in

Acara Amal Gunting Rambut Bertema Stylish 35

Acara Amal Gunting Rambut Bertema Stylish 35 Hasil Yang Diperolehi Akan Didermakan Kepada Persatuan Insan Istimewa, Cheras Selangor

Berbelanjalah RM 10 sahaja dan anda dapat beramal di samping mendapatkan potongan rambut yang bergaya di Acara Amal Gunting Rambut “Stylish 35” yang akan berlangsung pada 11 Mac 2012 (Sabtu) dari 11 pagi hingga 8 malam di Ruang Legar Sungei Wang Plaza. Acara ini diadakan sempena majlis ulangtahun Sungei Wang Plaza yang ke-35 di samping tanggungjawab korporat sosial dalam masyarakat terhadap golongan yang memerlukan.

Dengan tema “Stylish 35”, 35 penggunting rambut dari salon-salon Sungei Wang Plaza akan terlibat dalam acara amal ini. Mereka terdiri daripada rangkaian profesional, penggunting rambut senior, junior dan juga pelajar – pelajar dari akademi rambut yang mempunyai berbilang tahun pengalaman.

Acara Amal Gunting Rambut

Antara salon-salon dan akademi yang terlibat adalah Wenawave Salon, Kimarie Hair Salon, Kimarie Hair Academy, Dical Hair Beauty Salon, MIC Wing Professional Hair Salon, Hairway, Hair Zone Studio by Michael Poh, Hair Zone Academy, La Belle Unisex Hair & Beauty Centre, Michael Ling Hair Dressing & Beauty Academy, Incanto Hair Gallery, Snips, Snips College of Creative Arts, Da’ Styling, APT Hair & Make-up Salon, APT Hair Academy Sdn Bhd, JW Hair Salon dan Quick Cut. Setiap satu salon ini akan menghantar beberapa wakil untuk mewakili salon mereka dalam penyumbangan acara amal ini.

Hasil yang diperolehi dari acara amal ini akan didermakan kepada Persatuan Insan Istimewa, Cheras Selangor. Persatuan ini merupakan institusi khas yang melindungi kanak-kanak terencat akal dari umur 3-28 tahun. Institusi ini mempunyai 25 kanak-kanak yang datang dari pelbagai lapisan hidup seperti ibu /bapa tunggal, didera dan dieskploitasi.

Mereka memerlukan sokongan wang untuk membeli bahan pembelajaran, yuran tusyen untuk pendidik kanak-kanak terencat akal dan barangan runcit untuk kegunaan harian. En Ten Yee Han yang merupakan penjaga institusi tersebut berasa sungguh bersyukur dan gembira untuk mempunyai sokongan Sungei Wang Plaza. “Wang yang diterima dari acara amal ini akan banyak membantu dalam membeli barangan kesihatan dan keperluan serta lawatan persiaran untuk kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini mungkin “lain sikit daripada yang biasa” tetapi mereka juga mempunyai hak dan keistimewaan untuk disayangi oleh orang lain, kata Ten”.

Acara Amal Gunting Rambut

Mengikut En KK Lim yang merupakan Pengurus Kanan Bahagian Promosi dan Perhubungan Awam Sungei Wang Plaza, acara amal ini adalah menarik dan bermakna kerana 35 orang penggunting rambut dari Sungei Wang Plaza telah bersetuju untuk menyumbangkan masa dan tenaga mereka dalam acara ini.

Tambahan pula, ini juga berikutan sambutan ulang tahun yang ke-35. “Diharap acara ini dapat menarik perhatian para pembeli-belah untuk menyumbangkan sedikit wang demi kegiatan amal,kata KK.

Acara amal ini akan bermula pada pukul 11pagi hingga 8malam di Ruang Legar Sungei Wang Plaza. Jumlah paling minimum untuk menderma adalah RM 10 setiap pelanggan. Mereka yang berminat untuk menyertai acara ini dikehandaki beratur, menderma jumlah yang mereka ingin menderma dan naik ke atas pentas ke mana-mana penggunting rambut. Selepas memotong rambut, mereka boleh kemudiannya pergi ke “Styling Station” di mana mereka boleh menyikat atau menggayakan rambut mereka. Proses ini adalah mudah, cepat dan profesional di samping dapat menderma untuk tujuan amal.

Tunggu apa lagi? Berbelanjalah RM 10 sahaja dan anda dapat beramal di samping mendapatkan potongan rambut yang bergaya di Acara Amal Gunting Rambut “Stylish 35” Nampak hebat dan rasa hebat di acara amal gunting rambut kami yang bertema “Stylish 35”.

Penaja utama untuk acara amal ini adalah APT Professional Team.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sapura & Kencana Petroleum Red Ribbon GP Ball 2012

Songlap Bakal Ditayangkan Di Dua Festival Filem Antarabangsa