in

Ada Kejutan di Konsert Mania Minggu Ke 7

Minggu keenam Konsert Mania pada Sabtu lalu telah menyaksikan penyingkiran berganda bintang Mania daripada empayar yang sama iaitu Empayar Hijau di bawah naungan Produser Ahmad Dhani iaitu Atilia dan Akim.

Mereka masing-masing terpaksa akur dengan pilihan rakyat Malaysia setelah menerima undian SMS terendah sebanyak 5% (Atilia) dan 6% (Akim) setelah undian ditutup pada akhir rancangan.

Kini masih tinggal 11 bintang lagi yang bakal meneruskan perjuangan mereka di Galaksi Mania pada minggu ini. Siapa pula yang bakal tersingkir? Sama-sama kita saksikan nanti.

Siaran Langsung Konsert Mania (Minggu 7) akan berlangsung pada 28 April 2012 (Sabtu) jam 8.00 malam @ Kompleks Sukan Negara Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam.

Budiey dengar, minggu ini ada kejutan. Betul ke? Agak-agak apakah kejutannya?

Korang rasa, siapa yang akan tersingkir ya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ultimate LIVE Viewing Party with Maybank and Mister Potato

Azza Elite Nikah