkan ada tujuh episod kesemuanya.

Lima episod sudah menemui penonton, bermakna ada dua episod lagi.Tterbitan I Like Entertainment Sdn Bhd yang bernaung di bawah Kumpulan Sedania dengan kerjasama Harian Metro (HM) ini disiarkan pada setiap Ahad jam 10 malam di saluran Astro Ria 104.

Barisan 10 finalis GM2, Aidiliahilda Abdul Halim (Aidilia), 19, dari Rawang, Selangor, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin (Syifa), 19, Parit Buntar, Perak, Nur Syamera Ab Rasif (Myra), 21, Kota Tinggi, Johor, Alia Afiqah Abden (Lia), 21, Tawau, Sabah, Atira Remimurni Mohamed Ali (Tyra), 21, Setapak, Kuala Lumpur, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf (Sarah), 22, Ampang, Selangor, Nur Afiqah Mohd Azmi (Fify), 22, Subang Jaya, Selangor, Siti Nor Izumi Salleh (Izumi), 23, Bangi, Selangor, Siti Nur­syahira Nabila (She), 23, Subang Jaya, Selangor dan Nur Asikin Kamarudin (Ekin), 24, Masjid Tanah, Melaka.

Dihoskan oleh pengacara terkenal Awal Ashaari, program ini juga dijayakan oleh Dynas Mokhtar (‘Big Sister’) dan dua juri tetap iaitu Datin Sofia Jane dan Zaihani Zain.

Tidak ketinggalan, pihak Snips Group yang akan sentiasa memastikan aspek penampilan wajah dan rambut finalis ­diberi tatarias yang betul. Cabaran-cabaran yang bakal dilalui peserta dalam program ini turut disokong oleh Inglot Cosmetic, Shu Uemura dan Loreal.

Juara rancangan Gadis M2 akan memena­ngi kontrak artis lumayan bernilai RM100,000 dan bakal membawa pulang barangan Rafflesia bernilai RM30,000, tajaan pembiayaan dari Snips Academy of Arts seba­nyak RM20,000 serta tiket ­penerbangan pergi dan balik ke Paris tajaan Air France.

Selamat maju jaya buat semua peserta GM2.

Estee Ng Air France

gm2 aidillia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Imam Muda Asyraf Lancar Album Nasyid Pertama

Betul Ke Hani Hatim & Aidid Marcello Hos Baru Hip TV?