in

Aada Zara Peserta Pertama Tersingkir Pentas Pilih Kasih

AADA ZARA ARTIS PK PERTAMA TERSINGKIR DR PENTAS PILIH KASIH

‘Minggu penyingkiran itu pasti!’. Pentas minggu ketiga menyaksikan Aada Zara meninggalkan Pilih Kasih. Menurut Rosyam Nor, “Saya memilih Aada atas faktor undian. Dia punya bakat, namun saya terpaksa membuat keputusan untuk menyingkir satu dari tiga terendah. Saya juga yakin dengan kemampuan Aada Zara dan mendoakan kejayaan beliau di luar sana.” Aada Zara si kecil cili padi akur dengan keputusan Rosyam Nor lantas meninggalkan Pentas serta rakan-rakan seperjuangannya. Tiada lagi laungan ‘kecil-kecil cili pagi, hebat kot!” di Pentas Pilih Kasih minggu hadapan.

Pilih Kasih 3

Debaran akan terus melanda 15 artis Pilih Kasih. Masing-masing perlu berusaha gigih bagi memantapkan persembahan mereka untuk memikat bukan sahaja hati Prof Madya Dr Abu Hassan, Seniwati Fauziah Nawi, Rosyam Nor, Umie Aida serta Erra Fazira malah juga hati pengundi-pengundi.

Sambutan penonton di Auditorium pada minggu ini juga amat mengalakkan. Pembukaan dimulakan dengan gabungan lagu moden dan dangdut menghangatkan suasana. Untuk tugasan monolog sekali lagi Naqia Nasution, Airil Reffa, Miza Azura dan Yizee Ariff mendapat kritikan bukan sahaja dari Dr Abu Hasan malah juga dari Seniwati Fauziah Nawi. “lakonan awak ibarat biskut kosong yang tak ada isi dan rasa” antara komen pedas Dr Abu Hasan kepada Airil Reffa. Namun begitu jika dilihat kepada pencapaian meraka untuk tiga minggu pertama, ia boleh dikata membanggakan. Terdapat peningkatan dari segi penghayatan, penguasaan pentas dan expresi wajah.

Jika minggu lepas, monolog hasil karya Hamzah Tahir mempromosikan TM sebagai penaja utama Pilih Kasih, tetapi lain pula minggu ini. Hamzah Tahir mempromosikan pula Rapid KL iaitu penaja pengangkutan Pilih Kasih musim ini.

Walaupun dikritik teruk sewaktu monolog, namun itu tidak memberi halangan untuk mereka terus beraksi dalam teater Puteri Gunung Sengkuang. Teater komedi ini berjaya menghiburkan penonton dengan pelbagai kemunculan dan oenampilan yang tidak disangka-sangka. Ai Iqmal muncul sebagai monyet manakala Hakim Yazid pula sebagai keldai Putera Kobis lakunan Fareth Agang.

Kostum serta props yang menarik ditambah lagi dengan gerak tari yang mantap menghebatkan teater ini.

Bagaimana pula kesinambungan Konspirasi Cinta tanpa Aada Zara?. Nantikan Pentas Pilih Kasih minggu hadapan.

Pilih Kasih 3

Pilih Kasih 3

Pilih Kasih 3

Pilih Kasih 3

Pilih Kasih 3

Pilih Kasih 3

Pilih Kasih 3

Pilih Kasih 3

Pilih Kasih 3

Pilih Kasih 3

Pilih Kasih 3

Pilih Kasih 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ASTRO Siar Dokumentari Walimatul Urus Yusri KRU dan Lisa Surihani

Ulasan Konsert Muzik Festival Melayu Singapura