in , ,

Yang Aneh Bila Aaron Aziz Penyampai Radio Era FM

Sebelum menyambut Aidilfitri, pelakon kacak, Aaron Aziz disahkan bakal bergelar penyanyi apabila figura ini telah melakukan kolaborasi secara berduet dengan kumpulan Sleeq menerusi sebuah lagu berjudul Salam Semua.

Terbaru, Aaron Aiz dilaporkan bakal mengembangkan lagi bakat seninya dengan menjadi penyampai radio Era FM. Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh pengurus saluran Era FM, Nazri Noran, pagi tadi.

“Mulai Jumaat depan iaitu 14 September 2012, Aaron bakal mengendalikan segmen Doktor Cinta ditemani seorang lagi penyampai radio iaitu Shac.

Segmen selama dua jam ini akan disiarkan bermula jam 9 malam hingga 11 malam.

“Menerusi segmen ini, Aaron akan menjawab panggilan daripada peminat yang menghadapi masalah serius dalam bercinta. Segmen ini juga menggantikan segmen Dr Love,”

– Nazri Noran

Dalam pada itu, Nazri turut berkongsi perancangan Era FM pada masa akan datang. Berikut adalah program yang bakal dianjurkan Era FM tidak lama lagi.

1. Melancarkan lagu tema Era Piala Malaysia yang menggandingkan Zahid, Carleed Kaza dan Altimet.

2. Menganjurkan festival besar-besaran pada penutup Piala Malaysia 2012.

3. Menjadi radio rasmi untuk Anugerah Blockbuster

4. Mewujudkan semula Anugerah Era hasil kerjasama dengan Astro

5. Sesi jelajah bersama Warner Music

6. Radio rasmi konsert JLO

7. Radio rasmi Konsert Noah.

Aaron Aziz di ABP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ning Baizura Tarik Diri Dari Persembahan Sempena Guinness Arthur’s Day

UNIQLO Latest Fall Winter 2012 Collection