in , ,

Rupanya Ada Sebab Mengapa Zahid Kembali Mahu Jadi Penyanyi

Peminat kopi semestinya memlilih Kopi Wonda sebagai pilihan terbaik untuk memulakan semula hari mereka, tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa Kopi Wonda juga bakal menghidupkan semula kerjaya nyanyian salah seorang juara Akademi Fantasia.

Sejak memenangi musim kedua rancangan realiti TV berkenaan iaitu pada tahun 2004, dengan lagu popularnya yang berjudul ‘Milikku’, Ahmad Zahid Baharudin, atau lebih mesra dengan panggilan Zahid AF2, jarang tampil dengan aktiviti nyanyian.

Beliau pernah mengeluarkan dua album yang mendapat sambutan baik daripada pendengar serta beberapa single, tetapi beliau memberi lebih tumpuan kepada kerjayanya sebagai penyampai radio di ERA fm sejak 2012, dan juga isteri serta anak.

Hemalatha Ragavan, Zahid, Jake Abdullah

Juara Akademi Fantasia dan bekas penyampai radio hidupkan semula kerjaya nyanyian dengan dorongan kopi kegemaran Malaysia

Minat Zahid dalam bidang nyanyian yang amat mendalam, membuatkan beliau mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya nyanyian yang telah lama ditinggalkan.

Bagi mengubati kerinduannya untuk kembali ke pentas muzik, Kopi Wonda tampil sebagai penaja untuk menerbitkan dan mempromosikan single terbarunya berjudul ‘Biasa’ sebagai sebahagian daripada aktiviti kempen ‘Mulakan Semula’ ini.

“Saya tidak sabar untuk membuat penampilan semula dan kembali bertakhta di hati peminat saya seperti mana yang pernah saya lakukan pada tahun 2004 yang lalu. Kali ini, saya bakal tampil dengan single terbaru ‘Biasa’ yang ditulis oleh DJ Fuzz. Saya berbesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan Kopi Wonda untuk menghidupkan semula kerjaya nyanyian saya dan saya berterima kasih kepada mereka kerana sudi bersama saya dalam tempoh yang sangat mengujakan dalam hidup saya ini. Terima kasih juga kepada pihak Astro Radio yang membuka jalan untuk saya menempah kerjaya sebagai seorang penyampai radio”.

– Zahid

Faktor utama Kopi Wonda tampil untuk menaja Zahid adalah disebabkan kesungguhan dan komitmen beliau untuk kembali ke pentas nyanyian selepas empat tahun bertugas sebagai penyampai radio.

Viral, DJ Fuzz, Hemalatha Ragavan, Zahid, Jake Abdullah

“Selepas memenangi AF2 dan kerjayanya sebagai penyampai radio, Zahid merupakan suara dan wajah yang tak asing lagi kepada peminat muzik tanahair. Kami merasakan bahawa Zahid sangat berbakat, bukan sahaja sebagai penyampai radio, tetapi juga sebagai seorang penyanyi. Oleh itu kami bekerjasama dengan beliau untuk mengubat semula rindu para peminatnya dengan menampilkan konsep yang lebih bertenaga untuk dinikmati peminat,” ujar

– Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Permanis, Hemalatha Ragavan.

Beliau turut menambah:

“Jenama minuman ini kagum dengan sikap profesionalisme, kesungguhan dan ketekunan Zahid untuk masuk semula ke gelanggang muzik tempatan setelah menyepi hampir sedekad. Kami amat berbangga dapat memainkan peranan dalam meletakkan semula Zahid di pentas nyanyian. Kita juga tahu bahawa Kopi Wonda dan penyanyi yang berbakat ini memiliki kualiti istimewa yang membuatkan peminat sentiasa mahukan lebih lagi daripada kerjasama ini.”

– Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Permanis, Hemalatha Ragavan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Jake Abdullah pula,

“Pihak Astro Radio amat berbangga apabila sekali lagi dapat bekerjasama dengan pihak Kopi Wonda bagi menjayakan kempen-kempen mereka. Kempen ‘Mulakan Semula’ telah membawa Zahid kembali beraksi ke pentas nyanyian dengan harapan peminat-peminat muzik tanahair dan pihak media masih menyokong kerjayanya dalam bidang nyanyian”

Lagu berkenaan akan diikuti oleh sebuah video muzik pada 5 Jun, dan Zahid akan membuat penampilan dalam beberapa rancangan hiburan di televisyen dan radio serta media cetak untuk mempromosi ‘single’ terbarunya.

“Lagu ini berkisahkan tentang mereka yang sentiasa memberikan yang terbaik kepada orang lain. Keutamaan saya ialah keluarga, orang yang tersayang serta kerjaya, dan lagu ini adalah tentang memberikan segalanya untuk membuatkan orang lain gembira,” jelas Zahid.

– Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Permanis, Hemalatha Ragavan.

Zahid didorong untuk kembali menyanyi oleh keluarga, teman dekat dan juga peminat, yang turut menggesa beliau untuk mengeluarkan ‘single’ terbaru. Kini, dengan ‘Biasa’ yang sudah bersedia untuk mendaki tangga carta, rancangan masa depannya adalah untuk mengeluarkan lebih banyak lagu serta mengadakan siri jelajah ke beberapa lokasi terpilih.

Zahid (4)

‘Single’ terbaru Zahid dan video muziknya akan membuat penampilan di stesen radio dan televisyen tidak lama lagi.

Kopi Wonda menawarkan rasa segar kopi seperti baru dibru dengan tiga perasa – Asli dan Mocha yang mengandungi lebih 50% biji kopi Arabica, serta Latte. Kopi Wonda boleh didapati di semua rangkaian runcit utama, pasaraya besar dan kedai serbaneka seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari permanis.com.my.

Zahid & Viral (3)
Zahid & Viral (1)
Zahid (1)
Zahid (3)
Zahid (4)
Zahid (2)
Hemalatha Ragavan, Zahid, DJ Fuzz

Dibuat menggunakan biji kopi premium Arabica yang berkualiti dan istimewa, Wonda Premium Coffee menawarkan citarasa segar yang akan membangkitkan deria anda. Diperkenalkan di Malaysia buat pertama kali oleh Permanis Sdn Bhd, Wonda Premium Coffee yang berasal dari Jepun dimiliki oleh Asahi Group Holdings Pte Ltd Japan, yang merupakan jenama minuman utama di negara matahari terbit berkenaan. Kopi premium yang sedia diminum ini menawarkan kelembutan dan kesegaran dalam tiga rasa; Asli, Mocha yang mengandungi 50% biji kopi Arabica berkualiti dan Latte, rasa vanila Perancis yang terkenal.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uzbekistan Temukan Maria Farida & Azrel Ismail Dalam FAJAR DI BUKHARA

SimplySiti Di Hati 2015 Lebih Dapat Sambutan Ramai