in

Aeril Zafrel Jawab Gossip Nikah Dengan Ummi Nazeera

Minggu lalu, hangat dan kecoh tentang Aeril Zafrel pernah bernikah dalam diam dengan Ummi Nazeera yang didedahkan oleh wartawan Berita Harian, BiPop. Namun, gossip ini telah dinafikan oleh Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera melalui akaun Twitter masing-masing, Jika anda menonton Melodi tengah hari tadi, wartawan dan penerbit Michelle telah mendapatkan komen dari Aeril Zafrel sendiri tentang isu nikah dengan Ummi Nazeera.

Aeril Zafrel Jawab Gossip Nikah Dengan Ummi Nazeera

“Selepas membaca artikel itu, saya tertanya apa dia akan jawab di akhirat nanti. Terang-terangan dia fitnah saya. Sebelum ini dia pernah bercerita tentang kononnya pengakuan bekas tunang Wawa. Banyak yang dia tokok tambah. Sekarang dia cakap saya pernah berkahwin dengan Ummi Nazeera. Selama ini saya bahagia bila ada yang cuba burukkan lagi keadaan. Kalau dia tidak bahagia, jangan buat orang lain turut tidak bahagia. Saya sedar diri saya tak popular macam artis lain. Fitnah-fitnah sebegini seperti mahu menjatuhkan pandangan manusia terhadap saya.”

Mengakui pernah mengenali Ummi Nazeera, namun jelas Aeril ia setakat memuji aktres tersebut melalui laman sosial selepas menonton treler filem ‘Penanggal’ kerana merasakan dia seorang pelakon yang bagus. Malah perbualan mereka boleh dibaca sesiapa yang mengikuti mereka berdua. Cerita kononnya dia melawat Ummi Nazeera di set penggambaran ‘Penanggal’ tidak masuk akal kerana perkenalan mereka hanya di Twitter selepas penggambaran.

Tentang penghijrahan Ummi Nazeera, Aeril memberitahu itu adalah antara Ummi Nazeera dan Tuhan.

“Saya rasa angkuh pula bila orang mengatakan dia berubah kerana manusia. Kita tidak tahu dia berubah kerana apa. Saya pun bukan sebaiknya jika orang berubah kerana saya.”

Menyifatkan apa yang dilakukan wartawan tersebut sebagai satu serangan peribadi, pelakon drama ‘Cinta Jannah’ ini menyoal mengapa wartawan itu tidak henti menulis keburukkan serta memfitnahnya.

“Kenapa dia beria-ia burukkan saya? Saya tak salahkan orang yang mudah percaya. Satu hari, dia akan faham kita ni manusia, kadang di atas, kadang di bawah. Saya pun tak faham kenapa dia bangga bila jadi orang pertama buka aib orang lain. Bukan saya saja. Saya pernah dengar kawan-kawan artis saya yang lain.”

Mengenai tujuannya menunjukkan SMS yang dihantar wartawan tersebut kepada Wawa, terang Aeril dia ingin melihat tindakan wartawan itu. Sebab sebelum ini tindakannya bertweet dengan Ummi Nazeera digambarkan sebagai seorang lelaki yang miang.

Aeril Zafrel Jawab Gossip Nikah Dengan Ummi Nazeera

“Dia private message ajak Wawa keluar. Masa dia telefon isteri saya, dia beritahu dia marah bila Wawa tak follow Instagramnya. Dia cakap, ‘Abang boleh jatuh atau naikkan seseorang artis itu.’ Saya ada rakaman perbualan itu. Masa dia telefon isteri saya, saya ada di sebelah. Dia ajak Wawa keluar dua kali. Kalau dia kata sebagai seorang wartawan ajak artis keluar adalah perkara biasa, ini bukan perkara biasa. Wawa kan perempuan. Hanya dia seorang wartawan yang ajak Wawa keluar. Waktu itu 8 malam. Kalau 8 malam bukan kerja. Saya tak tahu apa niat dia. Dia pun ada isteri. Seelok-eloknya dia ajaklah isteri dia keluar. Hormatilah kami sebagai pelakon. Yang perlu kami tahu se-detail-detailnya ialah Rasulullah. Takpelah itu nanti urusan dia dengan Tuhan.”

Saat ditanya apa pesanannya kepada wartawan berkenaan, Aeril menjawab, “Banyak-banyakkanlah bermuhasabah diri, sibuklah mencari kesalahan diri sebelum kita sibuk mencari kesalahan orang lain. Perbanyakkanlah mencermin diri sendiri sebelum kita judge orang lain. Banyak-banyak beristighfar, bersujud supaya hati itu sentiasa tenang. Bila hati tak tenang, kita tengok orang bahagia pun kita jadi tak tenang.”

Wartawan tersebut melalui BiPop hari ini – ‘Ummi Nazeera tagih permohonan maaf’ – telah memohon maaf secara terbuka terhadap Ummi dan keluarganya atas penerbitan gosip berkenaan.

“Apabila Ummi sudah menafikannya menerusi Twitter, Zubir anggap gosip berkenaan sekadar khabar angin yang sengaja dicipta atau direka pihak tidak bertanggung jawab untuk memanaskan lagi isu pernikahan Aeril-Wawa. Harap pihak lain tidak menyibuk!” – Sumber Berita Harian & Portal Gua

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia

Live at Aloft Hotels Online Platform Gets Amplified