in ,

Adi Putra, Almy Nadia Bintangi Drama Tetamu Malam

TETAMU MALAM BONGKAR KISAH JENAYAH SEPASANG KEKASIH DI TV2

Kehadiran seorang tetamu begitu dimuliakan dalam masyarakat kita. Namun begitu bagaimana pula sekiranya tetamu yang hadir secara tiba-tiba tanpa diundang itu rupa-rupanya tiba dengan niat jahat? Apatahlagi segala kejahatan itu berjaya disembunyikan penjenayah yang cuba mengaburi mangsanya dengan pelbagai helah.

Dibintangi oleh Ady Putra, Almy Nadia, Norman Hakim, Shafiq Samuri, Zaidi Omar, Dian P.Ramlee dan Yalal Chin, kisah mangsa penjenayah yang menyamar sebagai tetamu ini diangkat mengisi plot drama bertajuk Tetamu Malam mengisi slot Citra pada 23 Julai 2010 (Jumaat), jam 10.00 malam di TV2.

Telemovie Tetamu Malam ini berkongsi kisah watak Amirul didatangi seorang wanita bernama Shikin yang nampak cemas dan meminta bantuan. Shikin masuk ke dalam kereta dan meminta Amirul lekas beredar kerana dia memberitahu teman lelakinya cuba membunuhnya. Amirul membawa Shikin pulang ke rumah tetapi isterinya, Fara tidak bersetuju tetapi tidak ada pilihan dan membenarkan Shikin berlindung di rumahnya untuk malam itu saja. Fara masih curiga pada Shikin walaupun Shikin setuju untuk tunggu di rumah semasa Amirul dan Fara pergi ke pejabat keesokannya.

Semasa di rumah, Shikin mencuri masuk ke bilik tidur Fara dan dia terjumpa salinan slip baki akaun ATM Amirul yang berjumlah hampir RM100 ribu. Shikin juga ada bercakap telefon dengan seseorang mengenai wang dan Shikin kelihatan bengang dan marah.

Apabila petang Amirul dan Fara dihidangkan minuman petang oleh Shikin. Shikin ceritakan yang dia dari keluarga yang kaya tetapi dibuang keluarga sejak dia berkawan dengan teman lelakinya. Tetapi dia malu nak balik ke rumahnya walaupun dia berada dalam perangkap jahat temannya. Shikin juga beritahu yang abangnya akan datang menjemputnya petang itu dan dia berterima kasih atas bantuan Fara dan Amirul. Fara mula rasa lega dan kasihan pada Shikin.

Sehingga jam 10 malam, abang Shikin tidak juga muncul dan Shikin terima panggillan yang kemudiannya dia memberitahu Amirul dan Fara yang abangnya tak dapat datang. Dia cuba menghubungi teksi tetapi Amirul minta Shikin bermalam saja sehingga besok. Dia bimbang akan keselamatan Shikin.

Pelbagai cerita rekaan Shikin diberitahu kepada Amirul dan Fara yang mana sebenarnya Shikin berkomplot dengan teman lelakinya Bob, untuk menipu untuk mendapatkan duit Amirul dan Fara sehingga Amirul yang cuba membantu dituduh cuba untuk memperkosa Shikin.

Bob dan Shikin beritahu Amirul yang mereka akan dedahkan gambar Amirul memelok dan memangku Shikin di internet atau di terus menggugut. Amirul buat satu panggilan yang diawasi oleh Bob dan Shikin.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Dapatkah Amirul membebaskan diri sekaligus membersihkan kembali namanya yang sudah tercalar kerana kejahatan yang sengaja direka-reka itu? Jangan lupa menyaksikan Tetamu Malam pada 23 Julai 2010 (Jumaat), jam 10.00 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Lancar Finder301

Gambar Bayi Perempuan Eva Latheefa Anak Cat Farish