Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila Bertunang Akan Kahwin 23 Mei



Mengikut sumber Mstar Online hari ini, salah seorang pengkritik Akademi Fantasia dan juga penggiat teater tersohor, Adlin Aman Ramli telah bertunang dengan pasangannya yang juga seorang pelakon Emelda Rosmila pada 14 Mac dan akan berkahwin pada 23 Mei ini. Budiey pernah terserempak dengan pasangan ini di kursus perkahwinan di Bangsar. Tahniah Adlin dan Emelda! Semoga bahagia hingga ke hujung nyawa. Selamat menempuh alam berdarah manis untuk pasangan selebriti ini.

Emelda bersama bakal ibu mertuanya, Rosminah Sidek pada majlis pertunangan itu. Ibu Adlin, Ruminah Sidek menyarungkan cincin pertunangan di jari Emilda Rosmila, semalam.

EMPAT tahun pasangan kekasih ini menyulam cinta. Dalam tempoh itu, pelakon, pengarah dan penggiat teater popular Adlin Aman Ramli dan kekasih hatinya, aktres Emelda Rosmila cukup gemar bersikap ‘low-profile’ daripada berbicara tentang kisah cinta mereka, meskipun hubungan mereka itu bukan lagi rahsia.

Pasangan selebriti ini akhirnya mengikat tali pertunangan tengah hari semalam, bertempat di kampung halaman Emelda sendiri iaitu di Ipoh, Perak. Hari yang pastinya membawakan kebahagiaan berganda buat Emelda kerana dia turut menyambut hari lahirnya yang ke-29 semalam.

Jika kali ini giliran Emelda ‘diraikan’, Adlin pula akan merasai kegembiraan yang sama pada 23 Mei depan apabila kedua-dua belah pihak bersetuju untuk mengadakan majlis perkahwinan pasangan itu pada hari tersebut bersamaan dengan hari lahir Adlin yang ke-37.

Pada majlis pertunangan mereka semalam, Emelda menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah ibu Adlin sendiri, aktres Rosminah Sidek dan rakan artis, Afdlin Shauki. Wang hantaran juga telah ditetapkan iaitu sebanyak RM30,000 serta mas kahwin berjumlah RM1001.

Walaupun baru selesai mengadakan majlis pertunangan, nampaknya itu tidak manghalang Adlin untuk meneruskan tugasnya apabila muncul sebagai pengkritik tetap Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria, malam tadi. 

Sepanjang berlangsungnya program itu, Adlin dengan wajah ceria dilihat acapkali memberitahu dirinya sudah bertunang! Mungkin masih terasa bahang kegembiraan setelah majlis pertunangannya berjalan lancar.

Tahniah untuk Adlin dan Emelda! [sumber]

Tags:

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Intim Adlin Aman Ramli dan Kekasih Emelda Rosmila
  • Gambar Adlin Aman Ramli dan Emilda Rosmila di Zura Academy
  • Gambar Majlis Resepsi Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
  • Gambar Majlis Akad Nikah Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
  • Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira Pengacara ABP 2008
  • Gambar Adlin Aman Ramli Pakai Rantai Salib?
  • Que Haidar Pelakon Malaikat Maut Raja Bling-Bling Malaysia?
  • Gambar Datuk Siti Nurhaliza & Syarifah Amani di Jangan Tidur Lagi
  • Jangan Tidur Lagi, Azwan Ali & Adlin Aman Ramli
  • Gambar Nikah Kahwin Aqasha & Noor Baizura



    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      congrats

      hot babe and funny guy. hope it will last

    • june

      tahniah…

    • ntahla….

      ..Tahniah Adlin & Emelda…..moga tercapai hasrat berumahtangga….baik2 korang berdua tu..mse bertunang ni..darah tgh manis…

    • afza

      Tahniah Adlin & Emelda, Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa………

    • shin chanz

      i like adlin n emelda..may allah bless dey all ber2 ni..amin…

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      tahniah la yea…2 bulan jaa tunang…elok la tu kawen cepat…daripada org dok cakap bukan-bukan…

    • winter

      suke bangat tgk psangan nih..hope kekal ke ank cucu…

    • T Pah

      Tahniah……..
      Moga tercapai segala impian dan dalam kebahagiaan…. Amin…

    • aku resah

      tahniah ler kerna memilih hari kelahiran ku sbg tarikh keramat ..yuuhuu

    • key

      congratulation….. anyway, jgn tunang lame2… ;-)
      kang dikebas org laks..
      Have A great Day…

    • mawar

      suke adlin n emelda btung..
      da lme tggu dtik ni
      couple yg vry low profile..
      thniah!!

    • http://www.aina.com aina

      adlin…..time af…x bes2 ckp dh tnang….papehal pon congrate…….moge kkal ke ank ccu……..jgn gado2 x bek….

    • nurulema

      salam,…ehem,…. congrate….dari mimik muka,..dah tentu u all,..happy n loving couple ya…mak mah,…n emelda mesra sangat,…salam sayang,…n,semoga kekal hingga selamanya,….love ya… da’

    • http://manjalara Nurul nadia

      Hai,emilda rosmila saya penah jumpa awak dekat KL masa 2009 saya dah ingat dah.emilda jangan lupa telefon saya ini nombor telefon saya 0139475928 emilda boleh tak nak ambil nombor telefon awak boleh kan.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK