Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





AC MIZAL GAGAL BAYAR RM50,000 TUNGGAKAN NAFKAH ANAK

Selain kisah AC Mizal naik mahkamah, Budiey ada dengar juga seorang pelakon Drama Kekasihku Seru, Hairie Othman pun naik mahkamah semalam. Keputusannya, bekas isteri telah berjaya mendapat hak penjagaan untuk tiga orang anaknya. Walaubagaimana pun Budiey tidak pasti lagi kebenaran berita ini kerana sumber khabar angin sahaja.

Permohonan bekas isteri pengacara Akademi Fantasia, AC Mizal agar satu perintah komital dikeluarkan untuk menghantar responden ke penjara berhubung kegagalannya menjelaskan tunggakan nafkah dua anak lelakinya sebanyak RM50,000 ditangguhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Hakim Syarie Saarani Ismail membenarkan penangguhan setelah peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, memaklumkan bahawa responden ingin memfailkan notis bantahan awal terhadap permohonan yang dikemukakan Shafnie Zainudin, 33.

Shafnie yang bertubuh langsing dan tinggi lampai diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais tiba seawal 8.30 pagi. Sementara AC Mizal memakai kot berjalur-jalur dan bersongkok sampai pada jam 9.20 pagi dengan ditemani beberapa lelaki dipercayai rakannya.

Plaintif melalui afidavit yang diikrarkan pada 4 Ogos lalu menyatakan dia mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9 tahun, hasil perkongsian hidup dengan responden.

Shafnie bagaimanapun telah bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001dan Mahkamah Rendah Syariah Kajang telah memerintahkan supaya responden membayar nafkah anak- anak sebanyak RM2,000 sebulan sehinggak anak-kanak terbabit berusia 18 tahun.

Namun, plaintif mendakwa, responden telah enggan, gagal atau cuai dan tidak mematuhi perintah Mahkamah Rendah Syariah Kajang bertarikh 22 Disember 2004 bagi menjelaskan bayaran nafkah anak-anaknya sepenuhnya sejak Februari 2002 secara ansuran sebanyak RM200 sebulan dan bakinya akan dibayar melalui potongan gaji dari akaun. Selain itu, responden turut diperintahkan untuk membayar nafkah semasa bagi setiap bulanan untuk kedua-dua anak sebanyak RM300.

Berdasarkan perintah bertarikh 22 Disember 2004, Mahkamah Rendah Syariah Kajang, hakim bicara merekodkan beberapa terma mengenai nafkah anak iaitu responden mestilah menjelaskan bayaran nafkah tertunggak RM50,000 secara ansuran.

Shafnie menyatakan, sehingga ke hari ini tiada apa-apa perintah yang membatalkan atau mengubah perintah mahkamah tersebut.

Lantaran itu, plaintif menyatakan, dia telah memfailkan permohonan menghina perintah mahkamah pada 16 April 2002. Kemudiannya, responden telah memfailkan permohonan ubah perintah pada 18 Mac 2003 dengan mengemukakan alasan, dia mengalami masalah kewangan berikutan syarikat Skop Production Sdn. Bhd. telah menamatkan kontraknya sebagai pelakon.

Di samping itu, responden turut memberikan alasan telah berkahwin dengan isteri barunya ketika itu, Emilia Rosnaida.

Menyentuh notis bantahan awal yang bakal difailkan Siti Aishah, Hakim Syarie Saarani mengingatkan peguam itu dan defendan: “Mahkamah boleh memberi peluang dan sedikit masa untuk defendan memfailkannya sebelum kes induk (permohonan komital yang difailkan Shafnie) didengar.

”Namun sekiranya notis bantahan awal tidak dimasukkan pada atau sebelum 24 September, mahkamah akan menolak notis tersebut. Jika tidak, keadilan tidak mungkin tercapai bila sudah memakan masa bertahun-tahun dan tidak selesai.”

Beliau menetapkan 12 Oktober depan untuk plaintif memfailkan jawapan kepada notis bantahan awal bakal difailkan responden.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes tersebut pada 21 Oktober depan. - sumber Utusan Malaysia

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Anak AC Mizal & Amylia Rosnaida
  • Kieran Era FM Lari Ke Hot FM, AC Mizal Hos AF6
  • Saksikan Pelakon Filem CUCI di Malaysia Hari Ini
  • Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan Datuk Roslan Hashim Bercerai
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • AC Mizal Hos Akademi Fantasia 6 Sarimah Hos Diari AF6
  • Sinopsis Drama Vice Versa Lakonan Fahrin Ahmad & Jason Chong
  • JOM TERBANG DENGAN MALAYSIA AIRLINES - ALL-INCLUSIVE LOW FARES
  • Minggu Setiausaha Bersama Mawi, Sheila Majid, AC Mizal
  • Majlis Minum Petang High Tea Lord’s Tailor di Hotel Genting



  • 16 Komen untuk entri “AC MIZAL GAGAL BAYAR RM50,000 TUNGGAKAN NAFKAH ANAK”

    1. siti kb kata:

      sebelum nie saya melihat dlm satu majalah, AC bergaya di rumahnya yg ala hotel… tapi rupanya tak bayar nafkah anak..apa alasan dia??
      hari ini (11 sept) umi aida berangkat mengerjakan umrah..alhamdulillah..

    2. zarin kata:

      ni yg dituntut didunia… belum di akhirat lagi, jadilah bapa yg adil pada anak-anak yg tidak berdosa

    3. mrs s kata:

      bukan dia murah rezeki sekarang??? Allah nk sedarkan die agaknya, rezeki yang melimpah ruah itu harus dikongsi bersama anak2nya yang sebelum ini. jangan cuba lepas tangan. Azab Allah amat berat..

    4. pokcu kata:

      kedekut nyeeee,, jual gelang x begi anak nafkah,, huhu

    5. singa kata:

      kesian anak anak dia, sanggup seorang ayah melepaskan tanggung jawabnya begitu saja.. jawablah nanti di akhirat, atau azabnya akan datang tidak lama lagi. ALLAH maha berkuasa, pikullah tanggung jawab dengan adil.

    6. Confused...le.. kata:

      bukan kah selama ini dia mengaku yang dia ada memberi nafkah pada anak2 dia, saya tengok sendiri dalam stesen tv astro dalam rancangan cerita artis malaysia ( cam), isteri nya sendiri yang masukan duit dalam akaun bank anak2 nya, dan ac juga tidak dapat berjumpa dengan anak2 nya sebab dia tidak tau di mana mereka tinggal. actually i’m confused sapa yang betul sebenarnya. tapi apa2hal ingat lah kita ni makhluk tuhan kita ada tanggung jawab tak kira lah pada siapa. yang pasti setiap apa yang kita buat pasti ada balasan tak kira baik atau buruk.

    7. botolsusu kata:

      betul2.. setuju ngan korang sume.. betul kate siti kb tu.. rumah ala2 hotel gitu tp nafkah anak tak bagi.. ishh.. ishh.. tak betul tu..

    8. singa kata:

      confused… apa benda yg confused, kalau ada duit buat rumah ala2 hotel dan mampu bayar duit peguam untuk pertahankan diri, takkanlah takleh nak cari anak sendiri!!

    9. intan kata:

      AC asyik memuji istri baru nye s’krg.Konon2nye,istri tu lah yg selalu bank in duit bulanan utk anak2 yg terdahulu.Hello! opis boy pun blh buat keje tu.tak payah lah nak memuji melangit.Hai,dah dpt satu episod mengacara AF 5ribu,bayangkanlah berapa episod yg dia jadi pengacara,Takkan bagi 300 je kat anak2 tu!! Birthday party utk anak no 3 yg dibuat dihotel pun dah cecah ribu2 satu mlm.

    10. zarin kata:

      betul la… buat besday party anak kuar ribu-ribu, belum lagi baby girl tu lagi…

    11. zarin kata:

      lagi satu… dah kena komen pasal ckp dia ada anak 2 dlm AF6 , terus mention dia bapa kepada 4 org anak dlm Ac disini……. klu korang perasan la…. kelakar betul

    12. abby kata:

      oooooooo, bayar laaa, tanggungjawab tu

    13. boy kata:

      kalau korang nak tahu bukan saja nafkah je yg dia abaikan..kalau kumpulkan 20 org budak dalam satu bilik masukan anak dia sekalai dlm tu pun,,,,sure dia sampai mati pun dia tak kenal..korang bayangkanlah BAPAK jenis apa ini…

    14. comelz kata:

      kebenaran tetap akan muncul….cuma kadang-kadang terkilan ngan ac..coz dia sentiasa sebut anak dia 2 org je(merujuk kpd perkahwinan nagn emilia)alasan yg paling tak munasabah coz nk jaga hati bini dia…hati anak?patutnya bini paham coz dia pun kawin ngan bekas laki org so dia kena terima kalau ac kata anak 4…lagi pun peminat pun tau…so nasihat untuk ac..sebagai seorg bapa nafkah je tak cukup…kadang2 anak happy bila ayah mereka sebut nama mereka…tanda ingat…bkn ingat bapa diaorg just sygkn bini baru and anak baru…sekurang2nya tak adalah yang dapat meracuni fikiran anak2 tu,bila bapa dia tetap iktiraf anaknya dengan menyebut memiliki 4 org anak,bukan mcm selalu 2 org anak….fikir2kn lah

    15. tinie kata:

      Entah apa bangsa ac ni, belagak kaye tp anak sendiri tak tahu kat mana?cari @ tak pernah cari anak2 tinggal kat mana? besar sangat ke malaysia ni?

    16. Honeybee kata:

      Soo… da settle lum? Agaknya sbb nafkah anak2 le kut yg NH ‘liat’ nk brcerai dgn Abby.. x nk brtanggungjwb ..

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK