Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Abby Abadi Gagal Fail Tuntutan Cerai Norman Hakim Kahwin Lain?



Abby Abadi cakap perceraian adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut gelora rumahtangganya bersama Norman Hakim. Dah tak de jalan lain dah. Kena cerai jugak.

Rentetan peristiwa hari ini:

  1. Abby menitiskan air mata ketika menemui wartawan di mahkamah.
  2. Kemudian meninggalkan kawasan mahkamah dengan dokuman,
  3. Menemui Norman di lokasi penggambaran,
  4. Menyerahkan dokumen,
  5. Pasangan Abby-Norman berjalan untuk mengadakan perbincangan 45 minit dan kedua-dua mereka berdepan dengan wartawan.

Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur sekitar pukul 11.30 pagi tadi, Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan gagal memfailkan tuntutan cerai terhadap Norman setelah dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, antaranya termasuklah alamat tempat tinggal Norman bagi memudahkan urusan surat-menyurat mahkamah.

Dalam nada sugul, Abby yang hadir seorang diri ke mahkamah itu bertemu dengan kira-kira 20 orang wartawan yang menanti pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite itu selesai mengadakan perbincangan dengan pegawai syariah yang memakan masa lebih kurang sejam.

Dengan linangan air mata, pelakon berusia 30 tahun ini menyatakan kegagalannya menuntut cerai daripada suaminya, yang mana salah satu faktor adalah disebabkan keengganan Norman memberikan kerjasama.

“Saya datang ke sini sebenarnya ingin menuntut fasakh, tetapi prosedurnya terlalu lama setelah diterangkan oleh seorang ustaz di dalam (mahkamah) tadi.

“Jadi dia cadangkan agar saya bercerai secara baik, tetapi saya gagal berbuat demikian kerana banyak maklumat saya tidak lengkapkan. Saya ada menghantar SMS kepada Norman semalam setelah dia tidak langsung menjawabpanggilan saya dan memberitahunya yang saya akan ke mahkamah hari ini. Dia membalas SMS saya dan berkata saya boleh teruskan niat saya itu,” katanya.

KES KHALWAT
Sejak kes khalwat Khamis lalu, katanya, Norman langsung tidak pulang ke rumah. “Sebab itu saya hanya mampu hantar SMS saja kepadanya. Saya tak sangka pula begitu sukar prosedur untuk menuntut perceraian ini. Saya amatharap dia (Norman) dapat bekerjasama untuk selesaikan masalah ini dengan segera,” ujar Abby.

Pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila baru-baru ini Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.

Namun, aktor berusia 32 tahun itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya kira-kira dua minggu yang lalu dan menegaskan bahawa dia tidakpulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Aidilfitri pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.

Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah pelakon baru, Memey Suhaiza.

Lebih memburukkan keadaan rumah tangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi.

PERNAH BERCERAI

Norman dan Abby sebelum ini juga pernah bercerai sekitar Mei 2006 tetapi merujuk semula seminggu kemudian. Punca perceraian mereka ketika itu juga adalah disebabkan faktor ‘orang ketiga’ yang mana penyanyi Farahdhiya dikaitkan dalam hal tersebut.

Sambil menegaskan dia sudah nekad untuk meletakkan titik noktah terhadap rumah tangganya, kata Abby, dia merasakan itu adalah jalan terbaik untuk mereka kerana berpendapat agak sukar untuk dirinya mempertahankan perkahwinan mereka.

“Sebelum insiden dia ditangkap khalwat lagi, saya sudah terdetik untuk meminta cerai. Tetapi bila keadaan sudah semakin teruk, saya tidak boleh bertahan lagi,” kata ibu kepada tiga orang cahayamata, Danish Mohamed Hakim, 5, Marisa Dania Hakim, 2, dan Maria Danisha Hakim, sebulan setengah.

‘DRAMA’ CEMASKAN’

Ditanya pula bagaimana dia akan menguruskan perceraian tersebut sedangkan pada masa yang sama Norman seolah-olah cuba menjauhkan diri daripadanya, Abby secara ringkas berkata, dia tahu di mana Norman berada ketika itu.

Sambil memberitahu lokasinya adalah di hadapan pasar raya Carrefour, Wangsa Maju kerana Norman terbabit dengan penggambaran drama bersiri Gerak Khas di situ, Abby terus nekad untuk ke lokasi terbabit.

Bersama sekumpulan wartawan, Abby tiba di lokasi itu kira-kira pukul 12 tengah hari. Ternyata kemunculan Abby bersama ‘rombongan’ wartawan ke situ mengejutkan krew produksi dan Norman sendiri.

Norman dan Abby bagaimanapun bersemuka secara aman tetapi aktor itu dilihat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja Abby menyerahkan dokumen yang perlu diisi olehnya berkenaan tuntutan cerai itu.

Pasangan itu kemudian berbincang di tempat tertutup kira-kira 45 minit sebelum Norman dan Abby tampil semula di depan media. Dalam nada tenang, Norman menjelaskan bahawa dirinya memerlukan masa untuk berfikir tentang tuntutan cerai diinginkan Abby.

Norman dengan linangan air mata turut berkata, dia seboleh mungkin masih ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.

“Kami masih berdepan dengan jalan buntu. Sekarang ini, ada dua isu sebenarnya. Pertama tentang kes khalwat itu dan saya sudah pun berbincang dengan pihak berkenaan untuk jelaskan benda ini dengan lebih telus. Jika tidak perlu bawa ke mahkamah, lagi baik. Yang keduanya ialah tentang masalah rumah tangga kami. Saya memang sedih sangat jika kami terpaksa bercerai. Apapun yang berlaku, saya telah ingatkan kepada Abby supaya anak-anak tidak menjadi mangsa atas kejahilan kami berdua yang tidak mampu bertoleransi dengan baik,” kata Norman.

NORMAN AKUI TIDAK PULANG

Dia turut akui, dirinya sudah lama tidak pulang ke rumah selepas insiden terbabit. Namun, tegasnya, dia terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan pertengkaran dengan Abby.

“Bila saya bercakap tentang Memey, dia akan kata saya cuba mempertahankannya. Dia masih naif dalam bidang ini dan dia masih ada ibu bapa untuk jaga hati mereka.

“Saya akui, saya meminta dia supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya tidak mahu masyarakat terus meletakkan spekulasi dan tuduh saya bersandiwara.

“Saya berada dalam industri hiburan dan bisnes saya bukan untuk diri saya seorang. Saya sedar tanggungjawab saya untuk jaga makan minum isteri dan anak-anak,” kata Norman lagi.

Ditanya apa hubungan sebenarnya dengan Memey, Norman hanya menjawab: “Banyak hati yang perlu saya jaga. Abby juga masih isteri saya.”

Aktor itu turut ditanya sama ada dia tahu di mana Memey berada di ketika ini. Secara ringkas Norman hanya menjawab: “Dia di pejabat.”

Mengulas pula sama ada dia akan bekerjasama dengan Abby bagi proses perceraian itu, kata Norman:

“Saya boleh bekerjasama dengan dia tapi saya tetap perlukan pihak ketiga (Memey) untuk berdepan dengan perkara ini.”

Kenyataan itu bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan hati Abby yang berada di sebelahnya sehingga menimbulkan ketegangan apabila dia turut meminta Norman menjelaskanapa hubungan sebenarnya dengan Memey.

“Kenapa you buat I macam ini? Kenapa you begitu ambil berat tentang orang lain berbanding saya?” tanya Abby yang gagal menahan marah sehingga terpaksa ditenangkan oleh wartawan.

Norman dalam keadaan tenang hanya menjawab “perkara ini tak patut dibincangkan depan orang”.

Bagaimanapun ditempelak Abby yang meluahkan perkataan “you tipu!” sehingga Norman terus berlalu dengan menyatakan “saya tak ada apa lagi untuk dikomen.”

‘Kekecohan’ itu turut membuatkan penggambaran pada hari itu terpaksa ditangguhkan.

YUSOF HASLAM TERPAKSA CAMPUR TANGAN

Kehadiran Abby dan pihak media di lokasi penggambaran drama bersiri Gerak Khas itu ternyata mengejutkan produsernya, Datuk Yusof Haslam yang akhirnya turut turun padang untuk berjumpa sendiri Abby dan Norman di lokasi itu.

“Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi kepada mereka. Selaku orang tua, saya memang ambil berat terhadap mereka. Saya sudah berkali-kali menasihati Norman… dah berbuih mulut saya. Dan semalam saya sendiri ada hubungi Abby dan minta dia bertenang.

“Saya tidak mahu bila timbulnya masalah peribadi, ia akan turut mengkucar-kacirkan produksi,” kata Yusof.

Orang kuat Skop Productions itu turut menasihati Abby agar memberi ruang kepada Norman selama seminggu untuk menenangkan fikirannya sebelum membuat keputusan tentang perceraian itu.

-sumber Mstar Online

 Budiey BlogSebelum ini pun, Abby Abadi dah terdetik dalam hatinya banyak benda negatif yang orang nampak mereka berdua tidak dapat bersama. Ramai yang cakap kat Abby, diorang dah tak sehaluan lagi. Seorang ke hulu dan seorang ke hilir. Lagi pula keadaan sudah semakin teruk dan keruh sekarang. Dan bila terjadi kes tu, Abby Abadi dah tak nampak jalan lain selain perceraian.

 Susulan itu, pada petang tadi, Abby telah menjejaki suaminya di lokasi pengambaran Gerak Khas di Wangsa Maju. Sebaik sahaja Norman menjalani shooting bersama krew produksi, dia telah ditemuramah oleh media. Ini adalah jawaban Norman kepada media berhubung masalah keluarganya.

 ”Saya sedih sangat-sangatl Kalau kita cari jalan putus untuk bercerai tapi… kita cuba berbincang. Kalau tidak takkan kejadian pertama, tak serik lagi.
 
 Bagaimana pun sewaktu Norman ditemubual. Abby Abadi datang mencelah dan berlakulah perang mulut antara mereka. Untuk meredakan keadaan, Norman beredar meninggalkan kawasan tersebut.

 Dan ini luahan hati Abby.

 ”Saya harap dapat selesaikan kes ini dengan cepat sebab saya rasa malu sangat sebab suami saya sibuk dengan perempuan. Saya tak nak tanggung lagi apa yang saya tanggung sekarang ini. Saya sudah tak nampak jalan dah. Saya rasa bukan masalah kaunseling, tapi kalau diri sendiri tak betul, macamana nak dengar cakap orang?”

Budiey ada dengar gossip yang mengatakan Norman Hakim telah pun berkahwin lain. Dengan siapa ek?

Gambar kenangan Abby Abadi dan Norman bersama anak-anak comel mereka.

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Abby Failkan Tuntutan Cerai Kali Kedua
  • Abby Abadi dan Norman Hakim Hantar Anak Sekolah
  • Gambar Imej Baru Norman Hakim Botak Macam Mawi
  • Abby Abadi Tidak Kisah Jika Norman Nak Kahwin Dengan Memey
  • Gossip Tergempar: Norman Hakim dan Memey Ditangkap Basah?
  • Eksklusif! Gambar Persandingan Norman Hakim & Nor Aliah Lee
  • Norman Hakim Dibuang Dari Drama Gerak Khas
  • Abby Abadi Mengamuk
  • Biodata Farahdhiya
  • Ibu Norman Hakim Restui Hubungan Norman & Memey



    • jacy

      Kepada akak abby diharapkan berfikirlah lagi tentang keputusan anda untuk minta cerai abg norman. demi masa depan anak-anak akak dan abg. Akak dan abang kenalah bertolak ansur, bincang baik-baik dan fikirlah masa depan anak-anak.
      Kepada abg norman diharapkan insaflah dengan perbuatan sendiri. Dah dua kali abg buat kat akak abby seperti ini. fikirlah tentang anak-anak. Apa perasaan mereka apabila besar nanti, diejek oleh kawan-kawan mereka disekolah.
      Kepada memey kamu mestilah tahu bahawa perbuatan merampas suami orang adalah dilarang di sisi agama walaupun dalam islam mengizinkan lelaki berkahwin 4. tetapi sebagai perempuan kamu kenalah faham perasaan sebagai seorang isteri yang ditinggalkan oleh suami. Apabila berkahwin kamu juga akan menerima akibat yang sama juga seperti akak abby. perjalanan dalam seni memey tidak akan kemana jua walaupun memey merampas abg norman dari akak abby. Peminat mengetahui bahawa memey hanya sekadar nak menumpang populariti abg norman sahaja. Diharap memey melupakan segala niat untuk merampas kebahagian keluarga akak abby dan abg norman yang selalu dilanda pelbagai masalah. Please……………………….please………………………….

    • zaleca

      biarla norman teruskan apa yang dia nak.harap hidup abby lagi tenang lepas dah solo ni.hilang dah satu beban.selama ni nak makan hati je dga jantan ni. abby tabah lah membesarkan anak-anak.mgkn ada hikmah dgn apa yang dah jadi.

    • biarlah rahsia

      bodo punya normn!!x sdr dah tua mc nak prmpuan lain…..ab tu pun cntk ape…than meimei prmpuan jalang n hodoh tue……
      aku ni mmg mrh sgt dgn norman nie…..ab harap dpt b’sbr!!
      sial punya norman …….ko lah manusia yg plg aku benci buat masa nie!!!!!!!
      meimei pun sama…..ish….geramnyer………….aku!!!!!!!!!!
      dulu punya main bahagia tap skarang dah retak is is is olh si norman la tow

    • gong chan

      hei norman kau x malu ke bt pkara mcm nie….. Dh lah anak kau 3 orang masih juga nak cri betina lain ke yang bagusnya dgn si memey 2 apa pula.budak yang masih berhingus mcm tu kau pilih?apa kelas………kau 2 pula memey skarang kau gembira ke dah rosakkan rumah tangga orang BAIK KAU BALIK KAMPUNG JE DARIPADA BT MUKA KUALI KAU YANG TAK TAU MALU 2 KAT SINI….dah x ada perasaan malu lagi agaknya………….HAMPEH………bull shitt………

    • zim zaza

      norman gatal memey kenja abby bait ya jaklah. memay tak tau malu, kaco rumahtangga org, i hate u………..memey. menyampah aku tengok muka kau, fikir cantik sangat kah. kentut pun bau juga. cari lah laki yg masih bujang…kalau dah gatal sangat tu cari la laki duda ka daripada kau ganggu laki org…BODOH PUNYA POMPUAN!!!!. kau memang ingat norman tu banyak duit. glamour lah muka keluar d cerita gerak khas

    • http://cutie_qeema@hotmail.com KIKAN

      FOR ABBY BAWA BERSABAR AJA..BIARKANLAH DIA.LANTAK LAH DIA.AWAK MASIH MUDA.ANAK-ANAK PEMBAWA REZEKI.SIAPA YANG SALAH AKAN DITUNJUKAN.SAYA SEBAGAI PEMINAT U.MERASA SEDIH APALAGI DENGAN U ADA BABY KECIK.ANAK-ANAK TIDAK BERDOSA.JGN DIBAWA PKIR HAL-HAL PERIBADI.MASA INI PKIRLAH TENTANG ANAK-ANAK U.K…

    • Miss

      Abby dah cerai.

      Norman ceraikan Abby talak satu
      (Sumber Berita Harian)

      KUALA LUMPUR: Pelakon, Norman Hakim sah bercerai talak satu dengan isterinya, Abby Abadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini hari ini.

      Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad mengesahkan penceraian itu antara Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, dengan Arbaeyah Abdul Manan, 31.

      Norman menangis sewaktu hendak melafazkan cerai berkenaan dan terpaksa menenangkan diri selama 40 minit.

    • Miss

      Sempat lg norman tu belakon kat mahkamah yer

    • isterisolehah

      Bagi saya, tak perlulah bersabar dengan lelaki begini. Bukan soal cantik ke tak cantik si isteri tu tapi soal nafsu dan kepentingan diri.

      Cuba bayangkan dalam keadaan baru lepas bersalin, suami tak balik rumah, tak kisah pasal isteri, adakah masih nak bersabar? Apa yg Abby buat tu bukan terburu2, perceraian adalah yg terbaik. Kalau tak bercerai, Abby makan hati, sama juga. Yg untung Norman juga.

      Setiap kali suami bagi masalah, isteri disuruh bersabar, perceraian tak elok la, kesian kat anak2 la,…..sepatutnya suami yang kena fikir semua ni. Bila dah jadi macam ni, mulalah keluar kelemahan isteri.

      Dunia, dunia….wahai wanita, suami itu adalah pinjaman, kalau tak ada suami lagi elok dari ada suami macam syaitan. Baik bercinta dengan ALLAH saja, aman dunia akhirat.

    • ina

      dua-dua pun ada salah,tak matang menangani masalah, Norman sepatutnya tahu tanggungjawab sbg suami,abby pun ada salahnya, memey lagilah salah…tu je lah

    • NORMAN HANJING

      ABBY,. BE STRONG, BE WISE, BE ALERT N 4 WHATEVER REASON DONT U SEEK ANYTHING FROM THE STUPID FUCKING ASSHOLE MEMEY IDIOT. SAYA YAKIN SATU HARI NANTI NORMAN AKAN TERIMA BALASANNYA DAN RASA APA YANG ABBY RASA SELAMA INI. UNTUK KAO SI MEMEY PEREMPUAN KEBRET TAK LAKU.. KAO TAK PAYAH LA NAK BERSELINDUNG DARI MUKA KAO YANG PRASAN, PADAHAL BURUK NAK MAMPOSS TU,, SERIUS.. AKU MEMANG BECI GILER AH TENGOK MUKA KAO. KALAO KAO TAK HIDOPP KAT DUNIA NI, LAGI AMAN AKU RASA. SATU MALAYSIA NI MENYOKONG KALAU KAO DIHUKUM SULA DENGAN BATANG CANGKUL.. BIAR KAU MATI DALAM KEADAAN HINA.

    • http://mulut-tempayan@blogspot.com BUTUH KENJAR

      alah… apa lah sangat setakat bercerai tu. dah keadaan macam tu apa plk nak kutuk2 orang. u sapa nak hukum orang. u ingat u all bagus sangat. belum tau. tu biasalah dah adat dunia. buat apa kao org nak sibuk2 kutuk orang banyak lagi kerja lain nak buat. apalah sangat kau org tu taik pun bau jugak.buat apa nak gaduh 2 kata sendiri betul.kalau tak sefahaman cerai ajelah. EKSYEN JE LEBIH. Puih…………

      HIDUP LELAKI, HIDUP LELAKI, HIDUP LELAKI

    • checky

      2la memey….miang….mcm xda lelaki len nk dia smpai suami orang pn nk kcau…jd artis cm 2 bt malukan ibu bapa…then rosakkan maruah sendiri..xda harga diri..murah



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK