Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Adibah Nor Buat Persembahan di Kempen Amal Colgate Kayu Sugi

Pada 28 Ogos lalu, bertempat di Restoran Seri Melayu, Colgate telah melancarkan Kempen Amal Colgate Kayu Sugi iaitu kempen ‘Mari Beramal bersama Colgate’. Kempen tersebut akan memanfaatkan beberapa pertubuhan anak-anak yatim di seluruh negara. Dengan setiap pembelian pek Colgate Kayu Sugi 175g yang berpelekat pada atau sebelum 31 Oktober 2008, RM0.10 akan diagihkan kepada pertubuhan anak-anak yatim yang dipilih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Kempen bermula pada 1 September 2008 adalah bersempena dengan sambutan bulan Ramadan dan dijadualkan berakhir pada 31 Oktober 2008. Kempen ini adalah antara usaha Colgate-Palmolive menyatakan sokongan serta penghargaan mereka kepada rakyat Malaysia sejajar dengan komitmen Colgate-Palmolive untuk menyentuh kehidupan masyarakat bukan sahaja menerusi produk mereka tetapi melalui penyertaan aktif syarikat dalam aktiviti kemasyarakatan.

Encik Lefteris Vitalis, Pengurus Besar Colgate-Palmolive berkata,

“Colgate berhasrat untuk meningkatkan kualiti kehidupan dalam masyarakat yang kami berkhidmat, di seluruh pelusuk dunia. Dengan itu, kami berusaha meyumbangkan masa dan wang untuk menyediakan program khas dan acara yang berpaksikan pendidikan, kesihatan, komuniti dan budaya.”

Sempena pelancaran kempen ‘Mari Beramal Bersama Colgate’, Colgate-Palmolive Malaysia juga mengambil kesempatan untuk mengumumkan penajaan program Upin & Ipin, siri animasi televisyen popular yang memenangi pelbagai anugerah yang akan disiarkan di TV9 pada bulan September dan Oktober depan. Siri animasi berkenaan memaparkan nilai-nilai murni yang diselitkan di dalam jalan cerita untuk lebih mudah difahami oleh kanak-kanak.

Dalam episod pada musim ini, watak utama iaitu Upin & Ipin berada di alam persekjolahan. Mereka akan terus berkongsi pengalaman bersama penonton berpuasa di bulan Ramadan.

Penyanyi terkemuka serta pemenang pelbagai anugerah dalam industri muzik Malaysia, Adibah Noor turut sama menyerikan majlis dengan dua buah persembahan.

Colgate menjemput rakyat malaysia untuk menyokong kempen ini.

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kempen Zoom Malaysia Rangsang Industri Pelancongan
  • Acara Badminton Amal - Terbuka Sinar Latifah Anjuran Sinar FM
  • KEMPEN DERMA DARAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN KESIHATAN ANJURAN MASJID NEGARA
  • Konsert Amal Sheila Majid di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
  • TV3 Kids Voice Out School Attack
  • ADIBAH NOOR, OGY, MISHA OMAR DI SESI RAKAMAN “KECOH PETANG RAYA”
  • Jamal Abdillah Tidak Stabil di Konsert Amal Kasih?
  • Pertandingan Akhir Hits 1 di Stadium Negara Ahad Ini
  • Joget Lambak Bersama Fara TV3 Hari Raya Pertama
  • MISTERI NUSANTARA DI PERUBATAN ISLAM DARUL SYIFAK



  • 2 Komen untuk entri “Adibah Nor Buat Persembahan di Kempen Amal Colgate Kayu Sugi”

    1. Honeybee kata:

      antara produk yg brtahan lama.. lani dh mcm2 ‘perisa’..

    2. ummie cute kata:

      Shanteknyee kak Diba la ni..dulu pun shantek gak but now lg shantek…
      tngok kak Diba berduet dgn idol kecik kat tv9 smlm…
      good luck to kak Diba .. semoga terus suksess..suksesss dlm bidang yg d ceburi… LOVE U…ADIBAH NOOR…

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK