in ,

Abam Bocey Benjol di Kepala Akibat Kemalangan

Pelawak berbadan montel, Abam Bocey dilaporkan telah terbabit dalam kemalangan di Batu 10, Gombak pada pagi 8 September 2015. Dalam kejadian 8 pagi, kereta Perodua Myvi milik Abam telah remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan selepas bertembung dengan kereta Proton Saga BLM dari arah bertentangan ketika beliau dalam perjalanan untuk ke lokasi pengambaran telefilem berjudul Abang Aji di Kuala Lumpur.

Pemilik nama Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan itu telah melakukan pemeriksaan doktor dan tidak ada apa yang serius berlaku, hanya kepalanya sahaja yang benjol gara-gara hentakan kuat. Abam juga akui dia sangat terkejut seketika dengan kemalangan tersebut.

Difahamkan, pemandu kereta Proton Saga BLM terbabit hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh kereta Abam.

Menurut Abam, dia tetap ke lokasi pengambaran semalam selepas doktor mengesahkan dia tidak cedera.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Linda Rafar Dicerai Suami Depan Ibu & Anak

Kembalikan Lagu Nostalgia Exist, May & Blues Gang di The Blue Jeans Concert