in ,

Ahmad Tarmizi Juara Akademi al-Quran Musim 4

Tahniah buat Ahmad Tarmizi kerana telah menjadi Juara AQ4!

Ahmad Tarmizi Ali, 25, muncul juara pertandingan akhir program realiti terbitan TV9, Akademi al-Quran (AQ) musim keempat yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Jumaat.

Kemenangan itu membolehkan beliau memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, trofi tajaan ZRA Glocal, pakej menunaikan umrah tajaan Irna Yakin Travel & Tours dan sebuah Al-Quran digital sumbangan ENMAC.

Beliau yang ditemui di sidang media menzahirkan rasa terharu dan terkejut atas kemenangan yang tidak diduga itu.

“Melangkah masuk ke peringkat akhir sahaja sudah bersyukur, ini kerana saingan sangat sengit. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

“Bagaimanapun, saya bersyukur atas rezeki kemenangan ini dan Insyaallah, saya akan membawa ilmu yang saya pelajari di sini kepada masyarakat luar,” katanya.

Naib johan pula dimenangi Muhamad Ahmad Zahid , 15. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.

Sementara itu, Yahya Ali, 23, memenangi tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.

Hadiah para pemenang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejor Jeneral(B), Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Media Prima Bhd, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin.

Seorang lagi finalis yang bertanding padaperingkat akhir AQ dan memenangi tempat keempat ialah Husni Ali Hassan, 25 dengan membawa pulang wang tunai RM2,000.

Kemuncak AQ akan dihoskan oleh juara Gadis Melayu musim pertama, Aida bersama Ustaz Mohd. Zamri Zainuldin serta naib juara AQ, Sharifah Khasif Fadzilah.

AQ merupakan program realiti TV tempatan pertama yang memerlukan peserta memperdengarkan bacaan al-Quran mengikut kaedah tertentu.[sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pakej Berbuka Puasa di Hotel Maytower

Raja Azura Jawab Gossip Bercerai