in

A Millionaire’s First Love, The Lion Roars, Love Is Love di 8TV

FILEM-FILEM MALAM SABTU YANG HANGAT!
Hari Sabtu Anda Tidak Akan Menjadi Sama Lagi…

Tiada tempat yang sesuai lagi untuk melepak dengan rakan anda? Berasa bosan dengan tempat melepak dan membuat perkara yang sama sahaja? Jangan risau, 8TV mempunyai penyelesaian kepada dilema anda kerana 8TV akan membawakan pelbagai filem yang hebat kepada anda!

Malam sabtu merupakan masa yang paling saya gemari kerana ia merupakan satu hari yang memboleh saya merehatkan diri di atas sofa dan menonton program kegemaran saya. Ia mungkin aktiviti yang membosankan pada anda tetapi saya pasti ramai orang membuat perkara yang sama untuk rehat dan mengurangkan tekanan.

Untuk menyeronokkan lagi malam sabtu anda, 8TV telah menyediakan pelbagai produksi yang paling bagus dari Hong Kong dan Korea. Sekarang siapa yang mengatakan duduk di rumah membosankan? 

A Millionaire’s First Love
TX: 6hb September 2008
MASA: 8.30malam
Budiey BlogDari pengarah yang sama dalam filem Volcano High, sekarang anda boleh nikmati pula sebuah filem yang romantik lagi mencuit hati yang dibintangi oleh Hyun Bin dari My Lovely Sam Soon  dan Lee Yeon Hee. A Millionaire’s First Love ialah sebuah komedi romantik yang berkisar mengenai Kang Jae-kyung yang merupakan seorang jejaka kaya yang bongkak dan dimanjakan. Dia memandu kereta mewah, melepak di kelab mewah dan menaiki motosikal di dalam kawasan sekolah.

Apabila harijadi yang ke-18nya kian dekat, dia bakal mewarisi harta datuknya, tetapi datuknya telah menetapkan syarat. Beliau tidak akan mendapat hartanya dengan sewenang-wenangnya. Jae-kyung dipindahkan ke sebuah sekolah yang baru di Gangwondo sebuah daerah terpencil.

Beliau terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang remaja biasa di mana dia tidak boleh menduduki rumah yang mewah dan kesemua kad kreditnya dihentikan. Dia tidak mempunyai pilihan lain lalu menuju ke kawasan kampung tersebut untuk menjalani kehidupan yang tidak pernah dialaminya.

Jae Kyung bertemu dengan Eun Hwan (Lee Yeon Hee) di sebuah kota yang kecil di mana beliau merasa sesuatu perasaan yang berbeza, sesuatu yang istimewa dan sesuatu yang mungkin boleh mengubahkan sifatnya yang bongkak dan mementingkan diri.

Mungkinkah dia lulus atau gagal dalam menjalani syarat yang telah ditetapkan oleh datuknya? Adakah beliau akan kehilangan kesemuanya? Atau beliau bertukar menjadi baik dan menemui makna kehidupan? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan komedi yang romantik ini pada 6hb September, Sabtu jam 8.30malam hanya di 8TV.

The Lion Roars
TX: 13hb September 2008
MASA: 8.30malam

Joe Ma terus menghasilkan produksi yang sering mendapat sambutan box-office dengan produksi terbarunya
The Lion Roars yang dibintangi jejaka kacak Louis Koo dan Cecilia Cheung yang tidak kurang cantiknya yang mana kedua-dua nama ini  tidak asing lagi dalam industri hiburan.

Pada zaman Dinasti Sung, terdapat seorang wanita muda bernama Moth Liu (Cecilia Cheung) dimana rupa parasnya amat jelita tetapi mempunyai sifat yang keras kepala dan cepat marah. Dia juga amat mahir dalam bidang kungfu dan dia digeruni oleh kebanyakan pemuda di kota, mungkin itulah sebabnya dia masih lagi bujang.

Pada suatu hari, seperti biasa dia bergaduh dengan teman pacarannya tetapi pula bertembung dengan Seasonal Chan (Louis Koo) seorang penyajak yang bijak dan kacak, lalu dia meleraikan pergaduhan mereka dengan cara yang penuh adat. Lalu, masing-masing jatuh cinta  apabila Chan tersentuh dengan keikhlasan Liu.

Apabila maharaja terdengar kisah mereka berdua, dia bercadang untuk mengatur satu perkahwinan bagi pasangan ini. Chan mula meragui dirinya, adakah dia membuat pilihan yang betul dengan menerima pilihan dari maharaja dan kini Liu telah menjadi isterinya secara sah tetapi suka mengawal segala halnya termasuk menghalang Chan berjumpa dengan rakannya. Ini sangat menyedihkan Chan tetapi secara tidak sedar, ia telah merapatkan hubungan antara mereka berdua.

Selepas itu, Liu telah pergi ke satu lawatan bisnes untuk abang Liu dan Chan pula bercadang untuk meghabiskan masa untuk menulis. Walaubagaimanapun, pada suatu malam dia digoda oleh puteri yang menyamar sebagai arnab. Chan pula diperintah oleh maharaja untuk mengahwini puteri sebagai isteri keduanya tetapi telah dihalang oleh Liu dan dia juga menentang perintah maharaja.

Mungkinkah Liu menentang perintah maharaja walaupun dia tahu ia menyebabkan hukuman mati jika menentang maharaja? Atau Chan akan membiarkan hubungannya bersama Liu dan mengahwini puteri tersebut? Jadi, jangan lupa saksikan The Lion Roars pada Sabtu, 13hb September jam 8.30pm exclusif di 8TV.

Love Is Love
TX: 20hb September 2008
MASA: 8.30malam

Sekuel tahun 1990 Love Is Love ini dibintangi oleh Raja Komedi Stephen Chow dan Sandra Ng dimana kedua-dua pelakon merupakan pemenang anugerah. Drama komedi ini berkisar di sekeliling watak utama Shek Kam Shui  (Stephen Chow) yang mana beliau bekerja di sebuah restoran dan membesar di kawasan kampung.

Beliau berkawan dengan Ng Dai Tai (Sandra Ng) tetapi ayah Tai membantah hubungan mereka. Lalu mereka berdua melarikan diri ke kota dan menjalankan kehidupan baru mereka. Kam Shui berpeluang menjadi wakil penjual berlian dan amat dihargai oleh pengurusnya Nancy (Suki Kwan).

Perkahwinan mereka menghadapi kesukaran apabila Nancy dan Kam Shui mula mengadakan hubungan sulit kerana Nancy tidak mengetahui bahawa Kam Shui telah berkahwin.  Perceraian antara Kam Shui dan Dai Tai berlaku selepas beberapa pergaduhan yang tercetus.

Mungkinkah Tai dan Kam Shui akan bersama kembali atau dia akan meneruskan hubungannya dengan Nancy? Jangan lupa untuk saksikan Love Is Love pada Sabtu, 20hb September 2008 jam 8.30malam.
Funeral March
TX: 27hb September 2008 
MASA: 8.30malam

Funeral March merupakan sesuatu yang baru bagi pengarah Joe Ma yang selama ini lebih popular dengan komedi romantik. Funeral March ialah sebuah kisah percintaan tragis yang berputar di sekeliling seorang pengarah pengurus pengebumian yang muda, Siu Tuen (Eason Chan) yang telah jatuh cinta pada pelanggannya  yang kaya tetapi menghidapi kanser tahap terminal, Yee (Charlene Choi).

Yee ialah seorang wanita yang muda, jelita dan berasal dari keluarga yang berada, malangnya dia menghidapi kanser peringkat terminal. Siu Tuen, seorang jejaka yang bersifat positif dan amat mashyur di kalangan pengarah pengurus pengebumian di Hong Kong.

Dia mula menguruskan hal-hal pengebumiannya dengan bantuan Siu Tuen. Yee mahu Siu Tuen merancang acara pengebumiannya yang bakal dilangsungkan di New York. Lama-kelamaan, Yee mandapati dirinya jatuh cinta pada pengurus pegebumiannya. Seperti dijangka, Siu Tuen menguruskan hal-hal acara pengebumiannya dengan teliti untuk memastikan kesemuannya berjalan dengan lancar.

Walaubagaimanapun, bukan kesemuanya berlaku seperti dijangka. Siu Tuen menggalakkannya untuk menerima rawatan medikal. Berasa tersentuh dengan kasih sayang dan keikhlasannya, dia mula sedar bahawa dia menghargai nyawanya dan menerima rawatan medikal. Tetapi dia mula mengetahui rahsianya.

Mungkinkah keajaiban berlaku pada Liu? Atau Liu harus mengalah pada nasibnya yang malang? Untuk mendapat tahu kesudahan kisah percintaan yang tragis ini, jangan lupa untuk menyaksikan Funeral March pada Sabtu, 27hb September jam 8.30malam hanya di 8TV.

Jadi, tandakan kalendar anda kerana 8TV akan membawakan anda filem yang terbaik pada September ini. Saksikan 8TV pada setiap Sabtu, 8.30malam ekslusifnya di 8TV. Jangan ketinggalan! 8TV juga disiarkan di Astro Saluran 708.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senyumlah Papa, Taj Mahal Untuk Mama & Menanti Cahaya di RTM

Gambar Kahwin Zizan Nin dan Farahdhiya Mohd Amin