Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Adlin Aman Ramli & Nurul Syuhada Pengacara Anugerah Skrin 2008

Sejajar dengan perkembangan industri hiburan tanah air yang semakin berkembang, majlis berprestij Anugerah Skrin 2008 (ASK 2008) memilih tema ’Berlian’ simbolik kepada sumbangan artis dan karyawan yang diibaratkan seperti berlian yang tidak ternilai harganya. Majlis yang memberikan pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air ini akan berlangsung pada 7 November 2008, jam 9.00-11.30 malam bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra yang dibawakan secara langsung oleh TV3.

Antara selebriti dan VIP yang hadir

Bagi para peminat yang ingin menyaksikan acara gemilang ini boleh mendapatkan tiket di Balai Pengawal Sri Pentas mulai 22 Oktober 2008. Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai kelapangan untuk menghadirkan diri di majlis ini, selain daripada menonton di TV3, penonton boleh melayari laman web www.tv3.com.myyang akan membawakan klip menarik di sebalik tabir, kemeriahan hamparan merah dan penyampaian anugerah secara langung.

Semestinya pelengkap bagi anugerah tersohor ASK 2008 antaranya ialah gandingan pengacara yang berkaliber untuk memastikan kelancaran majlis ini. Setelah melalui saringan, ASK 2008 memilih pengacara, pelakon dan pengarah berbakat, Adlin Aman Ramli beriringan bersama personaliti TV3 yang kini mengacarakan Majalah Tiga, Nurul Syuhada sebagai pengacara majlis.

ASK 2008 tidak pernah sunyi dengan persembahan-persembahan hebat daripada selebriti terkenal tanah air yang tidak mahu ketinggalan memeriahkan lagi malam anugerah. Antara artis yang membuat persembahan di pentas pada malam tersebut ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Jacqueline Victor, Adibah Nor, Lah, Noryn Aziz dan Nicky. Nantikan kemunculan istimewa daripada dramatis tanahair iaitu Ery Putra, Adi Putra, Emelda Rosmila dan Faradhiya yang buat

pertama kalinya bergandingan menyampaikan medley istimewa sambil berdansa di bawah tunjuk ajar kareografi terkenal, Sazlan Mat Adnan dan Pat Ibrahim Persembahan mereka akan diiringan oleh kumpulan muzik bimbingan pengarah muzik terkenal, Aubrey Suwito.

Ada persembahan oleh Noryn Aziz

Anugerah Skrin 2008 bakal mempertandingkan 22 kategori berbanding 20 kategori tahun lepas meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. Apa yang menariknya, Anugerah Skrin kali ini menyaksikan 2 lagi kategori diperkenalkan bagi kategori filem iaitu Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Secara keseluruhan, 9 kategori dipertandingkan bagi kategori drama, drama rantaian dan drama komedi, 7 kategori dari filem dan 6 kategori bagi penerbitan dalaman.

Calon-calon yang dipertandingkan untuk 22 kategori ini terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2007 hingga 30 Jun 2008 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen mengikut ‘genre’ masing-masing. Untuk kategori drama yang dipertandingkan, siaran ulangan drama-drama tersebut ditayangkan di slot Cerekarama bermula dari 16 Ogos hingga 26 Oktober 2008.

Nubhan turut mempersembahkan dua buah lagu. Ada Untuk mu… BEST bangat!

Jika tahun lalu tiada penerima Anugerah Khas Juri, namun ASK 2008 meneruskan tradisi di mana Anugerah Khas Juri akan dinobatkan kepada penerima bertuah yang akan diumumkan pada malam tersebut. Manakala, Anugerah Pantene Shine merupakan anugerah khas oleh pihak penaja, Pantene turut dipertandingkan di mana pemenang bakal menerima sebuah trofi. Raja Farah (2006) dan Fouziah Gous (2007) pernah mengungguli trofi tersebut, untuk ASK 2008 calon-calonnya ialah Jue Aziz (Jangan Main Belakang), Ayu Raudah (Pulanglah Di Aidilfitri), Wan Sharmila (Abang Mak Panggil Balik), Carmen Soo (Ghost) dan Sherry Ibrahim (Elly).

Para penonton boleh mengundi calon-calon Anugerah Pantene Shine dengan menghantar pesanan ringkas yang dikenakan bayaran sebanyak RM0.50 mulai 19 Oktober 2008 hingga 7 November 2008, jam 4.00 petang. Cara-cara untuk mengundi seperti berikut:-
Taip SHINE <jarak> KOD NAMA ARTIS dan hantar ke 33399.

JUE – Jue Aziz
AYR – Ayu Raudah
WNS – Wan Sharmila
CMS – Carmen Soo
SHR – Sherry Ibrahim

Cth: SHINE <jarak> JUE

Seperti tahun lalu, selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad yang terdiri daripada TV3, NTV7, 8TV dan TV9, pihak penganjur juga turut menjemput stesen televisyen RTM dan ASTRO untuk sama-sama menyertai anugerah yang berprestij ini. Kesemua rangkaian televisyen ini layak untuk menghantar penyertaan bagi terbitan drama dan terbitan dalaman yang pernah disiarkan di stesen televisyen mereka untuk merebut anugerah bagi kategori yang dipertandingkan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Penyertaan dari rangkaian Prima dari kumpulan Astro juga menambah kemeriahan dalam Anugerah terulung ini.

Program istimewa sempena ASK 2008 iaitu Prelud Anugerah Skrin akan menemui penonton pada hari Rabu, 29 Oktober 2008, jam 6.00 petang. Pengacaranya, Fouziah Gous akan bersama-sama penonton untuk berkongsi tips mengenai fesyen menarik yang sesuai untuk digayakan pada malam gemilang ASK 2008, persiapan yang dilakukan oleh tenaga produksi Anugerah Skrin 2008, debaran dan harapan para finalis menjelang malam tersebut.

Dato’ Amrin Awaludin

Menurut Dato’ Amrin Awaludin, Ketua Pegawai Eksekutif TV3, “Anugerah Skrin sudahpun memasuki tempoh usia matang di mana ianya dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka setelah berhempas pulas memberikan yang terbaik untuk industri. Pemilihan Adlin Aman Ramly sebagai pengacara majlis tersebut merupakan pilihan yang sesuai berdasarkan pengalaman dan kredibiliti beliau sebagai penghibur berbakat. Pihak kami yakin, disebalik usia muda dan masih ‘hijau’ di dalam bidang pengacaraan, Nurul Syuhada mampu untuk mengalas tanggungjawab yang besar ini berdasarkan kepetahan dan karisma yang ditonjolkan oleh beliau.”

Stesen Radio Hot Fm merupakan stesen radio rasmi, manakala Pantene merupakan penaja utama Anugerah Skrin 2008.

Ini dia pasangan pengacara. Agak-agak happening ke diorang ni?

Pelanduk dua serupa? Kembar? Serupa tapi tak sama? Ooo Wateva!

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sidang Media Anugerah Skrin 2008 Berkonsepkan DIAMOND
  • Gambar Intim Adlin Aman Ramli dan Kekasih Emelda Rosmila
  • Gambar Adlin Aman Ramli Pakai Rantai Salib?
  • Gambar Adlin Aman Ramli dan Emilda Rosmila di Zura Academy
  • Jangan Tidur Lagi, Azwan Ali & Adlin Aman Ramli
  • Anugerah Pantene Shine di Anugerah Skrin 2008
  • Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2008
  • Gambar Kartini Pengacara 3R Musim Terbaru di Anugerah Skrin 2007
  • Peraduan Menangi 10 Keping Tiket Anugerah Skrin 2008
  • Anugerah Sensasi Selebriti?



  • 10 Komen untuk entri “Adlin Aman Ramli & Nurul Syuhada Pengacara Anugerah Skrin 2008”

    1. SPORTY kata:

      Gandingan yang ok:-) Tapi paling suka tengok Adlin jadi hero Erra Fazira.hahaha!.Apapun ‘TAHNIAH’ Adlin sebab telefilem JOE & FARIDAH yang di tayangkan di Astro Ria pada malam raya hari tu memang menarik.Mungkin x masuk Anugerah Skrin lagi tahun ni..hope tahun depan mesti masuk pencalonan.Inilah drama TV yang saya tengok walaupun pukul 11 malam start sampai habis nak ketawa.Walaupun semua pelakon bukan pelawak kecuali Zizan tetapi semua watak - watak berjaya di bawa dengan baik oleh semua pelakon.Walaupun tengok banyak kali tetap tak boring..Harap Adlin buat le sambungan lagi…Nak tahu juga apa jadi lepas JOE & FARIDAH keluar makan bersama tu?? Apa yang terjadi dengan cinta yang ‘UNIK’ tu??….PLZZZ Budiey!! tolong suruh Adlin sambung lagi part 2…lagipun bukan saya je rupanya, ramai juga yang tak minat tengok filem / drama melayu boleh ‘layan’ drama tu yang ’sempoi’ tetapi ada ‘potensi’…( word paling glamour dalam JOE & FARIDAH) hehehe…
      Suka lagu tema: Obsesiku & Raikan Kehilangan ~ Aqasha.ada lirik tak?

    2. Idham kata:

      budiey.. ASK nie dah kira paling berprestis (betul ke aku eja nih). bukan kira matang dah.. dah masak pon..
      ———————————-
      http://syokmymode.blogspot.com

    3. norizan kata:

      ya, sekalung tahniah utk Adlin kerana menampilkan satu drama Melayu lain dari yg lain.Dia ada ‘potensi” utk menjadi seorg pengarah popular akan dtg.Sume watak selambe.Takde yg over.Erra menambahkan nilai exclusive dan glamour yg diperlukan dlm drama tersebut.Kehadirannye,walaupun tak bnyk babak, menampilkan ciri2 itu.Tak silap Astro menjadikan EF duta barunye. Ramai peminatnye diluar sana yg menanti kemunculannye. Walau camne pun, diharap Astro dpt menyambung drama ini kerana saya rasakan perhubungan 2 watak utama itu perlu diexplore dgn lebih detail lagi.

    4. botolsusu kata:

      suke suke.. ya ya.. stuju stuju.. arap ade smbungan joe & faridah tu.. best arrr… x puas nengok.. tahniah tahniah tahniah…

    5. Eweiyn kata:

      Adlin kalau nak amik berlakon watak kembar, bleh la amik Budiey kita nie dan,
      manalah tau ade watak baru dari JOE & FARIDAH 2 plak..bleh la budiey inteprem.. Huhuhh..

    6. heliza kata:

      setuju sgt mmg best satu2nya drama melayu yg buat saya x jemu menonton.Abg saya yg x gemar drama melayu bolen layan 2x cite ni. Dia pun ckp mmg lainlah cite ni.Harap2 adalah sambungan….

    7. Honeybee kata:

      Good luck.. x sabar nk nengok AS ni..

    8. obefiend kata:

      i am not too sure about nurul syuhada

      she looks and sound boring

    9. KuMahir kata:

      Maybe she is cheap and doesnt demand? thats why la Obefiend

    10. malosa kata:

      thank you to TV3 especially Dato’ Amrin Awaluddin for yr great job!
      I think everything is perfect and hope to see you again with more interesting ….celoteh like Adlin..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK