in ,

Ada Sebab Natasha Hudson Ganti Nama Anak

Hasil perkahwinan dengan Carleed Khaza, selebriti meletop Natasha Hudson telah melahirkan anak pada 22 April 2013. Natasha telah menamakan bayi itu sebagai Naeema Taqiyyah. Bagi beliau, nama tersebut membawa maksud keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa. Namun apabila dirujuk kepada para ulama dan mufti, Taqiyyah juga membawa maksud yang berbeza mengikut fahaman syiah.

anak natasha

Jadi, nak tak nak, Natasha kenalah tukar kepada nama yang baru yang lebih manis dan ada makna yang cantik serta sesuai. Natasha menggantikan nama anaknya sebagai Naeema Kalila. Cantik nama tu. Budiey suka sangat.

“Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah. Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik. Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila.”

Tengah fikir nak letak nama apa untuk anak Budiey nanti. Korang cadangkan kat sini, nama-nama yang klasik dan berunsurkan keMelayuan sikit, boleh?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Gelaran Datuk Jeffrydin Dari Sultan Sulu?

Gambar Sekitar Rakaman Kecoh Pengacara Beraya