in

Advertorial: Sanchi Panax Natoginseng

Budiey BlogInilah sanchi plus cara minum dia 20 ml sehari… untuk pesakit -pesakit sebaik-baiknya ambil 20 ml pagi dan malam. Kesan perubahan boleh dirasai dalam masa 3-4 hari sahaja dan mesti diambil berterusan sehingga penyakit anda dapat dikurangkan atau sembuh sepenuhnya. Kita berusaha, selebihnya serahkan Yang Maha Kuasa.
sebaik-baiknya untuk lebih yakin sebelum ambil sanchi pergi buat blood test dulu dan test semula selepas habis 7 atau 10 hari dan lihat perkembangannya.

1) Asal-usul nama Sanchi
Nama saintifik yang biasa digunakan untuk Sanchi atau “akar tiga-tujuh” dalam bahasa Cina ialah Panax notoginseng. Kaum Cina menggelarkannya sebagai “akar tiga-tujuh” kerana tumbuhan ini mempunyai tiga dahan dengan tujuh helai daun pada setiap dahan (tiga helai daun pada bahagian kiri dan empat helai daun pada bahagian kanan), seperti yang tercatat dalam Bencao Gangmu (yang juga dikenali sebagai Compendium of Materia Medica) yang dikarang oleh Li Shizhen, seorang pakar perubatan ternama pada zaman Dinasti Ming.       

2) Sanchi – Herba Ajaib
Budiey Blog
Perubatan Cina Traidisional menganggap Sanchi sebagai ubatan unggul yang memberikan manfaat kesihatan yang mengagumkan. Menurut Compendium of Materia Medica, “Sanchi bersifat hangat, mempunyai rasa yang manis dan sedikit pahit, dan membantu merawat semua jenis penyakit yang berkait dengan darah.” Dalam kompilasi perubatannya, Bencao Gangmu Shiyi (juga dikenali sebagai Supplement to Compendium of Materia Medica), Zhao Xuemin daripada zaman Dinasti Qing menyatakan bahawa: “Secara bandingannya, Ginseng paling berkesan untuk mencergaskan tenaga penting yang digelar qi dalam tubuh kita, manakala Sanchi mendahului semua jenis herba dengan fungsinya yang menyuburkan darah. Sungguhpun begitu, memandangkan Sanchi tergolong dalam genus yang sama dengan Ginseng, kedua-dua herba ini mempunyai rasa yang hampir sama dan memiliki fungsi kuratif yang sepunya.”   

Sejak zaman dahulu lagi, Sanchi terkenal dengan keberkesanannya yang mengagumkan terutamanya untuk merawat masalah yang berkait dengan darah, termasuklah stasis darah, pendarahan dan kekurangan darah, dan mempunyai reputasi sebagai Herba Ajaib. Sebenarnya, Sanchi adalah lebih padat dengan unsur-unsur yang berkesan berbanding Ginseng. Maka, ia telah diberi gelaran Raja Ginseng oleh ahli farmakologi masa kini. Berkat pelbagai pencapaian cemerlang dalam bidang perubatan, manusia zaman moden telah mampu mendalami nilau terapeutik Sanchi berdasarkan hasil-hasil saintifik.  

Daripada hasil-hasil klinikal penyelidikannya terhadap tindakan farmakologi Sanchi untuk membantutkan pertumbuhan tumor, Profesor Sato Akihiko daripada Persatuan Onkologi Negara Jepun melaporkan bahawa: “Sanchi didapati mampu membantutkan pertumbuhan sel tumor sebanyak 90% dan ke atas. Apabila dipreskrib kepada pesakit kanser fasa terminal, tempoh respons untuk tanda-tanda peningkatan kesihatan yang ketara adalah di antara 1 hingga 3 bulan.    

Bagi pesakit tumor fasa terminal yang pada mulanya dianggarkan hanya mempunyai jangka hayat selama setengah tahun atau lebih, simptom mereka telah menunjukkan kadar peningkatan sehingga 90% dengan proliferasi terbantut setengah daripada sel tumor itu dan jangka hayat 80% daripada pesakit itu dilanjutkan dengan signifikannya.  

Kesimpulannya, Sanchi menjadi penyelamat terunggul pesakit-pesakit ini.” Kajian ekstensif yang dijalankan oleh masyarakat perubatan telah mendapati bahawa Sanchi bukan sahaja mampu mencegah dan merawat masalah kesihatan yang berkait dengan darah, tetapi juga memperlihatkan keberkesanan yang menakjubkan dalam penyelarasan dua-hala tahap gula darah dan tekanan darah serta modulatan dua-hala sistem saraf, selain membantutkan pertumbuhan tumor dan memperlahankan proses penuaan.
 
3) Fungsi Utama Sanchi

1. Mengembangkan salur darah, mengurangkan tekanan darah, meningkatkan peredaran mikro, meningkatkan jumlah isipadu peredaran darah, membantu mencegah dan melegakan simptom yang berkait dengan defisiensi darah dan oksigen dalam tisu jantung dan otak.

2. Menggalakkan sintesis protein, RNA, dan DNA untuk meningkatkan kesihatan fizikal.  

3. Meningkatkan metabolisme sel darah dan menyeleraskan keseimbangan sel darah.  

4. Modulatan dua-hala sistem saraf meningkatkan fakulti mental, keupayaan pembelajaran, serta daya ingatan.

5. Menguatkan pertahanan imun untuk menentang pertumbuhan tumor.      

6. Menghentikan pendarahan, menyingkirkan stasis darah, dan menggalakkan peredaran darah yang lebih efisyen.

7. Melindungi hati dan memiliki kesan anti-radang.    

8. Memperlahankan proses penuaan. 

9. Penyelarasan dua-hala tahap gula darah dan tekanan darah serta mengurangkan tahap tekanan darah dan kolesterol untuk mencegah arteri daripada menjadi keras.    

10. Mengawal berat badan dan mencegah obesiti dengan efektif.  

11. Membantu mencegah kesakitan abdomen yang terjadi ketika menjalani aktiviti fizikal yang lasak tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan.    

12. Memaksimumkan penggunaan oksigen untuk meningkatkan stamina dan pencapaian bersukan.

13. Mengkhasiatkan otot kardium, membantu dalam fungsi normal jantung, dan menguatkan sistem kardiovaskular para atlet yang terlibat dalam acara sukan yang memerlukan ketahanan fizikal yang lasak. 

14. Penggunaan larutan saponin Sanchi bagi menggantikan heparin ketika dialisis peritoneal mampu meningkatkan fungsi peredaran mikro hati, justeru meningkatkan kapasiti penyahtoksikannya.     

15. Saponin, polisakarida, dan komponen-komponen aktif lain dalam Sanchi melindungi sel hati dan sitomembran untuk pencegahan dan rawatan yang efektif untuk hati berlemak dan pelbagai kerosakan pada hati.     

16. Larutan saponin Sanchi berkesan melegakan spasma pada muka.

4) Tindakan Farmakologi Sanchi pada Tubuh Manusia  
1. Darah dan Sistem Pembentukannya Kemampuan hemostatik Sanchi yang luar biasa dapat mengurangkan tempoh pendarahan dengan menggalakkan pembekuan darah dengan pantas. Ia menggalakkan pembahagian dan pertumbuhan pelbagai jenis sel darah untuk meningkatkan jumlahnya, menyuburkan darah, menyingkirkan stasis, dan mempercepatkan pembaharuannya.

2. Sistem KardiovaskularUjian klinikal membuktikan bahawa Sanchi mampu mengembangkan salur darah, mengurangkan rintangan dan meningkatkan peredaran mikro dalam arteri koronari, mengkhasiatkan dan meningkatkan peredaran darah ke otot kardium, mengurangkan tekanan darah arteri, dan memperlahankan degupan jantung untuk mengurangkan beban pada jantung dan mengurangkan penggunaan oksigen yang digunakan oleh otot kardium dengan ketara. Maka, ia berkesan merawat simptom defisiensi darah kardium, angina pektoris, dan kejutan.  

3. Sistem SarafBahagian Sanchi yang tumbuh di atas tanah mempamerkan kemampuan menakjubkan untuk menenangkan saraf dan minda, serta menggalakkan tidur yang lena. Dalam pada itu, bahagian Sanchi yang tumbuh di bawah tanah pula mampu merangsang neuron pusat, meningkatkan kecerdasan mental dan mengurangkan keletihan. Semua bahagian Sanchi berkesan untuk meningkatkan daya pembelajaran dan daya ingatan, selain memainkan peranan yang penting untuk melegakan kesakitan.  

4. Anti-radang Sanchi mampu menentang kebolehtelapan salur darah, maka ia amat berkesan untuk melegakan inflamasi.  

5. Sistem ImunSaponin Sanchi dapat meningkatkan fungsi fagosit, menambahkan populasi sel darah putih periferal, dan menyekat mobilitinya dengan ketara, justeru menyumbang terhadap penyelarasan sistem imun.  

6. Anti-tumorSanchi mengandungi saponin, ß-elemene, dan pelbagai jenis elemen surih anti-kanser seperti selenium. Kandungan Rh1 saponin Sanchi mampu membantutkan pertumbuhan sel kanser hati, manakala kandungan Rh2 mempamerkan kesan anti-tumor yang lebih kuat, selain berkemampuan untuk mengubah sel kanser menjadi sel normal. Polisakarida Sanchi membantu dalam rawatan kanser dengan menguatkan ketahanan imun tubuh kita.      

7. Menentang Pengoksidaan dan Memperlahankan Penuaan Sanchi merupakan antioksidan yang kuat mampu mencergaskan aktiviti Superoksida Dismutase (SOD) dan mengurangkan kandungan Lipoperoksida (LPO) dalam tisu otak dan darah, di samping mengurangkan kandungannya, justeru menyumbang kepada memperlahankan proses penuaan. 

8. Metabolisme ZatSaponin Sanchi mempamerkan kemampuan yang menakjubkan untuk meningkatkan atau mengurangkan kandungan gula darah untuk menyelaraskannya ke tahap normal. Selain itu, ia mengurangkan tahap lipid darah, terutamanya trigliserida, menggalakkan sintesis protein dalam hati, buah pinggang dan serum darah, serta membantu sintesis SNA dalam pelbagai jenis organ dan tisu.
 
Stoskist diperlukan diseluruh negara.Hubungi segera Mas 016-6224506 atau Adi 016-6177663 dan layari www.langsingdengansiy.com untuk maklumat lanjut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Linda Onn di Red Carpet ABP 2008

Gambar Sifu M.Nasir di Karpet Merah ABP 2008