in ,

Aaron Aziz Berkolaborasi Bersama Hong Kong Tourism Board

Budiey pernah ke Hong Kong tahun lepas tapi kenangan semasa melancong kat sana masih bermain dalam fikiran. Sebelum tu dah 2 kali ke sana, tapi semuanya atas urusan kerja. Siapa yang ke sana pasti akan dapat melihat keunikan tempat yang menarik. Mungkin ada dari kita yang mengeluh, alamak ai, susahnya nak dapatkan makanan halal kat Hong Kong. Okay sekarang ini, rasanya anda tak perlu lagi risau. Tambahan pula, pada masa ini, Pameran Pelancongan MATTA FAIR sedang berlangsung dengan meriahnya di PWTC, Kuala Lumpur. Kat sana, ada pakej yang murah khusus untuk pelancong Muslim yang ingin ke Hong Kong pada musim sejuk dan luruh akan datang. Dengarnya, memang best ke Hong Kong pada musim sejuk ni.

[dropcap]K[/dropcap]husus kepada Muslim, Hong Kong Tourism Board sekarang ini menawarkan harga dan tempat menarik tanpa sebarang keraguan. Dengan adanya kerjasama yang dijalinkan bersama selebriti terkenal di Malaysia dan Singapura, Aaron Aziz, anda yang berkunjung ke Hong Kong akan dapat menikmati perjalanan yang sangat ohsem di sana. Selain makanan halal, kita juga dapat menerokai budaya unik, festival malah nak membeli belah juga memang seronoklah kat Hong Kong ni.

Tips Melancong Untuk Muslim di Hong Kong

WinterFest Festival akan berlangsung pada bulan November 2013 hingga 1 Januari 2014 di mana kita boleh melihat tradisi barat, selain itu juga menawarkan event menarik sepanjang Tahun Baru Cina yang akan diadakan pada bulan Januari hingga Februari 2014.

Muslim pula tak perlu risau tentang masalah nak cari makanan halal kat Hong Kong sebab terdapat banyak restoran halal yang diiktiraf dan disahkan oleh badan agama Islam di sana. Ada empat masjid di sekitar Hong Kong dan Kowloon.

Semasa sidang media yang diadakan di Hotel Seri Pacific, HKTB telah menjemput Imam Mr Mufti Muhammad Arshad, Imam Besar dari Hong Kong yang memberikan panduan bagaimana untuk mencari makanan halal di Hong Kong. Di Hong Kong ada 220,000 orang Islam dengan 7 juta penduduk. Masjid Kowloon adalah masjid paling besar di Hong Kong. Masjid ini terletak di tengah bandaraya di Tsim Sha Tsui dan sangat mudah untuk ke sana dengan menggunakan MTR. Tiga buah lagi Masjid Hong Kong terletak di Central, Wan Chai dan Chai Wan. Beberapa buah hotel di Hong Kong ada menyediakan makanan halal dan tak lupa ada tanda arah kiblat di dalam bilik.

Setakat ini, Aaron Aziz memang selalu pergi ke Hong Kong. Khabarnya dah 8 kali beliau ke sana bersama keluarga dan beliau pernah dijemput ke Hong Kong untuk mewakili Malaysia untuk menyertai satu program explorace Visa Go Hong Kong Super Shopper 2013 pada bulan Ramadan yang lalu. Memang best! Diberi wang dan mereka berdepan dengan segala macam cabaran dan halangan sambil melawat tempat menarik di Hong Kong.

Layari: www.facebook.comDiscoverHongKong

Melancong Ke Hong Kong Bersama Aaron Aziz Disember Ini

Untuk anda peminat Aaron Aziz kat luar sana, anda berpeluang untuk makan angin dan jalan-jalan bersama Aaron Aziz ke Hong Kong pada 17 hingga 20 Disember 2013 bersempena dengan Matta Fair yang berlangsung sekarang ini di PWTC. Anda boleh hubungi Triways untuk mendaftar dan boleh ke booth Triways di Hall 1 hari ini dan esok untuk dapatkan early bird promotions.

Pada jam 3 petang semalam, Aaron Aziz telah buat special appearance di MATTA Fair untuk bertemu peminat sekaligus menggalakkan peminatnya melancong ke Hong Kong. Semasa sesi meet & greet, Aaron Aziz telah berkongsi pengalamannya melancong di Hong Kong. Pastinya, banyak pengalaman berharga yang dikongsikan dengan peminat sebab Aaron Aziz dah 8 kali melancong ke pulau besar itu.

Aaron Aziz Hong Kong

Aaron Aziz Hong Kong

Aaron Aziz Hong Kong

Aaron Aziz Hong Kong

Aaron Aziz Hong Kong

Aaron Aziz Hong Kong

Aaron Aziz Hong Kong

Aaron Aziz Hong Kong

Aaron Aziz Hong Kong

Aaron Aziz Hong Kong

Aaron Aziz Hong Kong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Audition K-Pop Star Hunt Season 3

Gambar Nabila Huda & Anak Kemalangan Jalan Raya