Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











AC MIZAL GAGAL BAYAR RM50,000 TUNGGAKAN NAFKAH ANAK



Selain kisah AC Mizal naik mahkamah, Budiey ada dengar juga seorang pelakon Drama Kekasihku Seru, Hairie Othman pun naik mahkamah semalam. Keputusannya, bekas isteri telah berjaya mendapat hak penjagaan untuk tiga orang anaknya. Walaubagaimana pun Budiey tidak pasti lagi kebenaran berita ini kerana sumber khabar angin sahaja.

Permohonan bekas isteri pengacara Akademi Fantasia, AC Mizal agar satu perintah komital dikeluarkan untuk menghantar responden ke penjara berhubung kegagalannya menjelaskan tunggakan nafkah dua anak lelakinya sebanyak RM50,000 ditangguhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Hakim Syarie Saarani Ismail membenarkan penangguhan setelah peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, memaklumkan bahawa responden ingin memfailkan notis bantahan awal terhadap permohonan yang dikemukakan Shafnie Zainudin, 33.

Shafnie yang bertubuh langsing dan tinggi lampai diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais tiba seawal 8.30 pagi. Sementara AC Mizal memakai kot berjalur-jalur dan bersongkok sampai pada jam 9.20 pagi dengan ditemani beberapa lelaki dipercayai rakannya.

Plaintif melalui afidavit yang diikrarkan pada 4 Ogos lalu menyatakan dia mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9 tahun, hasil perkongsian hidup dengan responden.

Shafnie bagaimanapun telah bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001dan Mahkamah Rendah Syariah Kajang telah memerintahkan supaya responden membayar nafkah anak- anak sebanyak RM2,000 sebulan sehinggak anak-kanak terbabit berusia 18 tahun.

Namun, plaintif mendakwa, responden telah enggan, gagal atau cuai dan tidak mematuhi perintah Mahkamah Rendah Syariah Kajang bertarikh 22 Disember 2004 bagi menjelaskan bayaran nafkah anak-anaknya sepenuhnya sejak Februari 2002 secara ansuran sebanyak RM200 sebulan dan bakinya akan dibayar melalui potongan gaji dari akaun. Selain itu, responden turut diperintahkan untuk membayar nafkah semasa bagi setiap bulanan untuk kedua-dua anak sebanyak RM300.

Berdasarkan perintah bertarikh 22 Disember 2004, Mahkamah Rendah Syariah Kajang, hakim bicara merekodkan beberapa terma mengenai nafkah anak iaitu responden mestilah menjelaskan bayaran nafkah tertunggak RM50,000 secara ansuran.

Shafnie menyatakan, sehingga ke hari ini tiada apa-apa perintah yang membatalkan atau mengubah perintah mahkamah tersebut.

Lantaran itu, plaintif menyatakan, dia telah memfailkan permohonan menghina perintah mahkamah pada 16 April 2002. Kemudiannya, responden telah memfailkan permohonan ubah perintah pada 18 Mac 2003 dengan mengemukakan alasan, dia mengalami masalah kewangan berikutan syarikat Skop Production Sdn. Bhd. telah menamatkan kontraknya sebagai pelakon.

Di samping itu, responden turut memberikan alasan telah berkahwin dengan isteri barunya ketika itu, Emilia Rosnaida.

Menyentuh notis bantahan awal yang bakal difailkan Siti Aishah, Hakim Syarie Saarani mengingatkan peguam itu dan defendan: “Mahkamah boleh memberi peluang dan sedikit masa untuk defendan memfailkannya sebelum kes induk (permohonan komital yang difailkan Shafnie) didengar.

”Namun sekiranya notis bantahan awal tidak dimasukkan pada atau sebelum 24 September, mahkamah akan menolak notis tersebut. Jika tidak, keadilan tidak mungkin tercapai bila sudah memakan masa bertahun-tahun dan tidak selesai.”

Beliau menetapkan 12 Oktober depan untuk plaintif memfailkan jawapan kepada notis bantahan awal bakal difailkan responden.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 21 Oktober depan. – sumber Utusan Malaysia

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar AC Mizal di Sidang Media MegaDrama Astro
  • Shafnie Dan AC Mizal Boleh Hilang Kelayakan Penjagaan Anak
  • Gambar Anak AC Mizal & Amylia Rosnaida
  • Rumah Pusaka P. Ramlee Disita
  • AC Mizal & Eizlan Yusof Dapat Gelaran Datuk
  • AC Mizal Heroes Up for An Intergalactic Adventure Guest Starring in Ben 10 TM
  • Kes Syariah di TV9
  • Hak Penjagaan Anak Ac Mizal Disebut Semula 11 Ogos
  • Keputusan Permohonan Norish Karman 20 Ogos Ini
  • Kieran Era FM Lari Ke Hot FM, AC Mizal Hos AF6



  • 102 Komen untuk entri “AC MIZAL GAGAL BAYAR RM50,000 TUNGGAKAN NAFKAH ANAK”

    1. siti kb kata:

      sebelum nie saya melihat dlm satu majalah, AC bergaya di rumahnya yg ala hotel… tapi rupanya tak bayar nafkah anak..apa alasan dia??
      hari ini (11 sept) umi aida berangkat mengerjakan umrah..alhamdulillah..

    2. zarin kata:

      ni yg dituntut didunia… belum di akhirat lagi, jadilah bapa yg adil pada anak-anak yg tidak berdosa

    3. mrs s kata:

      bukan dia murah rezeki sekarang??? Allah nk sedarkan die agaknya, rezeki yang melimpah ruah itu harus dikongsi bersama anak2nya yang sebelum ini. jangan cuba lepas tangan. Azab Allah amat berat..

    4. pokcu kata:

      kedekut nyeeee,, jual gelang x begi anak nafkah,, huhu

    5. singa kata:

      kesian anak anak dia, sanggup seorang ayah melepaskan tanggung jawabnya begitu saja.. jawablah nanti di akhirat, atau azabnya akan datang tidak lama lagi. ALLAH maha berkuasa, pikullah tanggung jawab dengan adil.

    6. Confused...le.. kata:

      bukan kah selama ini dia mengaku yang dia ada memberi nafkah pada anak2 dia, saya tengok sendiri dalam stesen tv astro dalam rancangan cerita artis malaysia ( cam), isteri nya sendiri yang masukan duit dalam akaun bank anak2 nya, dan ac juga tidak dapat berjumpa dengan anak2 nya sebab dia tidak tau di mana mereka tinggal. actually i’m confused sapa yang betul sebenarnya. tapi apa2hal ingat lah kita ni makhluk tuhan kita ada tanggung jawab tak kira lah pada siapa. yang pasti setiap apa yang kita buat pasti ada balasan tak kira baik atau buruk.

    7. botolsusu kata:

      betul2.. setuju ngan korang sume.. betul kate siti kb tu.. rumah ala2 hotel gitu tp nafkah anak tak bagi.. ishh.. ishh.. tak betul tu..

    8. singa kata:

      confused… apa benda yg confused, kalau ada duit buat rumah ala2 hotel dan mampu bayar duit peguam untuk pertahankan diri, takkanlah takleh nak cari anak sendiri!!

    9. intan kata:

      AC asyik memuji istri baru nye s’krg.Konon2nye,istri tu lah yg selalu bank in duit bulanan utk anak2 yg terdahulu.Hello! opis boy pun blh buat keje tu.tak payah lah nak memuji melangit.Hai,dah dpt satu episod mengacara AF 5ribu,bayangkanlah berapa episod yg dia jadi pengacara,Takkan bagi 300 je kat anak2 tu!! Birthday party utk anak no 3 yg dibuat dihotel pun dah cecah ribu2 satu mlm.

    10. zarin kata:

      betul la… buat besday party anak kuar ribu-ribu, belum lagi baby girl tu lagi…

    11. zarin kata:

      lagi satu… dah kena komen pasal ckp dia ada anak 2 dlm AF6 , terus mention dia bapa kepada 4 org anak dlm Ac disini……. klu korang perasan la…. kelakar betul

    12. abby kata:

      oooooooo, bayar laaa, tanggungjawab tu

    13. boy kata:

      kalau korang nak tahu bukan saja nafkah je yg dia abaikan..kalau kumpulkan 20 org budak dalam satu bilik masukan anak dia sekalai dlm tu pun,,,,sure dia sampai mati pun dia tak kenal..korang bayangkanlah BAPAK jenis apa ini…

    14. comelz kata:

      kebenaran tetap akan muncul….cuma kadang-kadang terkilan ngan ac..coz dia sentiasa sebut anak dia 2 org je(merujuk kpd perkahwinan nagn emilia)alasan yg paling tak munasabah coz nk jaga hati bini dia…hati anak?patutnya bini paham coz dia pun kawin ngan bekas laki org so dia kena terima kalau ac kata anak 4…lagi pun peminat pun tau…so nasihat untuk ac..sebagai seorg bapa nafkah je tak cukup…kadang2 anak happy bila ayah mereka sebut nama mereka…tanda ingat…bkn ingat bapa diaorg just sygkn bini baru and anak baru…sekurang2nya tak adalah yang dapat meracuni fikiran anak2 tu,bila bapa dia tetap iktiraf anaknya dengan menyebut memiliki 4 org anak,bukan mcm selalu 2 org anak….fikir2kn lah

    15. tinie kata:

      Entah apa bangsa ac ni, belagak kaye tp anak sendiri tak tahu kat mana?cari @ tak pernah cari anak2 tinggal kat mana? besar sangat ke malaysia ni?

    16. Honeybee kata:

      Soo… da settle lum? Agaknya sbb nafkah anak2 le kut yg NH ‘liat’ nk brcerai dgn Abby.. x nk brtanggungjwb ..

    17. poyo je kata:

      apalah punya ayah kau ni AC, itu dah mmg tanggungjwb kau lah, walaupun dah terputus hubungan kau dgn ex wife kau, tp tanggungjwb kau pd anak2 kau x kan terputus hingga ke akhir nyawa kau, ingtlah, di SANA nnt kau akan di persoalkan keatas segala amanah ini…

    18. SHEDFZ kata:

      klakar btoi bile si AC ckp die xleh jmpe anak die..sdgkn si shafnie wat pngakuan dlm melodi alamat n no tel tmpt anak die dduk tu still same cam dlu xbrubah pun..AC pun pernah dok situ dlu..kalo dah suke beralasan mcm tulaa..xkan dpt job yg lumayan nafkah anak xleh nk byr..ank ngan emylia leh plak wat besday besar-besaran..mmang bapak yg tak adillaa ko ni AC..ko pklaa cmne prasaan anak2 ko bile ko layan diorg mcm xwujud je..mmang aku xpuas ati..tp xpelaa Tuhan tu MAHA ADIL..lmbat ngan cepat je ko trimelaa blsannyee kelak..

    19. kusyireen kata:

      last 2 yrs aku jumpa ac ngan bini dia kat vivocity spore punyalah smbng si ac allah jer yg tahu… ngan lawak bodoh dia ingt dia “somebody” pi laa jln…kita sikit pn tk trhegeh2 nk mntk autograph…cuma emilia jer snyum kat kita…aku tngk x wife dia pnyalah..baik…kdng2 kiat bole tngk org tu melalui airmuka dn pakaian…ada baiknya mereka brcerai…SUAMI YG BAIK UTK ISTRI YG BAIK…so shafni if u read dis…be strong…u tngk la kluarga ac skrng sedikit pun tkda ciri2 kluarga skinah mawaddah warrahmah{muslim}…bahgia diluaran shaja…kemewhan dia skrng adalah ujian dr allah…dia ingt atau tdk pd tngngjawab dia…tapi dia lalai kita tunggu jer apa balasan yg akan dia dpt…trnyata emilia tdk dpt mnjadi istri yg bijak dn baik…utk mengingtkn dia tentang nafkah anak2 dia..ada istilah “bekas”pd sumi?istri tapi tkda istilah BEKAS ANAK…..kesian shfni apalaa ada pd emilia klu dibandgkn dgn shanfni..mcm langit ngan bumi…

    20. chocolate gurlz kata:

      ape kes ni ac wehh…dah la aku nampak ang ni kelolor tahap gaban…tapi disebalik keloloran ang, ada cita sebaliknya…jangan nanti org sekeliling menyalahkan mak bapak ang yg ang dimakan ajaq…kira bahasa sains dia, ‘kurang ajaq’…ang pikiaq la naa…

    21. aisyazulaikha kata:

      aku memang dah boikot si ac ni sbb x penah disebut psl anknya yg lg 2 tu kesian.. diaorng bapak cam apa tah. jom la boikot org yg tak yau bg nafkah kat anak2 ni..ac disini perasan je lebih astro cam dah x dak org lain nak ambik jd pengacara af…naik muak tgk muka..ac

    22. Tabuan kata:

      Apa lah si AC ni dah lah lawak bodoh… berlakon mengarut suara pulak punya lah merepek..

      Harap aje bertitle Ayah tapi TAK ADIL terhadap anak2 kandung !!!

      Memang dia punya mata tu nak kena tenyeh dgn minyak cap TAPAK aah..
      bukan kapak eh… tapi TAPAK !!!!

      Ni lah dia antara lelaki2 yg buat malu kaum Adam….

      harrrpuuuittt !

    23. Tabuan kata:

      KATA2 AKU PADA AC… (Kalo dia baca lah komen ku ini)

      Wahai AC Mizal yg suara seperti apek jual air tahuey…
      ko tu harap aje berpakaian branded Gucci etc…

      tapi nafkah anak2 yg dlm jagaan ex wife ko…

      KO TAK MAMPU NAK BAYAR !!!

      BUAT MALU TITLE LAH DOL ……

      ntah2 yg branded tu pun ko beli pat Petaling kot….

      wahahaha !!

    24. june kata:

      ciannya anak2 dia..nape jadi BAPAK gitu yer..tanggungjawab U tu…apa nk jadi..

    25. mila kata kata:

      Kalau dah rasa diri tu kaya tak kan tak boleh bagi nafkah kat anak-anak kot. Kan sekrg dah malu satu malaya tau ac ayah yang tak adil dan bertanggungjawab. Sepatutnya bila bercakap hati2 salah cakap makan diri. Jgn ingat dapat yang baru yg lama ditinggalkan. Suatu hari nanti tengok lah anak2 dengan x wife juga ac cari untuk menumpang kasih sebab skrg ni pun dia x berjaya mendidik kuarga baru dia.

    26. lynda kata:

      x baik korang hina-hina orang mcm 2, lg pun kita x tau perkara yang sebenarnya. emylia orangnya baik sangat, x sombong pun…

    27. lynda kata:

      dulu lepas bercerai ngan ac shafnie kawin lag, kenapa ketika itu dia diam je, bila dah bercerai dia kecoh2 macam ni, perkahwinan ac dan emy nak cecah 8 tahun dah, x baik lah orag nak pecah belah kan umahtangga mereka……..janji every month ac send duit, esok2 dia ada rezki lebih dia bg lebih lg la, mungkin dia ada perancangan, kita x tau kan…. buat abg ac dan kak emy, diharap tabah mengharungi situasi begini, jgan layan cakap2 orang janji hidup kalian sekuarga aman dan bahgia…………….

    28. poyo je.. kata:

      hai. nak byr RM2000 sebln pun ssh sgt ke….kata da jd duta gelang…income sure ribu2 punye…walau camne pun alasan kau AC, ni tanggungjwb kau…kau x bleh lari punye…jdlah seorg ayah yg bertanggungjawap bknnya x bleh harap……

    29. Anip kata:

      semalam aku nengok tv9. menyampah aku tengok si ac. punyalah berckp berdekah-dekah. siap keluarkan sume bukti2.. kononyerlah. kalo ex wife ko tu nk kawen lain pastu cerai ke ape ke. tu lantak dia la. yang ko tu sebagai bapa pd anak2 tu, nafkah bayar la. jgn plak bila mahkamah dah ckp 2 ribu sebln kau bg rm300 je sbln. ko gile ke? 300 sbln budak2 tu nk mkn ape? punyalah belagak kau ni ac… jangan la camtu, hari ni kau masih ada daya blh la kau buat camtu. tgok esok2 kau dh xde daya nk keje lg, sape yg nk tanggung kau? dgn sikap kau yg begini, blum tentu anak2 kau nk tgok kau pun.

      sedar2 lah..

    30. miss kata:

      klakar betul aku tengok tv9. beria ac tunjuk akaun bank konon bukti bertanggung jawab kat anak dia. korang perasan tak? baru skali je masukkan duit…

    31. kusyireen kata:

      hai cik/puan lynda…org tk smbong blum tentu baik dn org yg smbong blum tentu jahat….frm ur commnt i rasa u blum brumhtangga…apa ada pd RM300…stngh bulan pn blum tentu ckp…jadi org yg prihatin… if only u can read emy”s body languagge..n ayat trakhir dia….sbab dia(shafnie)mintk sampai 50ribu sbb tu kita nk ambil bdk2 tu…MAKNANYA KLU DIA JAGA ANK2 SHAFNI THER WLL B A PROBLEM…SBBJAGA TK IKHLAS ..NK LARI DR BAYAR 50RIBU TUNGGKKN NAFKAH…WATEVR IT IS…. I THNK SYAFNI N AC KENA DUDUK BRBINCNG.LETAK EGO MASING2 KE TEPI KESIANKN ANK YG TK BRDOSA..AFTR ALL DIA DILAHIKN HASL DR KASIHSYNG KAMU BRDUA TKKN BILA DA TKDA KASIHSYNG JIWA MEREKA TDK DIJAGA..DLM HAL NI EMY SHOULD NT INVOLVE…THOU U UR AC MANAGR… TIS IS AC’S AFFAIR…

    32. bang fiq kata:

      AQ PUN X TAHU…SAPA YANG BETUL N SALAH…TP KTER JDKAN NIE 1 PGAJARAN…..

    33. EZA kata:

      ohh!! x tau plk yg safnie 2 x m’janda..bg aku x payahlah nak kecoh2 sepekan…kalau safnie dah x blh nak tanggung anak2nya lg..bg je anak2 kat ac biar dia yg tanggung sepenuhnya..ac hidup senang anak2nya nye pun senang jgk..xkan ac sanggup nak biar anak2nya hidup susah bila dibwh jagaannya…PANDAI2 ACLAH NAK URUS ANAK2NYA MCMANA…BG AKU X PAYAH SAFNIE NAK TUNTUT MCM2..JGN PERTIKAIKAN KEMAMPUANNYA..MGKIN LIMPAHAN REZEKI YG AC DPT NI REZEKI ANAK2NYA DGN ISTERI KE2 NYA…

    34. aleya kata:

      ak stuju dgn eza&linda..smalam ac kluar melodi..meluahkn perasaan slm 8 thn yg dipendam..myb slame ni dye diam je bl x wifw dye mengaibkn dye..tp lame2 mn bleh thn..si shafni ni pon satu hal gak..da 8 taon tp still nk kecoh2 gak..mase kawen utk 2nd time,diam lak..da cerai,kecoh blik..tp klu tol die prnh kate kt AC yg duit pendapatan sbg artis ni haram bg mkn anak bini knp skunk die beria nk duit haram 2?ak pon bkn fanatik sangat dgn amy&ac tp kesian tgk ac asyik kne hntam..amy pon baek what?pas2 nk minx wet tmbhn tp masuk ke akaun shafni 2 wat pe?2 bkn utk anak2 la 2..so,dont judge a book by its cover..lu pk r sendiri..asssalammualaikum..

    35. chocolate gurlz kata:

      aku pun setuju dengan apa yg eza & aleya habaq…semalam pun dah tengok segala bukti-bukti kat melodi…takkan la shafnie takleh nak pikiaq pasai apa AC buat buku untuk anak-anak…takkan nak bagi buku akaun tu sekarang sebab anak-anak AC belum cukup umur, so better ayah dia la yg pegang dulu…ye la, takut shafnie pakai mers plak nanti…pastu melodi siap tunjuk bukti yg shafnie nak segala duit tu masuk kaeakaun dia…ka dah sengkek sangat? dengan AC ye-ye mintak itu ini…dengan x-hubby kedua tu taknak tuntut pa pe ke? AC dah tunjuk bukti dah, takkan nak bising-bising lagi? cemuih la aku dengan shafnie neh…tau nak hak anak-anak…tapi duit yg AC masuk tak tentu jumlah tu mana pi? at least dia kasi jugak…bukan la nak nyebok, tapi cemuih la, tak habis-habis! pastu kata duit org yg jadi artis ni duit haram…sekarang dia plak, jadi pengacara la, apa laa…tu la dia, TEPUK AIR DI DULANG, TERKENA KAT MUKA SENDIRI…betui tak peribahasa aku ni?

    36. SARAH kata:

      Aku ni bukan nye minat sangat kat ac ni..tetapi aku mula kesian kat dia pasal kes anak2nye yg tiada kesudahannye..yg safnie ni pun satu hal asyik2 duit yg dia pikir..kalau safnie ni ikhlas nak jaga anak2…b’apa jumlah yg ac bg pada anak2nye dia patut b’syukur…terima seadanya..kalau dah rasa anak2 2 satu bebanan..serah je bdk2 2 kat ac..pandai2 lah dia nak urus anaknye…

    37. suzi kata:

      Safnie ada m’gatakan yg ac seorang ayah yg x b’taggungjawab…tapi dari sudut yg saya lihat safnie seorang janda mata duitan..KENAPA??..Sudah 8thn berlarutan kes nafkah anak2nye….tetapi setiap bln ac x pernah mis mskkan duit ke akuan SAFNIE..[bkn akaun anak2]..kenapa mesti ke akaun safnie tidak ke akaun anak2…bknnye susah sgt nak buka buku bank…BERI PULAK HAK PENJAGAAN ANAK2 PADA AC….KITA TENGOK SAMAADA AC SEORANG AYAH YG B’TANGGUNGJAWAB @ SEBALIKNYA…nafkah RM50,000 yg di tuntut safnie…masukkan aje ke akaun anak2 untuk kegunaan apabila dewasa kelak.

    38. chocolate gurlz kata:

      sekarang ni dah nampak, siapa yg di pihak yg benar…tak faham la pasai apa la si shafnie dok pertikai segala duit yg AC masukkan…nampak sangat dia tak bersyukur…tapi bila dipikiaq-pikiaq balik, shafnie sebenaqnya nak dengki jaa dengan emilia yg merangkap wife baru AC…takleh nak tengok org tu senang…ye la, mungkin dengan perkahwinan kedua rezeki AC melimpah ruah…ceq ni bukan la minat dengan AC ni tapi suatu masa dulu ceq ni peminat lagu-lagu 4u2c…

    39. Anip kata:

      Suku sakat ac/emylia mengamuk sakan. Wahahahahaha…

    40. Tabuan kata:

      SATU PENGAJARAN UNTUK KAUM ADAM….

      JADILAH KETUA KELUARGA, KHALIFAH YG BAIK…
      JADILAH BAPAK YG BERTANGGUNG JAWAB…
      JANGAN HANYA PANDAI BUAT ANAK…

      KALO TAK NAK JADI BAPAK YG BAIK…..

      GUNAKAN LAH KONDOM !!!!

      Faham eh… faham eh…. ????

      :-)

    41. EZA kata:

      KENAPA?????..safnie nak menangis apabila ac nak tuntut hak penjagaan anak2nya..sepatutnya dia tadah tangan tanda KESYUKURAN kerna ac nak m’jlnkan kewajibpan seorang ayah t’hdp anak2nye…SUDAH 8thn KES NI X SELESAI2..JGN PLK ORG COP JANDA MATA DUITAN..KALAU KITE ORG YG BERIMAN APA YG DIBERI KITE TERIMA DGN SYUKUR ALLAMDULILLAH!!!!.MAMI BKN NAK M’YEBELAHI MANA2 PIHAK..TAPI CUBA BUAT UTK KEBAIKKAN BERSAMA..DUIT YG T’TUNGGAK RM50’000 2 MSKKAN AJE KE DLM AKUAN ANAK2 UTK P’BELANJAAN APABILA ANAK2 DEWASA KELAK..JGN TAU NAK DUIT AJE TAPI ANAK2 X NAK BAGI!!!!!.

    42. EZA kata:

      KENAPA?????..safnie nak menangis apabila ac nak tuntut hak penjagaan anak2nya..sepatutnya dia tadah tangan tanda KESYUKURAN kerna ac nak m’jlnkan kewajibpan seorang ayah t’hdp anak2nye…SUDAH 8thn KES NI X SELESAI2..JGN PLK ORG COP JANDA MATA DUITAN..KALAU KITE ORG YG BERIMAN APA YG DIBERI KITE TERIMA DGN SYUKUR ALLAMDULILLAH!!!!.AKU BKN NAK M’YEBELAHI MANA2 PIHAK..TAPI CUBA BUAT UTK KEBAIKKAN BERSAMA..DUIT YG T’TUNGGAK RM50’000 2 MSKKAN AJE KE DLM AKUAN ANAK2 UTK P’BELANJAAN APABILA ANAK2 DEWASA KELAK..JGN TAU NAK DUIT AJE TAPI ANAK2 X NAK BAGI!!!!!.

    43. Tabuan kata:

      MAMI OH MAMI…. MAMI INI SEORANG IBU KE BUKAN ???

      DAH BERTAHUN2 MAMI BERSUSAH PAYAH MENJAGA ANAK2 TIBA YG KASI NAFKAH CAK CAK KUTI, SAKIT PENING ANAK TAK PERNAH AMEK TAU TERTIBA DTG NAK TUNTUT HAK PENJAGAAN ANAK…
      MAMI SANGGUP KE BERPISAH DGN ANAK2 ?

      BEKAS ISTERI TU TUNTUT NAFKAH ANAK2 YG TERTUNGGAK….FAHAM TAK…
      KALO SI AC BOLEH LANGGAR PERINTAH MAKHAMAH.. TAK HERAN KE YG DIA TU BLEH ABAI2KAN ANAK2 ?

      PERINTAH MAKHAMAH DIA BOLEH LANGGAR ADA HATI NAK AMBIK HAK PEJAGAAN ANAK2..
      BINI DIA SI EMYLIA SANGGUP KE JAGA ANAK2 TIRI ????
      SILAP2 BUDAK2 TU DICAMPAK UMAH SEDARA MARA.. KASIH SAYANG PUN NANTI TERABAI !

      KENAPA 8 TAHUN KES TAK SELESAI…..?????

      PASAL AC LAH YG MAIN CAK CAK KUTI !!

      Apa lah nasib aku tak jadi lawyer … yg jadi LOYAR BURUK !! :-(

    44. chocolate gurlz kata:

      eza…aku setuju betui dengan apa yg ang habaq…shafnie memang tak bersyukur…kami ni bukan la suku sakat ac atau emilia, tapi rasional la sket, ngape perlu MASUKKAN KE AKAUN SHAFNIE? biaq pi la AC masukkan ke dalam akaun anak-anak dia. takkan nak bagi lagi buku tu, anak-anak dia duk bawak umuq lagi…akai ada?

    45. Tabuan kata:

      AI KU HARAP KALIAN NI AKAN LALUI APA YG DI LALUI SI EX AC NI…

      :-)

    46. EZA kata:

      kalau kita nak jaga anak2 biar lah dgn IKHLAS..bkn wang jadi taruhan…cuba tgk blk apa yg dituntut safnie…mgkin ada sb knp ac x dpt tgk anak2 selama nie…kalau anak2 2 dah jadi 1 bebanan bg safnie serahkan aje pada ac..bknnye anak2 2 dia x blh dpt dah..safnie pun ada haknye jgk…[BILA2 MASA DIA BLH TGK & AMBIL ANAKNYE].KITE JGN P’TIKAIKAN EMYLIA BLH JAGA ANAK2 TIRINYE.cuba lihat apa yg safnie tuntut..iaitu duit pengasuh rm…..!!!!2 makna nye safnie pun x jaga anak2nye!!!!!!

    47. cakap kosong kata:

      memang tak munasabah..masukkan duit nafkah dalam akaun anak tapi ac yang pegang…
      duit nafkah ngan duit simpanan kan lain maknanya…
      kalau nak tunggu anak 18 tahun baru nak bagi buku…sempat budak2 tu kebulur dulu…
      sesiapa yang dah jadi ibu bercerai ngan laki yang berdolak-dalih cam ac tu tau ler camne rasa bila terpaksa kerja sendiri…
      chocolate gurlz, ezza and eleya…rasanya bila korang bercerai korang mesti bagi anak2 korang kat bekas lakikan…..

    48. Tabuan kata:

      Yek eleh…. tak kan lah hakim pat makhamah tu tunggul kayu nak lulus kan $$$ pengasuh rumah….

      YG HAKIM LULUSKAN KAN… PERINTAH…
      BAYAR DUIT NAFKAH ANAK2 TIAP BULAN…

      ADA BAYAR ON TIME TAK….???????

      DAH BERAPA LAMA TERTUNGGAK ??????

    49. EZA kata:

      JGN ASYIK NAK PIKIR DUIT 2 MSK ON TIME @ DAH BERAPA LAMA T’TUNGGAK….KALAU NAK JAGA ANAK2 2 BIAR LAH DGN HATI YG JUJUR & IKHLAS…JGN ASYIK NAK PIKIR DUIT..DUIT..DUIT..DUIT…LAIN LA KALAU SAFNIE 2 X B’KERJA….NANTI BILA HAK PENJAGAAN HILANG JGN NAK M’YESAL PLK!!!!.APA PUN KITE SAMA2 TGK APA KESUDAHANNYE.

    50. Tabuan kata:

      mari kita tengok siapa yg kena……..

      :-(

    51. chocolate gurlz kata:

      huh! ada jugak org debat pasai ni…kalau dah semua nak berlandaskan wang ringgit, payah la…kalau bagi duit, tapi tak ikhlas nak jaga, apa dapat? memang pun, shafnie ada keja…yup! betui kata eza, just wait & see noo… :-(

    52. aleya kata:

      hamboi tabuan..sedapnye mulot ko berkate..ak hny bg pend..yg ko babit2kn name ak 2 pesall lak?

    53. Tabuan kata:

      ALEYA >> huh???? Bila masa ku babitkan nama mu….???

      Sila tunjuk yg pat mana ada ku sebut nama mu…..?????

    54. aleya kata:

      alamak..banyak2 sori la tabuan..bkn ko la,ak nk taip si CAKAP KOSONG,sambil ckp smbil borak dgn member ak,ak tertulis ko lak..sowi r bro..

    55. chocolate gurlz kata:

      tabuan, aleya tu mungkin forward kat si cakap kosong tu…dia nak kias la kot tu…

    56. Anip kata:

      Aku aser la kn, pompuan2 yg dok menyokong ac tu bkn pompuan sejati kott.. Mungkin dikalangan mak nyah2 yg minat giler2 kt ac tu. Ielahkn, biler org ckp pasal hak seorg wanita pon depa masih nk bangkang2. Nmpk sgt yg depa xtau apa itu ‘HAK SEORANG WANITA DI SISI ISLAM.’ Tahniah Tabuan, bersama-samalah kita menjadi antara insan2 yg bermaruah. Kpd insan2 dua alam, aku ucapkan, “LU MEMANG ROCK!!!!” Warghhhhhh!!!!

    57. aleya kata:

      tolong sket ye anip..abis2 si amy 2 bkn perempuan ke?die xde hak ke?yg nk kecoh sangat ni nape?kte tgk je le kesudahannye..

    58. Anip kata:

      Ha, bgus la kalu ko dh ckp mcm tu. Kita berdoalah pd Tuhan supaya memberikan keadilan kepada mereka2 yg Hak. & xperlula aku terangkn apa hak2 tersebut. Sebagai wanita, ko mesti lebih tau ttg hak2 batil kaum2 ko sendiri…

    59. Tabuan kata:

      Aleya >>> Oh terlepas pandang…. baisalah orang pompuan..
      di maafkan… tapi next time baca yg di taip dulu seblum tekan ENTER ya…
      Takmo melulu ikut emosi… hehehe !

      Kalo ada sesiapa yg nak sangkal nak bertukar pandangan nak berdebat
      boleh tak jadi masalah bagi diriku ini…
      Sekadar berexchange aje kan…
      tapi kalo nak nafi menafikan baik takyah lah… hehe!!

      Anip >>> Insya allah Anip… Mudah2an kaum Adam akan menjadi lebih bertanggung jawab di masa akan datang.

    60. Tabuan kata:

      cik adik cik adik sekalian….

      YG DISOALKAN IALAH…. TANGGUNG JAWAB…
      KEWAJIPAN SEORANG BAPAK… bukan soal keikhlasan….

      BUAT ANAK NAK SAMA2.. BILA BAB TANGGUNG JAWAB KENAPA IKHLASAN PULAK NAK DIBABITKAN ?

      KALO GITU AC PUN KIRA IKHLAS JUGAK LAH YA….

      IKHLAS tak nak bayar nafkah anak2 yg tertunggak ????? :-)

    61. chocolate gurlz kata:

      tah anip ni…cakap ikut sedap mulut dia jaa…takpa la, kita tunggu dan lihat jaa…kita nak cakap macam-macam pun belum tentu depa nak amek kisah…

    62. june kata:

      meleret leret kes ni yer.. kasi settle jer kan senang citer..apa lah perasaan anak2 tu kan..bila baca paper..tgk tv..mak bapak berbalah..tk ke sedih..pikirkan tanggungjawab bersama…time sedap tk ingat..time dah cerai berai..muka sorang2 tk leh pandang lah yer..apa punya olang ni..

    63. kusyireen kata:

      SYABAS UTK YG BOLE BRFIKIR…UTK PMPN2 YG SWAKTU DGNNYA…BARU HARI NI AKU TAU TAK ADA DUIT PN TKPA.. BOLE HIDUP DGN HANYA KEIKHLASAN…GI KEDAI MAMAK BELI BRNG DEN CKP NGAN MAMA IKHLAS NANTI ALLAH BALAS…BOLEH GITU…KESIAN KORANG ..KORANG TAHU NAFKAH TUNGGAKAN TU APA…BLAJAR LAGI ILMU DUNIA YG TKDA DLM BUKU…MARI PAKAT RAMAI2 NAIK SNGAPURA AKU AJAR. B RATIONAL UR NT IN SHAFNI PSTN…MANA2 PMPN YG “RATIONAL”PN AKN MINTK HAK YG SAMA.APALAH SALAHNYA KLU AC BAGI LEBIH SBB YG JAGA ANK2 DIA ADALH PMPN YG PERNA AC KASIH,SYNG DN CINTA SATU MASA DULU…TNGK CHEF WAN AKU TABIK DIA…SMPAI HANTR EXWIF DIA GI MELANCNG APART FRM UMRAH…MCM TU LAH CARA ISLAM…JGN SALH GUNKN ISTILAH IKHLAS…HNYA ALLAH SAJA YG TAHU DN KITA HANYA DPT MERASKN KEIKHLSN TU KLU HATI KITA BERSIH…

    64. EZLYNN kata:

      ermm..best gak bace korang nye pendapat ni..macam2…ade yg sokong ade yang bangkang…pastu siap berbalah sesama sendiri cam shafnie ngan ac plak..hehehe..biasala setiap org ada pendapat masing2..kalo smer satu pendapat jer..senang ler..takde la masalah dah camni…

      aku rasa seblom korang buat ape2 andaian, baik kite tunggu je dulu kes ni di bicarakan..tgk sape menang sape salah…mase tu kite akan tau sape yg sebenarnye salah…

      tapi menurut sumber2 yang boleh di percayai, memang ac salah, tapi ade juga btulnye dan mmg shafnie betul, tapi ade juga salahnye..ha..camne tu?? lu pikir lah sendiri…askommmmm..

    65. mawasmerah kata:

      ada jgk bapak yg tak bertanggung jawab mcm ni, sedih saya tgk anak-anak dia yg dipinggirkan bagai stokin buruk. Sian saya tgk bebudak ni lebih2 lagi kalu tgk bapak derang ni dok happy gan family baru dia pastuh hidup mewah pelbagai glamer. aku harap org mcm ni diinsured tinggi dan kemudian pegi mampus.

    66. chocolate gurlz kata:

      yup! exactly ezlynn…kita ni cuma org luaq…depa sefamily jaa yg tau perkara sebenar…tabuan…ang mana neh…takdak pun bagi pendapat…

    67. Tabuan kata:

      Choco gurlz >>> amboi2 mu panggil ku buat pa…??

      mu nak jadi batu ronsen kah…???

      hehehe !!

      :-)

    68. chocolate gurlz kata:

      :-) takdak la…ang selalu rancak jaa bagi pendapat…ni aku tengok hening jaa…depa dah penat kot nak cakap itu ini…

    69. Tabuan kata:

      Choco gurlz >>> ni ku tengah tunggu ler sesiaper yg nak tambah2 minyak…
      takde yg nak tambah minyak sebab tu ku relek 1 corner… hehehe!!!!

      :-)

      Mu pat keja kah….??

    70. chocolate gurlz kata:

      hehe…minyak apa tu? minyak masak? minyak petrol? minyak diesel? minyak wangi? minyak masak? minyak angin? minyak kelapa? hehe…takpa, takpa, ang rileks laa dulu, ang survey dulu…hehe…ho la, aku kat tempat keja la ni…aku boleh bagi komen had sampai kul lima jaa…kat umah aku takdak tenet…pastu cuti la 2 hari… :-)

    71. Tabuan kata:

      choco gurlz >>> minyak yg di tunggu takde yg mu sebut diatas tu..

      yg mu sebut tu semua minyak mahal2…
      buat hapa perhabiskan $$$$

      yg ku tunggu minyak tanah !!

      murah dan cepat terbakar….

      Wahahahaha !! :-)

      oh kira keja opis hour lah ni… patut lah ku tak nampak hang komen pada malam hari..

      kira nak tunggu reply komen mu ni terpaksa lah ku ikut timing opis hr.

      tengah surfing tu.. jgn lupa tengok kiri, kanan, depan, belakang..
      mana tau tup tup Tuan Besar diri depan atau duduk sebelah mu!
      hehe !

    72. chocolate gurlz kata:

      laa…aku lupa nak sebut minyak tanah…haa…ada lagi, minyak atar, minyak senyonyong, minyak dagu, minyak jagung, minyak gris…hehe…pa2 ja la tabuan…asal ang hepi…minyak tanah tak power laa…tu ha, minyak petrol…hehe…awat laa aku dok malalut tak tentu pasai nehh…a’a…opis hour jaa…ho la, ang kena tunggu aku naik keja, baru la boleh aku nak balas…tapi aku ni kalau aku bz, aku memang tak masuk tenet…hehe…uisshhh…ang jangan taktau, mata aku neh ada kat keliling kepala aku ni even dilindungi oleh tudung…kang jadi alien nation plak kang…hua hua huaaa… :-D

    73. SETUNGGAL kata:

      weh korang dok sbok sebok pasal ac n x die tu buat pa, hangpa toksah sampuk hal umh tangga org,hangpa semua ni dah kwin ke dok pakat hina musibah org, lantak p la ac tu nak bayag nfkah ka,syafnie nak tuntut apa ka,tu hal depa,biag mahkamah tentukan,kita kan ada undang undang

    74. choco gurlz kata:

      sabaq laa setunggal…awat emo sangat…depa ni bukan nak sebok, tapi dah budiey letak kat homepage dia pasai ac neh…siap ada ruangan ‘Sila tinggalkan komen anda di sini’…kalau takmau depa utarakan pendapat…apa kata encik budiey ni delete jaa pasai ni dari banyak yg tak pueh hati…tabuan, june…angpa da pendapat tak…

    75. Tabuan kata:

      Choco gurlz >>> biar lah si tunggal terjun dgn labu nya….
      wahahaha !!! ;-)

    76. june kata:

      choco gurlz..kang den kasi pendpt kena machine gun ler..cam bertih jer cara dia menaip..tapiii peduli apa kan hahahaha nk komen gak..kita punya sukaaaa arr ekekeke…

    77. Tabuan kata:

      June >>> Kasi aje June… jgn tak kasi….
      Kalo mu kena machine gun…jgnlah di simpan BAZOOKA mu itu..
      Kalo nak nucler pun boleh…

      wahahaha!!!

    78. Tabuan kata:

      June >>> tapi Tabuan rasa June tak macam tu kan…
      June category cool & da geng….
      hehe !!

      Dunia ni dah makin laju berpusing angkara kepanasan..
      tak kan nak kasi panas lagi pulak kan…
      Sebab tu masa makin pantas bergerak sampai 24jam pun tak terasa.
      Seminggu macam 3 hari..
      Sebulan macam 2 minggu
      Setahun macam 6 bulan !

      so apa lagi…
      meh kita gosok dada dgn minyak kapak kasi berangin !!
      wahahaha!

      Sayangi lah bumi dan jagalah kebersihan alam sekitar..
      Kebersihan mempamer keperibadian anda !

      kekeke !!

    79. june kata:

      heheheh tabuan..cool at times lah..kalau dijolok nahas ler wakakakakaka..tabuan pe kabo..miss u lah ekeke..

    80. IzzahJaslenda kata:

      Ish2, mcm2 perangai korang ni.. aku dok baca dari atas sampai bawah.. nak gelak pun ade.. mcm2 topik leh masuk sekali, jual minyak la ape la.. nasib baik x jual jamu skali… nasib2.. jgn gaduh2 naaa… moh kite pi tengok dragon ball lagi bagus..

    81. Tabuan kata:

      June >>> Tabuan kabo baik sihat alhamdulillah syukurillah…
      June miss Tabuan eh…. ???
      Tabuan pon winduuuuuu dgn June dan jugak teman2 komentar yg lain..
      (they know who they are )

      :-) ;-)

      June lak apa kabo ?? Mudah2an sihat selalu bersama
      keluarga tersayang ya..

      Aiseyman ku bobal macam tulis surat lak eh !!! wahahaha !!

    82. NUR kata:

      AC – Memang la awak kata isteri (Emylia) masukan duit dekat akaun anak – anak bekas isteri siap bukti lagi…tapi kalau buku akaun Yippie tu awak yang pegang macam mana nak keluarkan duit tu ???
      Akaun Yippie tu mana ada kad ATM kan ??? Lain le kalau duit nafkah tu di masuk ke dalam akaun bekas isteri.

      Apapun selesai le cara baik.Terseksa anak – anak.Rasanya saya boleh buat kajian la, sindrom penceraian artis apa kesannya kepada anak – anak :-)

    83. IzzahJaslenda kata:

      skg ni x tau sape yang betul sape yang salah… nampak mcm dua2 ade salahnye.. betul x… x sabar nak tunggu dewang settle mcm mane… mesti gempak punye…

    84. june kata:

      slmt pagi my prensss…rise and shine…alhamdulillah tabuan sihat sokmo..kalau sakit ke apo ke ku doakan semoga copat sembuh..bleh kita teruskan perjuangan kita ekekeke..mestilah rindu gan hang..kalau tk nmpk cam gelisah jer hahahahaha…den sihat sejahtero..eksyen2 bz jer hehe..

      izzah..ohh nk tau perkembangan kes ni eh..kang ceq tanya tuan/puan majistrate pe citer skrg…mu tunggu tau…

    85. choco gurlz kata:

      aduusss…aku sudah ketinggalannn…ketinggalannnn…chewah, cam nak naik train LRT plak…hehe…a’a tabuan, biaq pi la depa ngan labu-labunya…betui tu izzah, aku rasa pun camtu gak…2-2 salah…la ni mula la saling tuding jari…ingat la sket, kami ni yg bukan artis pun cemuih baca artis naik turun mahkamah…

    86. Tabuan kata:

      SYAFNIE YG KO TUNTUT $$ PEMBANTU UMAH, SEWA UMAH, BARANG2 DAPUR TU APA KEJADAH…??? TUNTUT $$$ HANYA UTNUK PENDIDIKAN, UBAT2 ANAK2, BELANJA SEKOLAH, BUKU PAKAIAN, SEKOLAH TU SUDAH LAH !! KALO UNTUK SEORANG ANAK SETIAP BULAN RM 1000 AKU RASA DAH CUKUP MEMADAI LAH… DGN TUNTUTAN YG MELAMPAU SEOLAH2 MENUNJUK YG KO NI MATA $$$$.

      SETAHU AKU LAH DLM MALAYSIA, PEMBELAJAAN SEORANG ANAK RM 1000 DAH LEBIH MENCUKUPI !!! KALO AKU LAWYER KO….
      AKU LECTURE KO DULU !!

      JADILAH MANUSIA YG TAHU BERSYUKUR…
      ADA ORANG HIDUP LAGI DAIF.. ANAK2 MEREKA ADAKALA
      MAKAN MINUM PUN MISSED ! BILA SAKIT NAK GI KLINIK
      PUN TAK MAMPU… :-( :-(

      SETAHU AKU LAH DLM MALAYSIA, PEMBELAJAAN SEORANG ANAK RM 1000 DAH LEBIH MENCUKUPI !!!
      KALO AKU LAWYER KO…. AKU LECTURE KO DULU !!

    87. ibu_comei kata:

      assalamaualaikum…
      ape kabar? dok tgk gak psl prkmbgn korg… tabuan br tgk melodi ke td? kite ketawe mengekek-ngekek je td psl komen awak. psl shafni ni , kite mmg x phm. dh lame sgt nk tuntut duit nafkah tp btul ke tuntut utk anak? kite pun seorg ibu cume bkn tunggal la ( mintak2 jauh) tp sedara kite mcm ni gak. last2, die fed-up turun naik mahkamah, senang cr duit sendiri bg kt anak2. lagi puas ati n x sakit jiwa. yg penting kite pompuan ni tunjuk kt lelaki yg kite pompuan blh berdikari. org lain cerai berai, x dela cam dorg ni. kalo ade terkasar , maaf ye.

    88. Tabuan kata:

      Ibu comei >>> Wa’alaikumsalam warahmatullah….

      Tu lah memang Tabuan fed up bila si AC sebagai ayah tak jlnkan tanggung jawab dgn baik.. sampai tertunggak $$ nafkah anak..
      Memang miniumum $300 sebulan untuk dua anak..
      tapi tak salahkan beri lebih untuk anak2 tu..
      Takkan dgn anak2 darah daging sendiri pun nak berkira..
      Buat malu kaum adam je.

      Bila Tabuan tgk balik video clip segmen Melodi 2 minggu lepas yg mana tuntutan yg di buat Syanie ke AC..
      Sampai tuntut $$$ ansur rumah lah, barang2 dapur lah, gaji pembantu lah.. (nasib baik dia tak claim $ baju dalam/ “lampin” dia hehe! )
      itu sudah too much!
      Sepatutnyer Syanie tu tuntut lah apa yg patut..
      Dgn cara 2 dia menuntut tu kan nanti mendatangkan tohmahan..

      Yg Tabuan herankan… makhamah syariah Islam kita ni napa
      suka hegeh2kan hal2 seprti ini eh..
      Macam tak amek peduli langsung dan tak tegas gitu ! :-(

    89. choco gurlz kata:

      aduh tabuan…awat ang emo neh…sabaq naa…aku ketinggalan la nak tengok melodi hari ahad baru-baru ni sebab pi kenduri umah member…bila aaa ulangan dia…nampaknya melodi buat masa ni conquer kes ac ngan shafnie je yea…aku baca komen ko pun, aku jadi geram…ishh…tak sabaq plak aku nak tengok…

    90. Alice kata:

      OOII adik-adik sekelian…aku ni dah beranak lapan dah…ingat nak nak bela anak senang ke..belanja bukan sikit2 ooiii.shafnie cuma mintak hak dia setelah si ac tu buat bodoh dah lama sangat….zaman sekarang semuanya duit oooiii….pakaian, perlajaran, sakit pening nak jumpa doktor semuanya duit dik oooiii…macammana lah ibu2 tunggal kat malaysia ni tak buat keje2 terkutuk..sebab bekas laki selalunya suka buat bodoh bila bab bagi nafkah..abih anak2 ac tu shafnie nak bagi makan apa?pasir ke…
      ac sebagai bapak, tak bolih tidak kena jalankan tanggungjawab..jgn salahkan shafnie…tiap2 bulan duit mesti kasi la bodoh!!!!!!

    91. june kata:

      aikk tk habis lagi kes ni…panass3..pusing3..lagu gigi plak termasuk…

    92. Tabuan kata:

      Tabuan lak tambah lagu Sudirman…

      KO BUAT KU BERPUSING… BERPUSING PUSING…
      MACAM GASING… GASING… ~

      wahahaha !!

      Abis AC… teruk ko kena belasah dgn kaum2 wanita…

    93. manjasayang kata:

      helo….. ek elah napa pula nak emosi ne,u all ne ntah-ntah bini dia yang dulu tu je ada-adakan crita.mgu lepas manja tngok melodi hah dah kena dah buku dengan ruas nak lari pula dah kak tudung tu sepa nama dia erm kak shapnie ah lebih kurang le tu,bukan la manja nak sebelahkan mana-mana pihak tapi jangan la ambil kesempatan mgunakan peranan anak kerana untuk mendapatkan duit nafkah dari bekas suami tu,tak releven tu.kesian la dengan anak-anak tu seandainya ibu bapa mbawa masalah yang akan menderitanya adalah permata cahaya kurniaan allah,iaitu anak kita.ac bukan nak lepas tangan dengan bekas tanggungan dia cuma ac tak mahu lah duit hak anak-anak di salah gunakan untuk kegiatan sosial bekas isteri dia.kesian memang la kesian isteri mana yang tak nak pertahankan masa depan anak-anak dia kan?tapi perlu la ikut prosidur jabatan yang tertentu untuk menyelesaikan masalah yang semakin hampar ne.anyway untuk ac n keluarga baru semoga tabah menghadapi titian dugaan ini,untuk bekas isteri ac manja doa kan agar menemui jalan cahaya yang tak kan hilang dalm sekelip mata anadai kata di jaga dengan setia…..

    94. linz kata:

      ALA…KALO AKU YG JADI SHANIE NI, TAK KU HINGIN LA DUIT SI AC TUH… KALO AKU, BILA AC BAGI KENYATAAN YG DIA ADA BAGI NAFKAH, AKU BUAT KENYATAAN KAT MELODI, AKU BGTAU JE YG DIE CUMA BAGI RM300 SEBULAN UTK 2 ORG ANAK..BIAR LER SATU MALAYSIA TAU..TAPI STAKAT TU JE.. KO PON KEJE KAN SHANIE, BUKAN NYE CALANG2, MODEL N PENGACARA TU, GAJI LEH TAHAN GAK.. TAK YAH LA HARAP SI AC TU, BIAR DIE TANGGUNG DOSA DIA.. ALLAH AKAN BALAS JUGAK KALO DIE TU TAK BETUL.. KO TAK PAYAH BUAT TINDAKKAN SENIRI.. BUAT BUANG MASA KO N BUANG DUIT JE, NAK LANTIK LAWYER LAH, NAK PI MAHKAMAH LAH…. KALO AKU TAK KUASA LER NAK WAT CAM TU… BAIK AKU JAGA JE ANAK2 AKU.. NANTI ANAK2 KITE AKAN TAU GAK PENGORBANAN IBU DORANG… TENGOK SEKARANG ORG DOK KUTUK KO JUGAK, KATE KO MINTAK LEBIH2 PLAK.. KOT MANA PON AKAN JADI KECOH JUGAK… DAH LAH SHAFNIE.. KO INGAT SATU JE, SETIAP APA YG KIRTA LAKUKAN SAMA ADA BAIK ATAU BURUK, TETAP ADA BALASANNYA.. YG BAIK DI BALAS BAIK, YG TAK BAIK WALLAHUALAM..TU SEMUA KUASA TUHAN… SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI DARI AZAB DARINYA… AMIN…

    95. NONA kata:

      aku sokong cakap kosong punya komen..suku sakat ac n amelia..nafkah n duit simpanan tu lain maknanya..time ni lah byk yg kita kena uruskan bebudak nih…oooo bukak akaun taruk 8 ribu konon nk simpan bila dah beso ? time tu dia org dah keje dah bodoh…masa tu dia org pun dah benci dgn ko..pasal tk pernah bagi kasih sayang..tk pernah ucap happy birthday..even mungkin tk kenal rupa pun..skrg baru nak amik anak ? masa dia org kecik..sakit pening..naper tk amik tau..jgn bagi alasan murah..ko dah cerai 8 thn..50 ribu (tunggakan) tu di bahagi 96 bulan baru 520.83..lebih murah dari ansuran keta ko tu..masa dulu dia tk mintak pasal dia tau ko tk de job..skrg ko dah kaya jgn nk timing lak..konon tuah binik baru ko..ko dah lupa qada dan qadar ye..bagi alasan tk tau anak kt mana..ko ingat anak ko tu dok kt london ke apa..anak pertama dia ngan amelia dulu bole buat besday bagai..anak ngan ex ? bukak citer aib pasal ex dia pasal kahwin cerai ngan suami ke 2..saper yg malu kalo tk anak2 dia gak..sebab mak dia org yg besarkan dia org..busuk la ati ko ac..ko tau berapa aku dah abis bela anak aku (2 org) selama 8 tahun..more than 520.83 . part 3 ribu tu bukan byk sgt..( cuba rujuk tuntutan wan nor azlin )aku emo cause sedara aku (bukan syafnie..hu hu ) pun kes camni la..bila dah lama baru nk tuntut nafkah sbg tunggakan..jadi gaduh..padahal sedara aku tu tempoh mcm2 dugaan sepanjang membesarkan anak..bekas laki plak asyik menangkan binik baru dia..ntah la..

    96. NONA kata:

      sekali lagi ..50 ribu tu tunggakan..takat 150 hinggit cuma lepas duit belanja sekolah jerk…makanan, pakaian, hiburan, mainan, tambang bas sekolah, yuran tiusyen, bayar duit rombongan sekolah, yuran sekolah, baju raya, hadiah hari jadi etc etc..syafnie pakai duit dia..so dia tuntut la..pasal la ni ac dah ada duit..so kalo dia nk guna utk diri dia pun what’s wrong bout that ? ac ni dulu agaknya fail dlm maths ngan sivik kot…(umo ac sama ngan aku..so dulu2 ada matapelajaran sivik..

    97. amy kata:

      korang ni… Ac dah cite mcm tu pon dok prejudis kat dia lagi…? Pekak ke korang ni? dia dah kate pompuan tu mintak sampai 3000 sebulan atas nama dia..Abis dia nak baya ke? 800 tu kira okla..Sabab itu minimum, kalau 3000 tu sampai mati korang tau…Kalau dia dah tua kang…takkan nak baya 3000 gak kot? otak ada pakai ka…pakai otak kalau fikir skit, dah tau dah sapa yg betul sapa yg salah..X bini dia ni mmg ada masalah… Ac mizal dayus kepala hotak korang la. bodoh….

    98. bapakAC kata:

      mungkin dulu bekas isteri ac ni baik..sebab tu dia dapat hak p’jagaan anak,dan mungkin ac x nak pisahkan anak ngan bekas isteri dia…x ke baik ac tu??? Sebab klu bekas dia pisah ngan anak..bekas isteri dia akan sedih,biasalah pompuan…tapi sekarang ac nak hak p’jagaan anak mungkin sebab bekas isteri dia dah x baik mcm dulu…Bekas isteri ac harus tahu dan ingat!!! ac dah ada anak jugak dan isteri dia ada hak utk masuk campur…mungkin tuah isteri baru dan anak sekarang ac dpt rezeki lebih dari dulu.

    99. Al gojo kata:

      wahai cik amy yg kurang cerdik. org tau la 3 riban tu bnayk. tp tu pon bayar sampai budak2 tu umo 18 tahun jerk. bukan nye sampai ac tu tua ganyut. len kali sblm nk drop komen tu buat research sikit, nnt xder la org kate ko ni BODOH XLEH DIAJAR, BANGANG XBERTEMPAT. Wahahahahaha…

    100. lulu kata:

      sedih sedih…………………..

    101. lulu kata:

      kite jadi takut pulak nak kawin…..
      kadang2 lelaki ni nmpak baik tp knp ye, bila dh kawin, jd len
      mcm ac, nmpak muka baik…. tp bt kt anak2 mcm tu
      ni soal tanggung jawab, itukan anak die, hasil usaha die bukan org len

    102. Lebah kata:

      Weeii Tabuan, ko ni betul ke tak? Tabuan, ko boleh hidup tak dgn RM1000 sorang?? kalo ko rasa boleh hidup, sila salurkan duit telebih ko kat anak2 Shafnie… muahahaha… jangan cakap tak serupa bikin….. itu anak2 Emilia, cukup la dgn RM1000 sebulan… boleh adil? seblum cakap, baik ko pastikan ko sendiri hidup dgn RM1000 sebulan, kalo ada 4 adik beradik, bagi 4! muahahaha

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK