Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Advertorial: Roadtour DiGi & Filem Duyung di Pawagam 6 Mac Ini!



Nantikan Kemunculan DUYUNG!
Duyung akan timbul dan naik ke pantai seluruh Malaysia 6 Mac ini? Ha, jangan tak percaya! Tapi Duyung ni bukan sebarang Duyung… Duyung ini sangat jelita jelmaan Maya Karin! Yea, sebenarnya yang Budiey maksudkan ialah filem Duyung, sebuah filem fantasi romantik komedi terbitan KRU Films Sdn Bhd dan Grand Brilliance Sdn Bhd dengan kerjasama Line Clear Motion Pictures berjudul Duyung akan menemui korang semua pada 6 Mac akan datang.

maya karin

DiGi dengan bangganya mempersembahkan kepada peminat filem Malaysia sebuah filem yang menonjolkan kemahiran KRU Films dalam penerbitan filem menggunakan teknologi digital dan kesan khas selepas kejayaan Cicakman.

Filem dibawah arahan Professor Razak Mohaideen ini menampilkan lebih 200 shot CGI (Computer Generate Imagery) dengan adunan bunyi Digital Dolby Surround untuk memastikan filem ini bukan saja menghiburkan bagi tontonan seisi keluarga dan pelbagai lapisan masyarakat tetapi juga mantap dari sudut teknikal.

Sinopsis Filem Duyung
Ianya menyingkap kisah kehidupan seorang pencinta alam dan hidupan liar bernama Jimmy (lakonan Saiful Apek) di sebuah perkampungan nelayan di Kepulauan Sipadan, Sabah yang terpinggir dari pembangunan dan masyarakat luar. Jimmy berperwatakan ganjil dan tidak mempunyai kawan di kampungnya. Kehidupan sehariannya adalah hanya untuk mengutip sampah dan menjaga kebersihan kampung bertemankan Orix (lakonan Yasin Senario), satu spesis “apeman-big foot” yang ditemui oleh Jimmy sewaktu kecil di tepi pantai.

Sebab utama Jimmy sangat mementingkan kebersihan dan keindahan alam adalah kerana dia mempercayai cerita mitos ibunya tentang kewujudan Duyung (lakonan Maya Karin) yang hanya akan muncul jika kawasan perkampungannya berada dalam keadaan yang bersih. Jimmy juga menaruh hati kepada anak ketua kampung bernama Aspalela (lakonan Yasmin Hani) walaupun mendapat tentangan dari bapa Aspalela.

Di samping itu juga, penduduk kampung khususnya jaguh nelayan yang dihormati bernama Kordi (lakonan Awie) sering mentertawakan pekerjaan “pengutip sampah” dan angan-angan Jimmy untuk bertemu Duyung serta mengahwini Aspalela. Menambahkan lagi masalah Jimmy, Kordi juga berhasrat mengahwini Aspalela. Walaubagaimanapun, kehadiran Duyung di kampung nelayan tersebut bakal mengubah segala-galanya dan memberi pengajaran kepada semua untuk menjaga alam sekitar dan hidupan liar.

Antara pelakon handalan lain yang membintangi Duyung ialah seperti Rosnah Mat Aris, Hafidzuddin Fazli dan Abu Bakar Omar. Penggambaran yang mengambil masa 25 hari ini menjadikan Pulau Sipadan, Semporna Sabah sebagai lokasi utama.

Promosi Roadtour Duyung
Bersama DiGI, temui dan beramah mesra dengan pelakon filem Duyung seperti Awie, Maya Karin, Norman, Dafi dan ramai lagi di Promosi Jelajah Filem Duyung di lokasi berhampiran dengan anda. Untuk melihat tarikh dan lokasi, sila klik di sini.

Datanglah beramai-ramai dan sertailah pelbagai rancangan menarik! Jangan ketinggalan! Jumpa di sana!

Inginkan Percutian Dasar Laut Yang Hebat?
Segalanya ditanggung dan PERCUMA untuk anda! Anda hanya perlu menonton filem Duyung dan menyertai Peraduan SMS DUYUNG ini sekarang.

Menangi hadiah utama iaitu percutian ke Taman Tema Air terpilih di USA! Selain itu hadiah pertama berupa sebuah kamera digital Olympus dan banyak lagi menanti pemenang bertuah! Apa tunggu lagi inilah peluangnya nak melancong ke USA!

Apa yang anda perlukan adalah menghantar SMS. Taip DY dan hantarkan ke 2000. Kemudian jawab 3 soalan mudah beserta slogan. Selepas itu, ikuti arahan seterusnya. Senang bukan?

Muaturun Penghias Skrina
Hiasi skrin telefon bimbit anda dengan pelbagai kandungan muaturun penghias skrin para pelakon filem Duyung.

Taip <SMS code> dan hantar ke 2000 untuk mendapatkan kandungan di bawah.

Contoh: WP 12512361

Dapatkan kod muatturun pilihan anda di sini.

[tags]advertorial duyung, nuffnang advertorial, iklan, wallpaper filem duyung, runut album duyung, dafi cinta gita gutawa, youtube iklan walls, gambar maya karin duyung, mermaids, review sinopsis, awie wings[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pelancaran Novel dan Soundtrack Filem Duyung
  • Filem Duyung Lakonan Maya Karin & Yasmin Hani
  • Sekitar Premiere Filem Duyung di GSC Mid Valley
  • Lagu Aspalela, Yahoo & Hampir Ke Situ dalam Soundtrack Filem Duyung
  • Siti Nurhaliza Bakal Lancar Kempen SimplySiti Di Hati
  • Isu Penciplakan Tidak Boleh Dimaafkan
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Ulasan Filem Duyung Terbitan KRU Films
  • DiGi Super Reload Social Impian Buddyz Promotion
  • Concert Pitbull Live in Malaysia



  • 13 Komen untuk entri “Advertorial: Roadtour DiGi & Filem Duyung di Pawagam 6 Mac Ini!”

    1. syamsulariff.com kata:

      hm..sekali lagi penampilan apek..murah sungguh rezeki dia kan..tahniah apek..moga berjaya..tak sabar nak tunggu kluar kat wayang

    2. afham kata:

      bro syam..nk tgk jgn lupe ajak yer..nk sangat tgk maya berlakon..

    3. no name kata:

      CaNtIK NyA MAyA NI..

      McM IkAN dUYUNg..

      HeHe..

      ;D

    4. ain_nia kata:

      tembam ckit duyung ni…

    5. 1234 kata:

      SEXY NYA MAYA BERKEMBAN…MANA AHLIL AGAMA TU??? JALANKAN KEWAJIPAN…SILA….SILA

    6. aku gler kata:

      tang pakai camni takde sapa plak nak amik tindakan…takde plak sapa yg kata bkn budaya kita..takde plak sapa yg kata ianya dedahkan aurat..takde sape plak nak gam dia..takde sapa plak nak suruh dia wat kerja amal sebagai hukuman b’pakaian tak senonoh.

      jgnlah bagi alasan ni cume cter hiburan..xpe pakai camni..makin ramai alim ulamak segera dlm dunia hiburan yg pandai buat fatwa sendiri skrg ni…

      dunia nak kiamat..pk2kanlah…tq

    7. ain_nia kata:

      aku gler … biaser la .. ramai yg pandir dari yang pandai…

      p/s ignore pandir

    8. acx kata:

      tunggu ikan duyung pakai tudung

    9. sengakap_yey kata:

      sy dah tengok cite nee,best bonar gak cite ne…
      taniah apek….cite ni lokasinye kat SEMPORNA SABAH kan ye?..
      indah sungguh pulau mabul tu….

    10. nina kata:

      best gilee…..

    11. FETTY_CUN kata:

      banyak gak komen2 yang membina dan meruntuh..pepehal saya suka ngan citer ni.anak2 saya lagi ler suka.hek2

    12. nor syahkirah bt. ali kata:

      saye suke lakonan kakak maya karin dengan abg saiful cute tauu…he..he..he..

    13. izzati kata:

      SAYA HARAP DAPAT JUMPA AWAK.AWAK LEBIH CANTIK PAKAI TUDUNG.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK