in , ,

Aaron Aziz Bergabung Dengan Fazura & Luna Maya dalam Filem Tembus

Semalam, Budiey telah menerima perkhabaran dari EXCELLENT PICTURES di mana syarikat penerbitan filem ini telah mengumumkan akan memulakan pengambaran filem ke 14 terbitannya iaitu TEMBUS pada Sabtu, 24 Ogos, yang akan menjalani pengambaran di sekitar Kuala Lumpur. Filem ini dijangka akan menemui penonton pada pertengahan tahun 2014.

[pullquote align=”right”]Excellent Pictures juga turut mengumumkan pengambaran filem arahan Ahmad Idham ini akan dibintangi oleh Aaron Aziz, Fazura juga Luna Maya.[/pullquote]

Diarahkan oleh AHMAD IDHAM (LARI, CINDERELLA, MAEL LAMBONG) manakala skrip dihasilkan oleh SITI JASMINA, akan melalui proses pengambaran secara digital sepenuhnya. Ianya memaparkan kisah pasangan suami isteri berkerjaya dan cukup berjaya dalam hidup mereka, namun, semuanya berubah apabila anak tunggal kesayangan mereka hilang. Sepanjang mencari jawapan mengenai kehilangan anak mereka, kebenaran semakin terbongkar.

TEMBUS dibintangi barisan pelakon popular dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia iaitu AARON AZIZ (LARI, OMBAK RINDU), FAZURA (GOL & GINCU, KAYANGAN, PISAU CUKUR), LUNA MAYA (HI5TERIA, MY BLACKBERRY GIRLFRIEND), MIA SARA (PAPA I LOVE YOU, SEKALI LAGI), KHIR RAHMAN (ROCK OOO, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA, LEMAK KAMPUNG SANTAN), dan EIZLAN YUSUF (PISAU CUKUR, PILOT CAFÉ)

AZLAN SHAH JAFFRIL dan AHMAD IDHAM selaku penerbit, manakala MOHD KASTURI selaku penerbit eksekutif juga ROZNIZA ZAINAL selaku penerbit penyelaras.

Tenaga produksi dan kreatif di sebalik filem ini ialah KHALID NADZRI dan ROSLI TAIB selaku pembantu pengarah, AHMAD NIZAR sebagai pengarah fotografi, pengarah seni pula ialah HASNOR MUSA, manakala tatarias oleh JAMAL MOHD dan penyelaras busana oleh AZHAM ABDUL AZIZ dan kesinambungan oleh NUR DIANA ARSHAD dan grafik oleh KHAIRIL AZREEN, pengurus produksi ialah NAQUIB IDRIS.

Nur Fazura LUX

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuhaimi Baba Minta Media Pembangkang Tak Buat Provokasi

Video CNBLUE di Press Conference Samsung Blue Moon World Tour