in

Ada Sebab Farhan Undur Diri Dari Program Dai

Minggu lalu pentas Da’i musim ke-2 dikejutkan dengan berita pengunduran salah seorang peserta yang sepatutnya beraksi pada malam itu. Da’i Farhan atau nama sebenar beliau, Nik Ahmad Farhan bin Nik Muhamad yang berasal daripada Tanah Merah, Kelantan terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan perjalanannya untuk bergelar pendakwah Milenia atas faktor kesihatan.

Da’i Farhan telah dikejarkan ke hospital berdekatan oleh pihak produksi Jumaat lalu setelah mengadu sakit di bahagian dada. Da’i Farhan kini masih lagi dirawat di Hospital Sungai Buloh kerana penyakit “Pneumothorax” iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan paru-paru menjadi kecut kerana terdapat kebocoran di antara rangka dada dan paru-paru.

Menurut penerbit Da’i musim ke-2, Shukri Ibrahim:

“Bagi sebuah pertandingan realiti, jika ianya melibatkan masalah kesihatan yang boleh mengganggu komitmen peserta, mereka terpaksa disingkirkan. Pengunduran Da’i Farhan amat menyedihkan buat kami kerana beliau merupakan pelajar yang cemerlang dan mampu bergelar juara kerana dia bijak memikat hati penonton dengan penyampaian yang bersahaja.”

Tazkirah yang sepatutnya disampaikan beliau pada Jumaat lalu mengenai “Dakwah Siber” telah disampaikan oleh Mentor Da’i musim ke-2 sendiri iaitu Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff. Pada minggu lalu juga, para peserta telah diuji oleh para juri tetap dalam segmen imtihan di mana soalan-soalan yang diajukan menguji pengetahuan mereka.

Ini untuk membuktikan para Da’i tidak hanya mampu untuk menyampaikan tazkirah malah mempunyai ilmu yang luas dalam bidang agama Islam. Nasib masih lagi menyebelahi Da’i Elyas walaupun mendapat markah rendah beliau masih lagi dapat meneruskan perjuangannya apabila tiada penyingkiran berlaku pada minggu lalu.

Kini hanya tinggal lima peserta untuk merebut gelaran juara Pendakwah Milenia dan wang tunai RM50,000 iaitu Ahmad Izzhar Ahmad Nazri, Nurul Dayana Mohd Zahari, Mohd Elyas Yusoff, Wan Dazrin Wan Din dan Ammar Ismail. Da’i musim ke-2 bersiaran setiap hari Jumaat pada jam 9 malam dan ulangannya pada hari Jumaat jam 11 pagi.

Anda juga boleh mengikuti perjalanan mereka dalam Da’i musim ke-2 melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Sila layari www.tv3.com.my/dai dan Facebook/Dai2014tv3 untuk informasi terkini mengenai Da’i musim ke-2.

Ada Sebab Farhan Undi Diri Dari Program Dai

Ada Sebab Farhan Undi Diri Dari Program Dai

Ada Sebab Farhan Undi Diri Dari Program Dai

Ada Sebab Farhan Undi Diri Dari Program Dai

Ada Sebab Farhan Undi Diri Dari Program Dai

Ada Sebab Farhan Undi Diri Dari Program Dai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Primeworks Studios Umum Ko-Produksi Jepun di Content Malaysia 2014

Capture Every Decisive Moment with the Samsung NX1