in ,

Aaron Aziz & Ombak Rindu Trending di Twitter

TAHNIAH! Aaron Aziz & Ombak Rindu Trending di Twitter

Fenomena filem Ombak Rindu makin menjadi-jadi. Sana sini, orang ramai memperkatakan tentang filem lakonan mantap dari Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarea ini. Semalam, Budiey dapati nama Aaron Aziz dan Ombak Rindu masih lagi muncul sebagai trending twitter gara-gara terlalu ramai yang tweet tentang Aaron Aziz dan Ombak Rindu. Ini menjadikan Ombak Rindu & Aaron Aziz kekal sebagai trending topic di twitter selama 6 hari berturut-turut. Tahniah.

Sehingga pagi ini, Budiey dah pun check laman twitter dan Budiey dapati Aaron Aziz dan Ombak Rindu masih lagi kekal sebagai antara trending. Tahniah!

Pasti ramai yang teruja nak tahu berapa kutipan filem Ombak Rindu setakat ini, kan? Pada hari pertama, Ombak Rindu mendapat kutipan tiket luar biasa apabila mengumpul RM750,000. Budiey dengar khabar angin, Ombak Rindu mendapat kutipan memberangsangkan pada hari Sabtu dan Ahad berikutan semua pawagam full book. Pecah panggung! Semua tiket habis dijual untuk 3 hari pertama tayangan dan jumlah kutipan menjangkau RM3juta setakat ini? Pergh! Andai benarlah khabar angin ini, tidak hairan jika filem ini akan mendapat RM8 juta untuk seluruh tempoh tayangan. Sementara itu, dalam Utusan Malaysia hari ini, kutipan dah mencapai RM4 juta dalam masa 72 jam? Pergh! Sukar untuk dipercayai, kan? Tapi itu realiti yang terjadi.

Untuk info korang, termasuk hari ini, Ombak Rindu dah pun masuk hari yang ke-5 ditayangkan di pawagam.

Aaron Aziz
Petikan dari Utusan Malaysia:

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Filem yang diadaptasi daripada novel cinta popular karya Fauziah Ashari, Ombak Rindu arahan Osman Ali berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM4 juta selepas empat hari ditayangkan. Menurut penerbit filem itu, Sharad Sharan, kutipan pada hari pertama tayangan iaitu Khamis lalu mencecah RM750,000 dan kutipan pada hari seterusnya melebihi RM1 juta sehari.

“Saya difahamkan setiap hari tiket habis dijual sehingga ada penonton merungut kerana tidak berjaya mendapatkan tiket. Justeru, saya menasihatkan agar penonton menempah awal tiket filem berkenaan secara dalam talian atau membelinya sehari lebih awal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Sharad, filem lakonan tiga artis popular iaitu Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani itu dijangka mencipta fenomena baharu dalam industri filem tempatan yang mahu melihat genre drama dan cinta kembali menguasai layar perak.

Katanya, sejak kebelakangan ini, genre seram dan aksi memikat selera penonton manakala genre lain semakin hilang bisanya.

“Melalui Ombak Rindu, saya yakin kegemilangan filem Melayu bertemakan cinta akan kembali menjadi kegilaan penonton. Diharap tarikan filem ini mampu bertahan melebihi tempoh minggu wajib tayang iaitu selama dua minggu,” katanya yang sebelum ini pernah menerbitkan filem Legenda Budak Setan lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Year-End Global Sale Across Tune Hotels Network

Pelakon Bollywood Dev Anand Meninggal Dunia