in ,

Aiman Hakim Ridza Ada Ciri Lelaki Idaman Nur Fathia

Pelakon Nur Fathia Latiff mengakui Aiman Hakim Ridza yang dikaitkan sebagai kekasihnya mempunyai ciri-ciri lelaki idaman untuk dijadikan sebagai seorang suami. Menerusi sebuah portal, pelakon jelita ini akui dia menyifatkan aktor tinggi lampai itu sebagai seorang yang sempurna dan setia.

“Sebelum ini ketika saya dan Aiman berlakon menerusi drama Mahabbah, di mana waktu itu dia masih lagi dengan bekas kekasihnya, saya dapat lihat kesetiaan dirinya selain bersikap mengambil berat. Dia juga sering bercakap tentang kekasihnya pada kru produksi, dan sebab itu saya kata dia seorang lelaki yang setia. Dia juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman saya selain seorang yang romantik.”

Apa-apa pun statement Nur Fathia, dia masih tidak mengesahkan status perhubungan mereka. Bagaimanapun tambah Fathia, buat masa ini, dia mahu orang ramai melihat mereka sebagai teman rapat tanpa menganggap mereka sebagai pasangan kekasih.

Kata pelakon drama Ariana Rose itu lagi, dia hanya akan membuat kenyataan mengenai status perhubungan dengan seseorang apabila tiba masanya ataupun ketika mahu mendirikan rumah tangga kelak.

“Saya rasa selesa dengan cara itu. Apabila sesebuah perhubungan itu tidak menjadi, tak ada la orang nak kata buruk mengenai perhubungan cinta saya yang lepas.”

Bagus gak keputusan Fathia ni, takde la tergesa-gesa nak buat statement kan? Nak kahwin barulah umum. Tak gitu?

Benarkah wujud cinta antara Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza? Drama Diandra mulai Selasa dpn jam 9 mlm di @tv3malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Salamiah Hassan Menghitung Hari Kini Giat Jalani Latihan

Kenangan Manis Tahun Baru Jenaka Geng Lawak di PICC