in

A Tribute Clash Of The Band

ALBUM / KOMPILASI  : A TRIBUTE – CLASH OF THE BAND VOL.1, VOL.2 & VOL.3.
ARTIS : HANDY BLACK, HELTER SKELTER, TZ, TRASHED, LAST MINUTE, VARNA, EAZY, LES MAYOR, KRAX & STEELFINGERS.

Dari dahulu hinggalah ke saat ini, perjuangan untuk mengenengahkan kumpulan-kumpulan rock tempatan memang tidak pernah pudar walaupun dalam situasi ekonomi mahupun industri muzik yang kian merundum ini. Ini kerana keyakinan terhadap mereka tidak pernah pudar seiring dengan falsafah “rockers” bahawa “ROCK NEVER DIE”.

Namun begitu tidak dinafikan tanpa adanya perintis kepada perjuangan kumpulan-kumpulan rock dahulu manakan boleh adanya yang sekarang ini. Yang dahulu menjadi ikon dan idola kepada yang baru. Dahulu, wujudnya siri-siri pertandingan untuk nyanyian kumpulan-kumpulan rock sebagai landasan pertama kepada mereka untuk terus mengorak langkah, salah satu yang berjaya adalah CLASH OF THE BAND. Baiknya dari siri-siri pertandingan yang seumpama ini adanya  pula pemilihan terhadap kumpulan-kumpulan yang berjaya di dalam pertandingan tersebut untuk dirakamkan ke dalam satu album atau kompilasi.

Ini sedikit sebanyak menjadi landasan kedua kepada kumpulan-kumpulan tersebut untuk terus mengorak langkah.

Kompilasi, A TRIBUTE – CLASH OF THE BAND VOL.1, VOL.2 & VOL.3 adalah salah satu usaha LIFE RECORDS untuk mengembalikan semula semangat kumpulan-kumpulan baru  untuk terus berjuang. Ianya juga merupakan ‘revival’ kepada peminat-peminat genre muzik rock khususnya “rock kapak”.

Walaupun diterbitkan semula, kompilasi ini tetap dijaga kualiti asalnya. Kelebihannya pula adalah ianya diterbitkan 3 volume sekali dalam satu album dengan harga yang cukup berpatutan agar mudah dimiliki peminatnya. Yang paling penting formatnya telah dinaik tarafkan daripada kaset ke cakera padat agar kandungan album ini dapat disimpan lama.

Sejarahnya, CLASH OF THE BAND Vol.1 telah diterbitkan pada tahun 1987 yang telah mengenengahkan 5 kumpulan rock ketika itu. HANDY BLACK, HELTER SKELTER, TRASHED, TZ, dan LAST MINUTE adalah kumpulan yang telah terpilih untuk dirakamkan kedalam album vol.1 ini. Pemilihan bukannya secara rawak tetapi berdasarkan komitmen, pengalaman, keikhlasan dan tenaga mereka ketika beraksi di pentas sewaktu menyertai siri-siri awal pertandingan.

Tahun 1987 juga menyaksikan lahirnya vol.2 album ini yang mengenengahkan pula HELTER SKELTER dan LAST MINUTE sahaja. Vol.2 ini merupakan kesinambungan sebagai landasan ketiga kepada kumpulan yang mendapat perhatian peminat ketika itu. HELTER SKELTER dan LAST MINUTE menyampaikan 5 buah lagu tiap kumpulan di dalam album vol.2 ini. Ada juga kumpulan dari vol.1 yang mengorak langkah sendiri dan terus berjaya seperti kumpulan HANDY BLACK. Ini kerana 4 dari 5 buah kumpulan yang terlibat di dalam vol.1 adalah berasal dari Singapura manakala HANDY BLACK pula  berasal dari JOHOR BAHRU.

Masing-masing ketika itu mempunyai peminat-peminat fanatik tersendiri. HANDY BLACK lebih mendapat perhatian di semenanjung Malaysia, itulah asasnya, dan telah terbukti ianya berjaya kepada mereka. Ketika itu HANDY BLACK cukup popular dengan lagu ‘slow rock’ mereka yang berjudul KETENANGAN, manakala HELTER SKELTER pula popular dengan lagu yang berjudul TIADA LAGI AIRMATA.

Atas keyakinan yang telah diberikan oleh pihak syarikat rakaman Life Records, saudara JOE SALIM , penerbit album ini terus mengorak langkah setapak lagi. Hasilnya tahun 1989, selepas setahun menghabiskan  urusan promosi dan pemasaran untuk vol.2, CLASH OF THE BAND VOL.3 telah menemui pasaran dan peminat muzik rock ketika itu.

KRAX, STEELFINGERS, LES MAYOR, EAZY, dan VARNA adalah kumpulan yang terpilih untuk disatukan di dalam vol.3 ini. Vol.3 ini adalah penutup kepada siri pertandingan juga album CLASH OF THE BAND. Namun dari pengalaman yang telah disaksikan, bagi kami di pihak syarikat rakaman Life Records berfikiran ianya harus dibuka semula untuk menjadi landasan kepada kumpulan-kumpulan baru ketika ini.

Rasanya, masih ramai yang tercari -cari semula siri -siri album ini. Bagi pihak Life Records pula yakin, cukup berbaloi untuk ianya dimiliki oleh peminat-peminat muzik rock Malaysia ketika ini kerana ianya cukup berharga dan punyai nilai yang tidak mampu untuk dibayar. Sebuah koleksi yang sepatunya berada di rak muzik anda!!.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fara Fauzana, Tengku Tiara di Promosi Drama Gadis Cuci

Gambar Kekasih dan Bakal Tunang Lan Meet Uncle Hussain