AC Mizal Hos Akademi Fantasia 6 Sarimah Hos Diari AF6
Pelakon dan pengacara AC Di Sini, AC Mizal akhirnya dipilih sebagai hos konsert Akademi Fantasia musim ke-6. Satu keputusan mengejut Budiey kira kerana apakah mampu AF akan lebih mantap di bawah teraju AC Mizal? Mantap atau tidak, korang kena tengok la AF6 bulan depan. Yang pasti, AC Mizal boleh buat lawak yang lain dari lawak Aznil dan Budiey tak pasti samada AC Mizal ni pandai ‘berlakon’ ketika mengumumkan penyingkiran pelajar.
Tahniah AC Mizal! Jangan lupa berguru dulu dengan abang Aznil kita tu ya!

Ini adalah pilihan muktamad Astro Ria dan mengakhiri semua spekulasi mengenai siapa yang menggantikan tempat Aznil Haji Nawawi. Korang suka atau tidak, nampak gayanya AF6 akan banyak dirombak dan berlainan dari apa yang telah dibuat oleh Aznil. Cara AC Mizal memang lain sikit…
Sarimah Ibrahim pula terpilih mengendalikan slot Diari AF yang ke udara di Astro Ria pada setiap malam, sepanjang AF6 berlangsung selama 3 bulan bermula Mac ini. Sebelum ini, Aznil mengendalikan kedua-dua bahagian iaitu Konsert Mingguan dan juga Diari AF.
Pengumuman ini dibuat dalam program Fail Sulit AF yang ke udara secara langsung di Astro Ria dari Studio 1, Astro, Bukit Jalil, ketika ini. Pemilihan AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, nyata menepati ramalan ramai pihak malah memenuhi cadangan Aznil sendiri yang berpendapat AC antara calon paling layak menggantikan tempatnya.
AC, anak kelahiran Muar, Johor, mula membabitkan diri dalam dunia seni pada tahun 1991 dengan mengganggotai kumpulan rap 4U2C. Selepas kumpulan itu berpecah, AC lebih menumpukan kariernya terhadap bidang lakonan menerusi siri Gerak Khas dan seterusnya berlakon filem seperti Baik Punya Cilok serta Cuci.
Bakat AC juga begitu menyerlah di pentas teater apabila beraksi dalam muzikal Puteri Gunung Ledang bersama Datin Seri Tiara Jacquelina, Adlin Aman Ramlie dan Steve Rahman Huhges. Di bidang pengacaraan pula, kredibiliti AC semakin menonjol dalam rancangan AC Di Sini selain menjadi penyampai radio Era. Sementara itu, pemilihan Sarimah, 29, juga memenuhi citarasa ramai penonton kerana dia juga antara calon yang disebut-sebut tersenarai sebagai hos AF6.
Kebolehan Sarimah dalam bidang pengacaraan tidak dapat disangkal lagi kerana beliau sudah terbukti mengendalikan banyak acara besar bagi peringkat kebangsaan dan luar negara seperti festival filem dan anugerah muzik.
Sarimah yang meraih gelaran Anugerah Pengacara Terbaik dalam Anugerah Skrin 2005, pernah mengendalikan program seperti Anugerah Juara Lagu 2003, Anugerah Juara Lagu 2004, Galaksi Ikon Asean, Ikon Malaysia dan sekarang, Fail Sulit AF.
Artis berbintang Aquarius kacukan Melayu-Irish ini dilahirkan pada 1979 di Dublin, Ireland. Beliau pernah mendapat pendidikan awal di Emirates International School, Dubai sebelum menerima kelayakan O-Level dan A-Level. Sarimah juga mampu bertutur dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Perancis.
Di samping itu, dia pernah membintangi filem MX3, Puteri Impian, Gerak Khas The Movie dan Mr Cinderella serta merakamkan sebuah album dan popular dengan lagu Damai serta Kini Kau Tiada.
Sebelum ini, beberapa selebriti popular dikatakan menjadi perhatian Astro Ria untuk menggantikan tempat Aznil seperti Fauziah (Ogy) Datuk Ahmad Daud, Zainal Alam Kadir, Linda Onn, Raja Azura dan Farah Fauzana. [sumber]
Technorati Tags: hos af6, ac mizal hos af6, akademi fantasia 6, pelajar af6, ulasan konsert af6, Fauziah (Ogy), Datuk Ahmad Daud, Zainal Alam Kadir, Linda Onn, Raja Azura, Farah Fauzana
Tags: Ac Mizal, Akademi Fantasia, ac mizal hos af6, akademi fantasia 6, Datuk Ahmad Daud, Farah Fauzana, Fauziah (Ogy), hos af6, Linda Onn, pelajar af6, Raja Azura, ulasan konsert af6, Zainal Alam KadirBaca artikel lain yang berkaitan:









February 20th, 2008 at 7:35 am
I like the way he handled his show in ‘AC Disini’. Congratulations to AC and good luck to Sarimah. Both of you need to work hand in hand as to make this event successful.
February 20th, 2008 at 8:30 am
die ok je..tp ms ac disini die lg byk brckp dr artis jmputan..
February 20th, 2008 at 10:32 am
AKAK KURANG SETUJU, TAPI DAH KENA PILIH…AKAK TERPAKSA JUGA NENGOK AF TUH…ITU PON KERANA NAK NENGOK ORG SEANGKATAN AKAK TERLOMPAT TERKINJA NYANYI LAGU TEMA “MENUJU PUNCAK” TUH…HEH HEH HEH, CAMANA LAH GAMAKNYA YO??? SONANG CERITA…AKAK SUKA AZNIL JADI PENGACARA
February 20th, 2008 at 11:45 am
AKU TAKKAN TGK AF THN NI !!!!!!!! KALU OGY AHMAD DAUD JD HOS BOLEH LA AKU TERIME ………………….
February 20th, 2008 at 12:21 pm
Malas tengok AC tu, ngengada…dan berlagak. Malas lah tengok AF tahun ni….BOSAN
February 20th, 2008 at 12:32 pm
suka kak mah gali… ac pun ok tapi kadang2 dia tu sengal ckit… hehheheh….
February 20th, 2008 at 12:46 pm
AC tu sengal …celupar masa bercakap, Aznil still the best…MALAS TENGOK AF musim ni
February 20th, 2008 at 1:13 pm
betul ke malas tgk? kang tertengok jgk tu..sikit2..tgk iklan ke
February 20th, 2008 at 4:39 pm
aznil ttp besss…pengacara peberet hakuuu
February 20th, 2008 at 5:13 pm
apa2 pun kita kene bagi peluang kat ac nie… walaupun orang kata dia over ketika mengendalikan rancangan ac disini, tp pada saya dia ok jerk…. to ac… wish u all the best and goodluck!!!….
February 20th, 2008 at 6:10 pm
Hm.. kite tgk la camne nanti..
February 20th, 2008 at 6:56 pm
layan jelah…diorg b’dua ni ok..cuma ac kena kurangkan ckit lawak bodoh dia kdg2 tu…kdg2 merapu sgt. kak mah kena control ckit..jgn ckp lepas sgt..af ni ramai org tengok..karang manjang je nak kena saman dgn org..
whatever happen pun aku still akan tengok af tak kira sapa hos dia..tapi klau mengarut sgt, aku tengok time konsert jelah jwbnya..good luck utk diorg b’dua..we’ve give them a chances to prove their talent..cewahhh..
February 20th, 2008 at 10:14 pm
tak terkata..malas nak layan AF tahun ni….AC… - lawak lawak spastik yg di buat buat….Sarimah - suka menjerit / tak lawak lansung…sikit sikit “Dasyat…”…. ntah hape yg kelakar tak tahu lah..
adoi….kalau ogy boleh lah terima.,,…semalam masa announce pon , tak kuasa nya nak tgk sengih aznil!
good work astro!!job well done..insyaallah penonton AF pon tak seramai dulu…
February 21st, 2008 at 6:38 pm
aznil is still the best
March 21st, 2008 at 3:33 pm
tak kisahla sape pun…do the best ac k
March 27th, 2008 at 12:04 pm
eh, korng ni kn.. e2 bru prmulaan bg ac larr..
xbaik komen awl2 tau..
March 27th, 2008 at 12:21 pm
eee…. xbaik ckp cm tu tau…
korang ingat korang tu bagus sngt ke?
aku rasa ac tu cma nervous je la..
June 2nd, 2008 at 7:47 am
Musim AF dh pn habis…
bg aku Kak Mah ni ok la…
tp AC….jgn la bg dia jd pengacara utk AF7 nnti..meluat tengok dia suka nyampuk org cakap..
August 27th, 2008 at 11:53 pm
i suka ac…apa2pun i sokong AC….