in

Ada Sebab Emma Stone Berlakon Filem Arahan Woody Allen

Pelakon cute yang memegang watak Gwen Stacy dalam The Amazing Spider-Man 2, siapa lagi kalau bukan Emma Stone dikhabarkan bakal membintangi filem terbaru arahan Woody Allen. Emma Stone bakal digandingkan dengan pelakon lelaki kacak, Joaquin Phoenix dan pengambaran filem ini akan bermula tidak lama lagi.

Apa tajuknya tentang apa, belum lagi dapat dipastikan. Namun, setakat ini, kedua-dua pelakon nampaknya begitu teruja dapat digandingkan bersama dalam satu filem yang diarahkan oleh sutradara terkenal, Woody Allen.

emma-stone-gossip

Emma Stone sebelum ini pernah membintangi filem arahan Woody Allen termasuklah sebuah filem yang akan ditayangkan pada bulan Julai depan iaitu Magic in the Moonlight.

Seperti pemonton siri terbaru Spider-Man ketahui, watak Gwen Stacy telah dimatikan dalam filem The Amazing Spider-Man 2, jadi, beliau tak mungkin akan berlakon lagi bersama kekasihnya, Andrew Garfield.

Untuk filem terbaru ini, skrip adalah hasil tulisan dan garapan dari Woody Allen. Begitu juga beliau akan berperanan sebagai penerbit dan pengarah. Good luck buat semua!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran & Parti Hiburan h live! Berlangsung Hari Ini

Hyper Act Artis Jemputan Konsert Kilauan Emas Minggu Retro & Pop Yeh Yeh