Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Abby Abadi Mengamuk



Nampaknya semakin panas kisah keretakan rumahtangga antara dua orang dramatis popular ini. Boleh dikatakan semua suratkhabar dan media begitu fokus dengan memaparkan berita Abby Abadi dan Norman Hakim. Budiey harap tragedi sebegini dijadikan iktibar untuk kita semua, bukan sebagai setakat pandai melontar komen dan menyalahkan mana-mana pihak.

Ini pula petikan Harian Metro semalam:

Isteri Norman Hakim, Abby Abadi berang apabila suaminya dikatakan cuba mempertahankan kebaikan Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, hingga menimbulkan suasana tegang di lokasi penggambaran drama Gerak Khas berhampiran Carrefour Wangsa Maju di sini, tengah hari semalam.

Ketika sekumpulan wartawan menemubual Norman, 32, mengenai masalah rumah tangganya di situ, Abby tiba-tiba mencelah untuk mendapatkan kepastian daripada suaminya kenapa dia masih menyebelahi Memey.

Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 30, nekad bertanyakan soalan itu di depan wartawan kerana dakwanya sejak kes khalwat itu pada 30 Oktober lalu, Norman langsung tidak mahu berjumpa, malah panggilan telefon pun tidak dijawab.

Pelakon terkenal itu bergegas ke lokasi drama berunsur kepolisan berkenaan bersama sekumpulan wartawan media cetak dan elektronik selepas gagal membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Hulu Klang, semalam.

Dia tidak dapat berbuat demikian kerana dinasihatkan pihak mahkamah supaya mengemukakan beberapa dokumen yang didakwanya berada dalam simpanan Norman termasuk surat rujuk perceraian mereka pada Mei 2006.

Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, yang berada dalam jip hitam untuk menjalani penggambaran kelihatan tergamam melihat kedatangan Abby dan wartawan.

Dia yang ketika itu menyarung pakaian seragam polis berpangkat Inspektor kemudian menukar baju dengan memakai kemeja-T berwarna merah samar.

Wartawan dapat menyaksikan Abby yang menanti di tepi jip terus menghulurkan borang perceraian yang dibawa dari mahkamah.

Walaupun Norman kelihatan agak kebingungan, dia sudah mengetahui hasrat Abby yang minta ‘dilepaskan’ dengan cara baik.

Ini kerana Abby ada mengirimkan SMS kepada Norman mengenai hal itu sebelum bertolak ke mahkamah.

Norman yang seakan terkedu dan sebak dilihat berjalan ke satu sudut jauh dari wartawan sambil membawa borang perceraian ditunjukkan Abby. Beberapa minit kemudian Abby menyusul suaminya.

Pada waktu itu, wartawan memberi ruang kepada mereka untuk berbincang dan hampir 45 minit kemudian Norman kembali menemui wartawan dengan wajah muram yang berselindung di sebalik kaca mata hitam sambil Abby mengikutnya dari belakang.

Dengan linangan air mata, Norman berkata, dia boleh memberikan kerjasama terhadap tuntutan Abby, tetapi dia memerlukan kehadiran orang ketiga iaitu Memey.

Dalam keadaan sekarang, katanya, dia perlu menjaga hati ramai pihak, termasuk orang tua Memey selain Abby masih isterinya.

“Memey itu naif kerana dia masih baru dalam bidang ini (seni)…jadi saya perlu bantu dia. Saya juga tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan kerana dia ada emak bapa,” katanya.

Kenyataan Norman itu benar-benar mencetuskan kemarahan Abby lalu berkata: “Habis, saya siapa nak bantu. Kenapa abang asyik mempertahankan Memey. Jika bercerita pasal Memey abang bukan main lagi beritahu orang yang Memey tidak pandai itu dan ini.

“Jika abang mahu menjaga hati orang tua Memey, habis saya ini tak ada emak bapa. Saya ini masih isteri abang.

“Apa lebihnya dia daripada saya. Buruk sangat ke saya ini. Ceraikan saya sekarang juga,” katanya terkilan dengan sikap Norman.

Mengelakkan keadaan lebih buruk, beberapa wartawan wanita yang menjadi saksi kejadian itu cuba mententeramkannya.

Apatah lagi, penggambaran drama itu dilakukan di tepi jalan raya yang menjadi perhatian orang lalu-lalang.

Norman yang dalam keadaan sugul memandang wajah isterinya. Kelihatan seperti dia mahu memperkatakan sesuatu kepada Abby tetapi terhenti begitu saja.

“Saya tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan,” kata Norman.

Wartawan cuba meredakan keadaan dengan meminta Abby bertenang.

Akhirnya Abby beredar menuju ke keretanya yang terletak di seberang jalan.

Selepas hampir dua jam tergendala, penggambaran drama itu terpaksa dihentikan walaupun menurut pengarahnya, Majid Salleh, ia sepatutnya berlanjutan sehingga ke malam.

Penerbit Skop Productions, Datuk Yusof Haslam juga muncul di lokasi selepas dihubungi kru drama itu mengenai keadaan berkenaan.

Hasil perkongsian hidup mereka, Abby dan Norman dikurniakan tiga anak, Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, lebih sebulan.

Tags: , ,

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Abby Abadi dan Norman Hakim Hantar Anak Sekolah
  • Quotes of The Day: Salah Saya Ke? – Abby Abadi
  • ABBY ABADI TIDAK PERNAH MABUK MINUM ARAK
  • Biodata Farahdhiya
  • Quotes of the Day: Haliza Misbun Kecewa Dengan Abby Abadi
  • M. Subash Mengamuk Di Lokasi Pengambaran Filem Syirik
  • Gossip Tergempar: Norman Hakim dan Memey Ditangkap Basah?
  • Gambar Imej Baru Norman Hakim Botak Macam Mawi
  • Abby Failkan Tuntutan Cerai Kali Kedua
  • Tragedi Mas Stress & Mengamuk di Balai Polis Ampang



    • bunge_tulip

      kesian kt abby! bodoh pnye norman hakim! setan pnye memey! kurang ajar la c memey tu. xmalu ke? dlu mmg aku ske tgk memey blakon. tp pas die buat pasal ni jgn hrp la aku nk tgk lagi drama yg die blakon. citer farah syakira pn aku dh xtgk lagi sb ade muke c norman yg bodoh n c memey yg setan. to abby, rmai yg bersimpati dgn nasib awk… awk dh bertarung nyawa utk melahirkn zuriat die, tp c bdoh tu pegi menyundal dgn betine gatal tu. to memey, igt skit ape yg kamu buat tu sume ade balasannye kelak. klau bkn balasan pd awk, mungkin balasan pd anak2 awk nnti. tggu je la pembalasannye. to norman, aku benci spesis jntan kebulur mcm kau!

    • http://www.budiey.com azahRossi8381

      TERUSKAN PERTAHANKAN HAK KITA SEBAGAI KAUM HAWA…..
      HIDUP WANITA!!!!!!
      KITA MAMPU BERDIRI DIATAS KAKI SENDIRI……

    • tukanG_TeLek

      DULU SITI, SEKARANG MEMEI…APA NAK JADI DENGAN ARTIS KITA NIH…

    • Bunga Rose

      Ntanlah. Lelaki ni bini punya cantik camtu pun nak jugak yg lain. Ape2 pun Abby jaga anak2. Insyaallah, kalau you sabar akhirnya kebahagian itu milik you.

    • miss comel

      memey 2 betul2 gatal tadek laki lain ke dier nak kebas ke!! laki abby 2 jugak!nanti orang rampas laki dier macam mana . norman 2 anak dah banyak tapi tunjuk teladan yg tak baik kat anak dier! apa punya bapak la..

    • kita

      aku xnak ckp psl yg bedua ekor tuh… , yg penting skrg hati abby yg dah sedia sakit tu perlu dijaga, kpd abby…, lbhkan solat sunat tahajjud waktu malam, baca Quran, layani kerenah anak2 yg msh memerlukan ksh syg abby, pada masa yg sama teruskan niat abby utk berpisah dgn suami yg dah tak boleh dipanggil suami tuh…..aku dan rakyat Malaysia sentiasa menyokong abby……

    • hudson

      aku pun penah lalui semua nei,p alhamdulillah husband aku 2 da ok.bg abby,aku harap dapat lalui semua nie.

    • risyaWIDYA

      aku benci nh ngan memey!!!! mgkuk 2 ekor tuh mmg tak patot di bg mke pun…. kcian kt kak abby… bodoh nyer nh!!!! dpt wife yg santek, baek, senang ckp lgkp ar… ade ati ag nk cri betine laen…. mmg bodoh lg tolol la jntan tuh… si memey pun satu!!! muke da ar tak santek… da desperate sgt ker smpi laki org pun ko nk kebas… tak pikir mak bapak agak nyer betina neh… da name duk felda… mmg ar perangai pun mcm cie…. wat malu kaum jer ar ko ni memey!!!!! ko wat kt abby cm ni… nti ko tao ar naseb ko cm ne lak…. stiap perbuatan kite mst ade blsn nyer… so ko tggu jer la yer betine sial…. mmg tak aman la idop ko nti…

    • atas pagar

      mula2 bincang.. pendapat.. lama2 dh lain la plak jdnye..
      cm saje nk dpt dosa free atas org lain je..
      Skadar mengingatkn buat yg trlupa..
      CADANGAN D TUTUP..!!

    • terlupa

      norman hakim botak
      memey indon

    • http://www.yahoo.com Mrs. Ary

      memey, pasai pa hang duk nyorok? sampai ke hari ni langsung takdak statement dari hang? dah setiap ahad malam, dok muka dia jaa yg keluaq kat tv2…baru-baru ni baca kat warta perdana, mak memey lagi bela. biasa la, dah anak sendiri, mesti nak bela. tapi mak dia tak sedaq yg anak dia dah ‘ceroboh’ masjid orang. patutnya mak dia kena bantah hubungan dia dengan norman, ni tak, lagi tak kisah kalau norman ditakdirkan jadi menantu dia. makcik, kalau suami makcik buat lagu tu, makcik sokong ka org pihak ketiga? takdak perasaan kaa…? tepuk dada tanya selera!

    • tweety

      Khas buat Kak Abby yg dsygi, diharap banykkn berdoa semoga apa yang dilalui ada hikmahnya.. memang kita hanya memandang dan mendengar tetapi Kak Abby yang berat menanggungnya.. walau apa pun saya tetap menyokong kak abby… Biarlah abby dan anak2 happy… norman nak kawin dgn memey lantak lah janji kak abby tidak menderita dgn kelakuan norman… dah puas kak abby bersabar dan memberi peluang pada norman untuk insaf p masih jua tak sedar… Norman hanya beralasan tetap mempertahankan perkahwinan kerana anak2 tetapi mengapa sampai terjadi perkara sebegini…

      Tahap kesabaran abby dah sampai… Isteri mana yang sanggup apabila suami asyik mempertahankan perempuan lain…. sepatutnya norman lebih mempertahankan isteri daripada memey KERANA ABBY yang dahulu bersama ketika susah dan senang tetapi mengapa mempersoalkan keluarga memey?????.. sedangkan abby mempunyai keluarga……

      Kak Abby, Saya tetap menyokong kak abby..

    • http://www.yahoo.com Mrs. Ary

      norman hakim, hang sedaq diri la sket, anak hang dah 3, buat contoh baik sket. tak faham betui la, pasai pa dok pertahankan budah mentah cam memey tu…umuq 20thn tu kategori budak lagi, tau main hentam jaa…darah panas, kan…

    • http://yahoo org yg prihatin

      apa punya suami.dah ada isteri.pertahankan org lain pulak.mcm si Memey tu cantik sangat

    • fiza

      hai abb sabar ye…. ini la digaan …namenye…

      wat norman….
      apela….. watak punye baik… kat dlm tv perangai macam setan….
      aku ingat leh la jadi contoh kat budak budak zaman sekarang…
      tapi hampeh…. jgn la wat keje gila nie ok…
      ape22 pun tahniah cos dah sakitkan hati isteri yg hang cintai….

    • jerakung

      buat malu kat orang je kecoh kecoh hal rumah tanga sendiri abby kalau pandai jaga laki kau mesti dia x buat hal punya,kau tanyala diri kau dulu kenapa laki aku x balik umah,jangan salahkan sebelah pihak je aku salod kat norman dia x kecoh pun cool je x cepat melatah cam kau *pada firasat aku kalau isteri yang baik dia tidak akan mengaibkan suaminya sendiri di depan orang*cermin lah diri kau dulu……..

    • SPONTAN

      HAI,,SYE SOKONG KAK ABBY AG,,maruah diri biar terjage,jangan macm memey yang pg tala kat laki owang je..murah sgguh pmpuan memey nie,,NH pun tak reti nk sabaq ker,,NH sambutlah dan pujuklah isterimu dengan hati terbuke,,yg lepas2 sudahler,lupakan yang lain,,ingtlah kenangan manismu bersama abby,,baru kamu tahu sapa yang betul bersamamu dalam perjungan kamu NH.MEMANG BNYAK RANJAU,,pompuan memey tu suke ler ko n abby bercerai,,so jgn bg owang len kaco hdup ko n abby,pertahankan umahtangga ko lebih dari segalanya,,takyah la memey ko dok nyorok,,salah tetap salah,,ko tu mintak maaf kt abby same n blah pg jauh cari mat salleh ker,,mat salleh takpela kalo ko nak men2 pun..so

      kak abby sy setuju ngan kak dlm apapun but u must amik pengajaran ngan aper yg terjadi supaye lebih kuat untuk hadapi mase depan yg lebih challengin,,go2 kak abby

    • SPONTAN

      perjuangan kak abby pertahankan hak mesti go on,,u must CABAR memey tu berani tak besemuka dengan ko n media,,memey tu pun dengar sgt CKP NH tak yah kuaq beri komen,,mane maruah ko memey,,tak reti nak jaga diri sendiri,,dok p dengar ckp NH yg blum tentu nak kwin ngan ko,,NH tak pun dengar ckp abby tambah ag nak dengaq ckp ko,,
      memey ko bkn istero owang nak dok dngar cakp norman,,ko pompuan kena pk la masa depan ki masih pnjang ag nak success,cube ko ckp kt media ko tak kwin ngan NH,iar NH jage family die,,bru le aman semua nie..ko bayar le duit ko kene tangkap tue ,NH pun byr duit tue n ko pk la memey tu just piece of meat

      abby is segalanya baru betul,,kalo NH dah bwt solat semua tue n usaha bebaik ngan abby n face to face u can settle with abby,,NH come on la pk family dari evrything,,tak mustahil ko bleh kukuhkan umahtangga ko,,memey tu ujian kaco daun umahtangga ko dari Tuhan jer,,

      ko bincang le ngan abby ,,tataplah muka abby dengan ikhlas,ko akan nampak masa dpan ko besama abby,bnyak pk kenangan manis besame abby dari awal pekenalan smpai ke ari ni,,hdup ko pun tak lame dh 30 pun

      memey tu 20 lg ,,ko mati die amik harte ko ajela,,selalu tejadi,,die kalo ikhlas ngan ko n nk jd bini ko ,mesti die bemaafan ngan abby,,tp pk lah abby,,nafsu tak ke maner,,sampai satu tahap ko bowing nagn memey tu gak,,bek ko setia ngan abby yg dh pasti hdup besama ko smpai akhir hayat,,

      pklah kalo ko tempang ke NH,memey tu nak ke kat aku kalo ko xcident ke ape,,jgn haraplah die bleh sabaq layan ko,,bini ko yg ko maki tu le yg nak jage ko,,pakai makn ko bini ko abby yg jage,,abby jer yg sesuai ngan ko coz die dh lalui mcm2 karenah ko NH,ko pk lah,,cacat ko maka memey pun cepatlah lari dari ko,,oklah itu yer

    • Suria

      cili cili kan mulut si Norman tu! amboi pandai pulak memek ek..sorry I mean memey tu menyorok. Umur baru 20tahun dah nak kawin ke? Lepas kan lah laki org tu..kau cari jantan lain ler. Mak dia pun tak kan suka kot anak jadi pencuri!

    • bonda304

      NH nih mmg tak tau bersyukur!

    • http://www.zoom.a.com Colgate’s

      cian k abby,da la bru pas branak,hish x patut tul la noman tu wat k abby cam tu

    • jerankung

      BERITA TERKINI

      norman ngan abby tidak jadi bercerai
      norman dah blk rumah ,abby sudah maafkan norman dan abby juga
      sangup menerima memey sebagai madu dan bercadang untuk membeli rumah yg lebih besar kerana ingin duduk bersama madunya…. untung norman….NORMAN x KISAH

    • rose_aidawatiez

      Eh…Jerankung ni….beriya2 wat iklan dlm ruangan ni… klu berbini la Jrankung ni sah2 tido kat luar..ataupun da abihh kena potong ANUnye…

    • jerankung

      potong da potong da kahwin je lum, ingatkan ada harapan ngan abby
      2 tapi xsempatla pulak zul da ambil .
      ngan rose lehhhh ke sumpah i bukan suami org dan bukan duda
      kalau memey dia x kisah sangat ngan rose ni kena tanya dulu…he he he

    • rose_aidawatiez

      Aikk…ko tu kan perogol besiri Jerankung..sepupu kepada NH n abg angkat kpd memey momok..hari tu bkan main lg duk puji2 momok..mereka wat salah,dosa pow ko backing..share jer ngan NH tu..abihh cete..

    • jerankung

      kau ni cam tahu je aku ni sepupu dia, akula sedara islam dia
      aku lelaki aku faham perasaan dia, mana ada manusia x wat silap
      x kan lan ngan kesilapan 2 nak hukum dia cam 2…..kalau aku perogol kau
      apa rose…. kau syaitan bertopengkan manusia, yg merdoakan keruntuhan rumah tangga org apa yg kau dpt….DOSAAAAAAAAAAAAA

    • http://google mak lampir

      salam,sbgai laki norman hakim x patut wat abby mcm 2…ak rse norman dah xde akal sihat coz dah ade anak pun masih lagi nak cri betina lain…abby 2 dah ckup baik pe,pe agaknye slh abby kt norman..mgkin skrng norman ske ar dah cerai ngan abby tpi xtaw ar NANTI..,ak hrap norman dpt blsan setimpal ngan pe yang dibuat..,wat memey plak,,ko 2 sdar dri ar skit ko taw kan yang norman dah khwin asal ko nak mggatal ag..tk mlu ea ko nie..law cantik xpe jgk..mke mcm berok,,ak hrap t ko khwin ngan sape2 ko akan rse mcm ne abby rse…tp ak hrap2 lbih terok…ak pun bkn bek sangat skurang2nya ak xlah rampas SUAMI ORANG..memey ko kan pmpuan knpe ko sanggup wat abby mcm 2 ar..ko ngan norman xde sifat kmanusiaan btul..ak harap korang ber2 bertaubat ea..k wassalamn

    • gurlz

      i x tau nak komen pe….
      perkara cmnie dah biase berlaku dlm dunia artis…
      i x phm why sesetngah people cannot loyal wit their couple…
      i ingat dulu norman n abby xde mslah, bhgie cam org laen..
      tapi, bile dah jadi cmnie, baru i tau perangai sebenar norman…
      wat abby, just close yourself to Allah n ask Him for ur happiness in ur life n ur child..

    • http://www.yahoo.com.my rock steady

      assalamualaikum w.bt. dan salam sejahtera….suatu ikatan perkahwinan e2 suci…..dan tak perlu memburukkan satu sama lain sekiranya tiada persefahaman di antara satu sama lain…kalo memey baru2 ini mengatakan norman seoarang lelaki yang take care, berwawasan, baik, dan bertanggungjwb….jadi di mana tanggungjawab norman terhadap abby…di mana perginya penjagaannya norman dan nafkah tyerhadap bini n ank2…. nauzubillah….kejam sungguh norman…inikah lelaki yang memey kate baik n berwawasan…terok betoi…memey sampai hati kate abby perlu bersabar hidup ini umpama roda..ari nie kite di atas dan esok lusa plak kite dibwah… tetapi yang buat dan merosakkannye siapa…tak ker norman n memey sendiri.. pandai bagi nasihat kat org tapi disendiri tak betoi…semua yang terjadi bleh dielak sekiranya memey berfikir….menggunakan akal dan fikiran dengan betoi….ingatlah…walaupun macam mana pun norman tu laki orang..jd utk mengelakkan dari org berkate2 jauhkan diri…bukan tidak boleh berkawan dengan artis sesama sendiri tapi berpada2lah dan ada hadnya…norman tu laki orng…kan tak manis sampai ke pagi bersama2nya….kalo banyak koje pun ada byk cara lain..tak perlu berdua2an…..bila dah kene tangkap baru nak bagi alasan yang bukan2 n tak bleh diterima langsung..memey..memey…napela ko nie bodoh sangat…kalo betoi ko tak salah…udah2…la…jangan nak gatai2 kate kalo ader jodoh nak buat macam mane….kalo betol niat tu betoi…tak ader niat nak meruntuhkan rumahtangga org..bukitikan……jangan nak kawin ngan norman. jage maruah n harga diri tu skit….

    • EmMa_FUAD

      ade hikmah di sebalik kejadian ape yang berlaku d antara mereka bertiga.. jangan lah kita salahkan memey.. hanya TUhan jer yang tahu sape yang sebenarnye salah da ape yang berlaku pade malam mereka d tangkap khalwat.. sesungguhnye orang yang memburukkan keadaan yang mengalami nasib yang same..

    • nana

      c memey 2 mmg perempuan melampau…2 bkn jodoh namanya tp 100% merampas hak kak abby..xpelah kak abby, apepun kak abby dah ade 3 aset terbesar (anak2)…diaorg pun pandai menilai kak abby…biar c ayah diaorg jd sambal belacan kemudian hari…padan muka!!!!

    • shin chan

      kepada memey…. sedarlah bahawa kita sebagai anak perempuan haruslah menjaga nama baik keluarga.. lagi2 umur yg mentah mcm awk nie.. anggaplah ni satu pgajaran wat awk k.. andai kata esok awk dh kawin.. ada ank.. idup bahagia.. tiba2 ada sorg ppuan dtg mghancurkan rumahtgga awk? ingat… harta n paras rupa x leh menjamin kbahgiaan awk.. apa yy awk lakukan ini amat mmalukan kaum wanita yang mpunyai kkuatn sifatnya sbagai sorg ibu yg tabah…..

    • lesung batu

      subhanallah…. tol kata mrs. ary… norman kene pk hal ank yang sdang mbesar patutnya.. bkn hal n ppuan yg leh diaggap anak @ adk (memek) yg dperbsarkan.. memek 2 msih mentah lg.. cubalah norman igt blk janji2 manis n abby sblum kwin dlu.. mesti ada kan?? btul kan?? kan?? kannn??? elehh.. norman ni…. wat2 lupa lak.. berdosa tau sorg ayah abaikan tggjwab dia kt ank.. nanti akhirat nk jwb pe?? igt 2 norman… ksih syg 2 pntingg…. ank lg penting… x tau lak plak klu awk anggap muka memek lg penting!!!!!! waduh normann..

    • luna

      hmm.. da lame xdgr da pasal AB n NH neh.. da ok ke terus ko ke.. utk AB, life hs to gs on kan.. utk NH plak, now ure on top, soon u’l b down under.. not that luna doakan tp karma kan.. baru ni tgk gamba derang kat urtv.. rasa nyampah ada, suke pun ada.. NH n M tu ada iras2 jek.. up to u la NH.. its ur life.. luna cuma boleh mendoakan yang terbaik for u guys..

    • gadis

      sabar la abby…
      anggap xda jodoh antara korang…
      memey pun satu,mcm dah pupus jak lelaki di muka bumi ini…
      btl lah dia xtfkr norman akan crg jga di kmudian hari….
      tp apa2 hal pun sya doakan ksjhtraan abby n ank2…
      tuk norman muka jak nsem tp xsangka pula bgni prngai awk…
      buat memey…buka matamu sluas alam fana nie…bhgia dh ka dpt mhncurkan ati seorg ibu….

    • buluh

      alah…sng cerita la…laki ni dia rasa dia boleh buat sbb dia ada “batang tut” tu jer…cuba x dak..(kontot ker…cacat ker..”batangtut tut”…ker…mampuih org x mau dah..br rasa sedar diri..!!

    • Meow

      No one perfect… So remind urself to fix your own self & your own problem~



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK